About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Booking.com

Thursday, April 28, 2016

Projek Parking Satu Cara Kreatif Lakukan Kebaikan


Ambil hari cuti untuk lakukan kebaikan. Sekumpulan sukarelawan Kindness Malaysia melaksanakan Projek Parking di beberapa lokasi di Lembah Klang. Konsep Projek Parking ini agak mudah. Berbekalkan duit syiling sahaja, mereka mencari kereta yang sudah tamat tempoh tiket parkir dan terus diletakkan tiket baru yang membolehkan kereta itu diletakkan lagi satu jam.

Label yang sedia digunakan

Dengan hanya kos 60 sen untuk sejam, banyak kereta dapat diselamatkan daripada terkena saman. Menurut Pengarah Projek Parking, Puan Norharirdayu Hashim, "Projek Parking ini sangat mudah, dan apa yang paling bermakna ialah apabila tuan kereta tersebut datang berlari kearah kereta dan mendapati tiket parkirnya sudah diperbaharui.

Sukarelawan akan meletakkan kertas label yang mengatakan, "Kami tidak mahu anda disaman, oleh itu kami tambahkan lagi sejam untuk parking anda". "Saat pemandu itu membaca label kertas inilah adalah satu perasaan yang sukar digambarkan. Pemandu pastu akan berasa lega tidak disaman, yang melakukan kebaikan itu pula akan rasa gembira seharian kerana dapat lakukan kebaikan," ujar Puan Norharirdayu.

bersama sukarelawan yang terlibat

Kereta yang tamat tempoh parking diperbaharui dengan tiket yang baharu

Tiket baharu diletakkan bersama label Kindness Malaysia

Projek Parking ini adalah antara inisiatif kreatif  Kindness Malaysia untuk lakukan kebaikan tanpa memerlukan kos yang besar tetapi memberi impak dan kesan kepada penerima. Melakukan kebaikan ini tidak sahaja kepada golongan yang memerlukan, tetapi juga kepada orang sekeliling kita seperti keluarga dan juga rakan-rakan.

Kepada yang berminat untuk mendapat ilham atau sertai Kindness Malaysia, boleh layari laman fanpage di www.facebook.com/kindness.my

Muhammad bin Kamarulazizi
Pengasas
Kindness Malaysia




0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...