About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Booking.com

Wednesday, May 3, 2017

Perkongsian Pengalaman Pelajar Universiti Semasa Program Feed The Homeless

Gambar peserta Homeless Kit Programme (HKP)

Kehidupan merupakan suatu amanah dari Allah S.W.T. Disebabkan ini, Institut Pengajian Siswazah (IPSis) & UiPS (UiTM Postgraduate Society) UiTM Shah Alam, bekerjasama dengan badan NGO Kindness Malaysia, telah menjalankan satu aktiviti iaitu “Homeless Kit Project 1.0 (HKP 1.0)” pada 21 April 2017 bersamaan dengan hari Jumaat. Aktiviti ini telah disertai oleh 70 orang terdiri daripada pelajar UiTM, kakitangan IPSis dan sukarelawan dari Kindness Malaysia.

Projek ini dimulakan dengan pengumpulan dana bagi pembelian barang sumbangan. Alhamdulillah dalam tempoh 2 minggu dana yang diperlukan berjaya dikumpulkan. Uniknya program ini, ia merupakan projek pertama UiPS & IPSis di bawah Penasihat baru Dr Suhaili di mana menggunakan pendekatan untuk mengenali dan mendalami rona-rona kehidupan manusia yang tidak bernasib baik seperti para gelandangan. Program ini disambut baik oleh pihak UiTM dan seisinya dan dengan itu dana yang diperlukan berjaya dikumpulkan dalam masa yang singkat.

Beg yang disediakan untuk diisi makanan

Misi pembelian bermula dengan para sukarelawan yang sangat teruja kerana ini adalah kali pertama mereka meyertai program seperti ini dan berpeluang membeli barangan dalam kuantiti yang banyak.
Program ini juga menerima sumbangan dari penderma yang tidak ingin dikenali dengan pemberian air mineral sebanyak 300. Tidak ketinggalan juga sumbangan dari pelajar sendiri (Nur Amalina) yang juga merupakan seorang usahawan dengan menyumbang sebanyak 300 bungkusan biskut bagi menjayakan program ini. Persiapan awal juga lancar ketika pengisian barang sumbangan ke dalam beg.




En, Rizal (tengah),bersama dua rakan NGO Kindness Malaysia


Untuk melancarkan perjalanan program ini, sedikit taklimat ringkas telah diberikan oleh Encik Mohd Rizal selaku ketua projek HKP dan juga merupakan salah seorang pengasas bersama NGO Kindness Malaysia kepada semua peserta.

Tujuan program ini dijalankan adalah untuk menyantuni gelandangan. Tidak semua gelandangan seperti yang kita fikirkan. Pelbagai kisah dapat didengari oleh sukarelawan daripada gelandangan ini. Hal ini membuatkan sukarelawan untuk lebih menghargai kehidupan yang dimiliki dan tidak memandang rendah kepada gelandangan kerana manusia sama dari semua segi tetapi yang membezakan kita hanyalah amal ibadat.

Ada diantara mereka mempunyai pekerjaan namun tidak mampu untuk menyewa bilik disebabkan sewa di kota raya ini agak mahal dan tidak setimpal dengan gaji yang diterima. Bak kata pepatah “Besar periuk, banyak keraknya.” Ada juga di antara mereka yang menjadi gelandangan hanya kerana kecewa akan kehidupan yang mereka jalani tidak seperti diharapkan. Begitulah antara bait-bait kata yang sempat dikongsikan oleh Encik Rizal kepada kami semua.


Meriah! Penyatuan pelajar dan staff universiti

Program dimulakan sedikit lewat kerana hujan yang lebat menyukarkan pergerakan untuk mengedarkan bantuan makanan. Para sukarelawan setia dan sabar menanti hujan reda dan sempat mengambil iktibar serta memikirkan nasib golongan ini yang kesejukan dalam keaadan hujan yang sangat lebat. Sedikit sebanyak rasa bersyukur terbit di hati para sukarelawan betapa beruntungnya mereka ini berbanding golongan gelandangan yang terpaksa menumpang teduh hanya di kaki lima dan di bawah jejambat.


Berkumpul sebelum mengedar makanan dan menunggu hujan reda

Lebih kurang jam 1.00 pagi hujan mula berhenti dan misi untuk menyantuni gelandangan ini bermula. Santunan gelandangan pada kali ini juga turut disertai oleh para pelajar dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA).

Oleh kerana jumlah sukarelwan yang besar hasil gabungan dari 3 buah IPTA, UiTM, USIM & UIA, pengagihan barang depecahkan kepada 2 kumpulan besar. Setiap kumpulan akan dipandu oleh Sukarelawan dari Kindness Malaysia. Hal ini untuk mempercepatkan proses selain dapat meluangkan lebih banyak masa bersama gelandangan serta lebih memahami dan memahami cara hidup mereka sebagai gelandangan. 


Antara barangan yang diletakkan di dalam beg

Barang-barang yang diberikan adalah biskut, air mineral, tuala, dan peralatan mandi. Berkat kesabaran semua, program ini berkahir sekitar jam 2.30 pagi. Sesi perkongsian pengalaman sepanjang hampir 2 jam bersama para gelandangan sempat dikongsikan sebagai penutup program malam itu.


Sesi perkongsian sebelum pulang ke kampus

Rasa lega bercampur sebak dan penuh rasa kesyukuran dengan kehidupan yang kami dimiliki sekarang jika dibandingkan dengan gelandangan. Kami semua pulang dengan doa dan harapan semoga para gelandangan semua berada dalam lindungan yang maha Esa selalu dan pastinya ada jalan keluar untuk setiap permasalahan mereka. 


Cenderahati untuk Kindness Malaysia

Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada Kindness Malaysia kerana telah bekerjasama dengan kami untuk menjalankan aktiviti ini.

Pengalaman ini pastinya meninggalkan kenangan manis dan kesan yang amat dalam kepada kami semua. Semoga aktiviti yang kami lakukan ini dapat memotivasi dan menaikkan semula semangat dalam diri gelandangan dan orang lain.

Disediakan oleh
Nur Diana Madinah Ab Hadi
Ketua Biro Komunikasi Korporat
UiTM Postgraduate Soviety (UiPS)
UiTM Shah Alam

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...