DERMA ITU TIDAK MENGENAL KULIT.
Pada suatu petang saya berada di gerai makan sebelah MyDin Masjid India. Makan bersama-sama keluarga. Saya dalam kesibukan dan dalam keadaan tergesa-gesa untuk ke Shah Alam pula pada waktu itu telah tertarik untuk memerhatikan seorang wanita separuh umur yang berbangsa Cina.
Ya, dia berpakaian serba kuning, berselipar, memang mangkuk tembaga dan sebuah rod tembaga termanggu, tertala-tala antara satu meja ke satu meja dengan secebis tujuan. Saya mula sedar bahawa dia adalah seorang sami Buddha....selalu juga ada sami Buddha yang memohon derma untuk penyelenggaraan kos sara hidup dia semasa di Kuil atau untuk penyelenggaraan kuilnya mungkin...bukan tak ada wakil gereja yang memohon derma di KL terutama di Puduraya, akan tetapi amat jarang berbanding daripada golongan sami Buddha. Namun begitu secara jujurnya kaum Muslimlah yang paling ramai golongan agamanya memohon derma untuk meneruskan hayat madrasah, sekolah agama, surau atau masjid yang didokonginya....
Berbalik kepada kisah tadi, sami pertmpuan itu dengan taat dan sabarnya
pergi dari satu meja- ke satu meja makan memohon barang seringgit dua....ahh...langsung tiada respon yang memberangsangkan!! Ada yang menepis tangannya termasuk dari golongan Cina....
Saya mencapai not seringgit dan saya menyuruh adik petempuan saya untuk turut mengeluarkan not seringgit. Sebelum dia bertanya saya terus meletak duit berkenaan ke dalam bekas tembaganya. Dia tersenyum riang dan mengangkat sembah ala Budhha. Saya kata selamat petang dan dia ucapkan terima kasih. Dia pasti tahu kami sekeluarga adalah muslim. Dalam hati kami berniat agar-agar dia terbuka dengan agama mulia kita selepas terkenangkan sikap kita yang sudi berderma seduit dua untuknya.
Di MYDin Pulau Pinang, juga pernah terjadi kes yang hampir sama. Seorang lelaki India tua yang tersadai lemah di sebelah tiang bangunan Bazzar. Sambil pek air kencingnya tersembul terheret keluar dari pinggangnya. Menandakan beliau ada masalah pundi kencing atau buah pinggang.
Semua yang lalu menepis tangannya, mengelakkan diri atau memandang ke tempat lain apabila dirayu oleh beliau....sekali lagi..not seringgit menjadi saksi pertemuan mata kami....dan saya terasa bahawa hatinya berkata..."terima kasih".......................
p/s: derma kerana Allah adalah tanpa mengira kaum dan agama...anda mampu menjadi penderma yang aktif dengan hanya berbekalkan seringgit dua di dalam poket anda dengan satu niat...di mana ada orang susah..di situ duit kita dilepaskan.......
Nuruddin.
0 comments:
Post a Comment