Pagi tadi berlangsungnya pertandingan Futsal Piala Siti Khadijah antara rumah-rumah kebajikan di KL dan Selangor. Pertandingan futsal ini melibatkan 15 rumah kebajikan dari pelbagai kaum. 36 pasukan futsal berentap untuk merebut kejuaraan kali pertama. Pertandingan ini bakal menjadi acara tahunan untuk setiap rumah kebajikan di KL dan Selangor.
Pasukan 
ASDAF A dan B telah berlatih setiap petang sejak sebulan yang lalu untuk pertandingan futsal ini. Adakala saya teringat setiap kali latihan, saya akan marah dan menjerit. Ada masanya anak-anak 
ASDAF ini kurang menepati masa untuk turun latihan, biasanya jam 5.30-6.30 petang. Dan salah satu syarat untuk bermain dengan pasukan 
ASDAF ialah pemain mesti sentiasa berada di surau apabila masuknya waktu solat.
 36 pasukan dari 15 rumah kebajikan
36 pasukan dari 15 rumah kebajikan
Setiap pemain 
ASDAF telah mendapat tajaan kasut, stokin dan jersi dari Yayasan Kemanusiaan 
Muslim Aid Malaysia. Sumbangan tajaan telah dilakukan berkonsepkan sepasang kasut futsal untuk seorang pemain 
ASDAF dan alhamdulillah, 14 anak 
ASDAF telah mendapat 
tajaan kasut futsal dari rakan-rakan serta individu-individu yang amat bermurah hati hanya dalam masa seminggu sahaja.
Seminggu sebelum pertandingan futsal, pasukan 
ASDAF A dan B telah mengadakan 
perlawanan persahabatan dengan pasukan sukarelawan 
Muslim Aid di Kompleks Sukan Bangsar. Padang futsal juga telah ditaja oleh seorang rakan. Pemain-pemain dapat merasakan suasana bermain futsal selama tiga jam. Dua hari sebelum pertandingan, setiap pemain 
ASDAF telah diberi vitamin C supaya dapat menguatkan antibodi badan. Hal ini untuk mengelakkan daripada demam dan selsema. Lagi-lagi pada musim hujan sekarang. Vitamin C ini juga telah ditaja oleh rakan sukarelawan yang prihatin.
 ASDAF A dan Team Purelife
ASDAF A dan Team Purelife
 ASDAF A selaku juara
ASDAF A selaku juara
Sebelum pertandingan pagi tadi, setiap pemain diberi vitamin C lagi dan seulas pisang untuk tenaga. Pertandingan bermula diperingkat kumpulan dimana pasukan 
ASDAF A telah menjadi naib johan kumpulan dan telah layak untuk pusingan kedua. Manakala 
ASDAF B pula terkandas diperingkat kumpulan apabila hanya sekadar 2 seri dan 1 kalah. Pasukan 
ASDAF A berjaya meneruskan permainan hingga pusingan kedua menewaskan pasukan Purelife B (rumah kebajikan Cina dan India) 4-1, di suku akhir menewaskan Peyakin C 2-0, di separuh akhir menewaskan Harapan Ikhlas (rumah kebajikan India) dan di akhir menewaskan 
Darul Kifayah C 2-2 selepas penalti 3-2. ASDAF merangkul kejuaraan dan telah menerima hadiah RM1000, sebuah piala, medal dan hamper.

Kini 
ASDAF A memegang status sebagai juara bertahan. Dan insyaAllah akan kembali pada tahun hadapan!
Muhammad bin KamarulaziziPengurus Pasukan ASDAF A dan B