About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Booking.com

Sunday, December 8, 2013

Kindness dan Explorace Bersama Warga Ibu Tunggal


Hari ini sukarelawan Kindness dijemput oleh Persatuan Ibu Tunggal Islam Wilayah Persekutuan dan Selangor (PITIWPS) untuk adakan pertandingan explorace sempena sambutan Hari Ibu Tunggal PITIWPS bertempat di Taman Botani Perdana. Hari ibu ini telah melibatkan lebih dua ratus warga ibu tunggal dari seluruh Kuala Lumpur dan Selangor. Pelbagai aktiviti dilakukan dan program telah bermula dari jam 7.30 pagi dan selesai jam 1 tengahari.



Sukarelawan Kindness yang hadir terdiri daripada pelajar-pelajar dari Kolej Masterskills, Universiti Malaya dan mereka yang bekerjaya. Hampir 40 orang sukarelawan terlibat untuk pertandingan explorace. Lima check point ditetapkan di lima buah lokasi di Taman Botani Perdana melibatkan lima kumpulan yang terdiri daripada ibu tunggal.

di salah sebuah check point

ibu yang tekun 

kerjasama setiap ibu

setiap ibu menunjukkan kemahiran masing-masing

sukarelawan yang bertindak sebagai runner


Co Founder Kindness bersama Pengerusi PITIWPS

Warga ibu tunggal menunjukkan semangat juang yang tinggi, lagi-lagi aktiviti Hari Ibu ini tidak melibatkan anak-anak mereka. Mereka diberi masa dua jam untuk menyelesaikan semua soalan dimana semua soalan terdiri daripada pengetahuan am. Antara salah satu aktiviti explorace yang dijalankan ialah melaksanakan mini Projek Singgit dimana ibu-ibu ini perlu meletakkan RM1 serta label yang disediakan di lokasi yang berbeza. Mereka perlu menunggu sehingga ada orang mengambil duit tersebut. Tugas peserta explorace ini ialah menulis pengalaman mereka melihat gelagat orang ramai yang ingin ambil duit RM1 itu.

barisan sukarelawan Kindness

bersama pelajar-pelajar dari Kolej Masterskills

bersama warga ibu

Pihak Kindness mengucapkan terima kasih kepada PITIWPS atas jemputan untuk anjurkan pertandingan explorace ini. Kepada yang berminat untuk aktiviti yang sama terutama sekali syarikat korporat, boleh hubungi terus pihak Kindness di support@kindness.my

Muhammad bin Kamarulazizi
Pengasas Kindness Dot My

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...