Misi Kindness Ali diteruskan dan kali ini kami singgah di sebuah pasaraya di Wangsa Maju. Sebelum itu Ali kemaskan mainannya di rumah yang merupakan Kindness #15 Pasaraya ini mempunyai salah satu playland kegemaran Ali. Di sini aktiviti Kindness #16 dilakukan dengan meletakkan RM2 di kiosk mesin air. Kemudian aktiviti Kindness #17 dengan meletakkan 50 sen di kiosk mesin bola getah. Bola getah ini pasti Ali akan beli setiap kali berkunjung ke pasaraya ini. Pasti gembira kepada rakan sebaya Ali yang menjumpai 50 sen ini, lagi-lagi ibu bapanya. Adakala saya sendiri tidak mempunyai lima puluh sen syiling di dalam poket.
kan best kalau dapat tengok wajah budak yang jumpa syiling nih |
Aktiviti Kindness #18 Ali di teruskan di surau dengan meletakkan sebuah botol air mineral untuk pengunjung surau. Kebetulan surau tidak penuh dan botol air mineral diletakkan di atas rak buku.
jemput minum |
Berdekatan dengan surau, Ali ke playland kegemarannya. Setengah jam bermain, Ali pun teruskan misinya Kindness #19 dengan meletakkan token di arked permainan bowling mini. Arked permainan bowling mini ini juga antara kegemaran Ali.
game bowling kegemaran Ali
|
Selesai di playland, aktiviti Kindness #20 dilakukan di astaka (food court) dengan meletakkan sabun tangan di sinki. Saya juga biasa hadapi masalah tangan berminyak selepas makan. Dengan adanya sabun tangan ini akan memudahkan orang lain basuh tangan hingga bersih. Aktiviti Kindness #21 diteruskan di babyroom dengan meletakkan baby wipe dan lampin pakai buang.
Baby wipe dan diapers di babyroom |
Sebelum bergerak pulang, aktiviti Kindness #22 Ali ialah dengan meletakkan duit di mesin parkir. Salah satu masalah utama membayar tiket parkir ialah duit kerap tidak diterima. Oleh itu kami sediakan duit lama yang nampak seperti baru untuk memudahkan orang yang menjumpai duit ini.
RM2 pun sudah cukup |
Ali penat dah bertugas untuk hari ini |
Keesokan harinya, Ali meneruskan aktiviti Kindness di sekitar Bandar Baru Sentul. Sasaran seterusnya ialah Masjid Amru Al-Asr. Kindness #23 ialah derma duit syiling dalam tabung dan Kindness #24 ialah bagi carrot cheese cake pada seorang tetamu masjid yang sedang membaca al-Quran.
Ali tanya, nanti pakcik tu marah. Papanya jawab, tak marahlah kalau bagi kek |
Kemudian kami ke UTC Bandar Baru Sentul untuk meneruskan misi kebaikan. Kebetulan Pejabat Pos, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dibuka hingga malam. Aktiviti Kindness #24 ialah meletakkan pen di Pejabat Pos dan Kindness #25 ialah meletakkan pen di JPN. Saya pernah merasai kesukaran mencari pen terutama sekali apabila tiada pen untuk mengisi borang. Semoga pen dua batang ini akan memudahkan orang ramai kelak.
happy nak bawa pen ke JPN |
antara aktiviti yang mudah |
UTC Bandar Baru Sentul ini sememangnya memudahkan orang ramai dengan pelbagai perkhidmatan yang disediakan. Kami terus ke bahagian gerai makanan dan aktiviti Kindness #26 ialah meletak sabun di sinki basuh tangan. Sebelum bergerak keluardari UTC, aktiviti Kindness #27 ialah dimana Ali memberi carrot cheese cake kepada abang polis yang sedang bertugas di balai polis UTC.
Ali tunggu juga tengok ada orang nak guna tak |
Carrot Cheese Cake untuk balai polis di belakang tu |
Carrot Cheese Cake pun sudah habis, tetapi lagi satu hasrat untuk beri makanan kepada abang Bangla construction masih belum tercapai. Di kedai jual kepak ayam, Kindness #28, Ali dah bayarkan siap-siap tiga kepak ayam untuk pelanggan seterusnya.Kami beli kepak ayam paling sedap di Bandar Baru Sentul dan terus mencari abang Bangla atau sekurang-kurangnya abang Indonesia yang sedang membetulkan jalan, tetapi tidak menemui mereka. Maka aktiviti seterusnya terpaksa diubah suai dengan memberi kepak ayam tersebut kepada abang sekuriti di flat kami, menjadikan aktiviti Kindness #29.
kepak ayam madu sodap! |
Main nyorok-nyorok |
Rupanya susah juga nak cari idea-idea lain untuk Ali lakukan kebaikan secara rawak. Tiba di rumah, Ali pun bermain dengan adiknya untuk aktiviti Kindness #30. Aktiviti Kindness #31 ialah Ali tidur tanpa ganggu papanya buat kerja sekolah. Maklumlah papanya pun bersekolah lagi di hujung minggu.
Ali sebenarnya dah penat, dah selesai mandi dan terus tidur (tidur pun nak pakai jeans) |
Maka selesailah misi Kindness Ali yang dituju khas untuk ibunya tercinta. Nak lakukan 31 kebaikan ini pun ambil masa lebih kurang tiga hari dan kos kurang dari RM100. Semoga Ali besar nanti boleh jadi anak yang soleh, dan sentiasa mendoakan kebahagiaan mak bapaknya dunia dan akhirat, ameen!
Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda "Apabila seseorang itu meninggal dunia maka terputuslah amalannya kecuali dari tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang soleh mendoakan untuknya." Riwayat MuslimBuat mama Ali, Selamat Menyambut Hari Lahir yang ke 31! :)
Aktiviti Ali sebelum ini.
Kindness nombor 1 - 8 (Episod 1)
Kindness nombor 9 - 14 (Episod 2)
Muhammad bin Kamarulazizi
Papa kepada Ali bin Muhammad