About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Booking.com

Monday, April 3, 2017

Projek Sukarelawan Penyu (Pulau Redang)


Pada 31 Mac dan 1 April 2017 yang lepas iaitu bersamaan hari Jumaat dan Sabtu, sukarelawan Kindness Kedah telah mengadakan projek yang dinamakan Projek Sukarelawan Penyu.  Lokasi yang dipilih adalah di Pulau Redang, Terengganu Daru Iman.

Projek ini  amat unik sekali kerana inilah kali pertama para sukarelawan Kindness Malaysia menyantuni haiwan seperti penyu yang ada di negeri ini. Kali ini, pendekatan berbeza diambil oleh Kindness Kedah dengan mendekati alam fauna memandangkan selama ini, program kebaikan lebih tertumpu kepada masyarakat sekeliling. 


Projek bermula pada hari Jumaat, jam 4.00 petang di mana seramai 5 orang sukarelawan dari Kindness Kedah/Perlis telah menjayakan program sukarelawan penyu. Dalam program ini kami telah didedahkan dengan aktiviti penyelidikan dan pemuliharaan penyu di Stesen Penyelidikan Penyu Universiti Malaysia Terengganu, Chagar Hutang, Pulau Redang.


Sukarelawan siap sedia di jeti

Pada kali ini, kami amat beruntung kerana dapat menyaksikan sendiri 5 ekor penyu mendarat dan seekor daripada penyu tersebut turut juga bertelur. Kami juga diberi peluang untuk membantu merekod maklumat penting seperti masa pendaratan, masa penyu mula membuat lubang badan (body pitting), masa penyu membuat lubang telur (egg chambering), masa penyu mula bertelur, masa penyu mula mengambus lubang telur, dan juga masa penyu mula mandi pasir (camouflaging).

Sukarelawan mengukur panjang dan lebar penyu

Di samping itu kami juga dapat belajar cara-cara membaca tag pengenalan penyu, mengukur panjang dan lebar penyu, melihat bagaimana teritip ditanggalkan dari badan penyu dan pelbagai lagi aspek dalam kajian mengenai penyu. Selain dari itu, aktiviti sampingan seperti turtle rock hiking, snorkelling, dan berkayak juga turut kami sertai.

pengalaman sebenar merasa kulit seekor penyu



Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada Sea Turtle Research Unit - UMT kerana telah memberi peluang kepada kami untuk menyertai aktiviti ini.

Nama Kindness Kedah tercatat sebagai pengunjung pada hari tersebut

Pengalaman ini pastinya akan meninggalkan kenangan manis kepada kami semua. Sesungguhnya kebaikkan tidak hanya terbatas kepada manusia sahaja. Kita seharusnya berbuat baik kepada setiap makhluk dia bumi Allah ini.

Telur-telur penyu yang terhasil 



Bergambar kenangan di pesisir pulau

Semoga program kebaikan seperti ini dapat diteruskan di masa-masa akan datang. Terima kasih semua yang terlibat menjayakan projek ini. Semoga kita juga sentiasa menjaga adab-adab kita terhadap haiwan dan selalu menjaga kebajikan mereka. Bukan hanya kepada sesama manusia semata-mata. 

Untuk maklumat berkaitan Volunteer Program (SEATRU UMT), boleh click link ini  http://seatru.umt.edu.my/?page_id=1688

Nurul Huda Zakaria
Project Coordinator
Kindness Malaysia

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...