Hukum ibadat qurban adalah sunat mu'aakadah yakni sunat yang sangat dituntut bagi orang yang mampu dan makruh jika kita tidak melakukannya. Antara fadhilat melakukan qurban ini, kita dapat menambah amal kebajikan dan sebagai penebus dosa serta mendapat tempat yang mulia disisi Allah.
Daripada Aisyah r.a Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: "Tiada suatu amalan yang dilakukan oleh manusia pada Hari Raya Qurban, yang lebih dicintai Allah selain daripada menyembelih haiwan qurban. Sesungguhnya haiwan qurban itu pada hari kiamat kelak akan datang berserta dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya, dan sesungguhnya sebelum darah qurban itu menyentuh tanah, ia (pahalanya) telah diterima disisi Allah, maka beruntunglah kamu semua dengan (pahala) qurban itu." (Riwayat al-Tarmuzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)
Sabda Rasullah Sallahahu 'Alaihi Wasallam:
Maksudnya: "Wahai manusia, sembelihlah korban dengan mengharapkan pahala daripada Allah dengan darahnya, bahawa sesungguhnya darah korban itu jika ia tumpah ke bumi maka ia akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah Azza Wajalla."(Hadis riwayat Thabrani)
Dalam kesibukan kita menghargai kehidupan dunia, umat Islam di Malaysia boleh melaksanakan ibadat Qurban melalui projek Qurban For Life anjuran Muslim Aid Asia, dalam usaha kita mendekatkan diri dengan saudara seagama yang tidak mampu menikmati daging dan hidup dalam kedhaifan berbanding dengan kita yang seharusnya bersykur hidup dalam keselesaan.
Program Qurban For Life (Q4L) telah 17 tahun dilaksanakan oleh rangkaian Muslim Aid dan pengagihannya telah dihantar hampir ke seluruh dunia Islam yang mengalami kemusnahan dan penderitaan seperti di Acheh. Afganistan, Afrika, Palestin, Lebanon, Iraq, Pakistan, Kashmir, Kemboja dan lain-lain.
Bertemakan Sedekah dari Rakyat Malaysia untuk masyarakat dunia, Muslim Aid Asia, sebuah organisasi bantuan dan pembangunan antarabangsa yang bekerja keras membasmi kemiskinan dan mengurangkan penderetiaan dikalangan masyarakat termiskin didunia. Menerusi program ini, Muslim Aid Asia telah melaksanakan ibadat qurban dengan pendekatan teknologi dan sistem pengagihan yang teratur agar manfaatnya dapat dirasai masyarakat Islam di seluruh dunia.
Di negara kita Malaysia, daging daripada ternakan yang dikorbankan hanya dinikmati oleh masyarakat setempat dan penerimanya bukanlah mereka yang betul-betul kelaparan, malah masyarakat mewah dan sederhana turut menerimanya.
Rasullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam pernah bersabda:
Maksudnya : "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai oleh Allah Ta'ala daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tunduk-tunduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih." (Hadith riwayat Tirmidzi)
Kepada yang berminat utk menyertai qurban for life anjuran Muslim Aid, boleh hubungi pejabat di talian 03-22821996, atau hubungi saya di talian 012-3377195
Pengurus Dana dan Pemasaran Muslim Aid Asia
Bangsar, Kuala Lumpur.
0 comments:
Post a Comment