Hujung minggu baru-baru ini Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid) telah dijemput untuk menjadi penerima sumbangan untuk Gaza bagi aktiviti Kabut Sales (Car Boot Sales) anjuran Oosha Advertising dengan kerjasama Mukha Cafe. Program dua hari ini telah melibatkan lebih tiga puluh peniaga online. Artis seperti Natasha Hudson juga tidak melepaskan peluang untuk berniaga di Kabut Sales ini.
![]() |
suasana Kabut Sales |
![]() |
Peniaga Kabut Sales |
![]() |
Di Jalan Rahim Kajai 13 |
![]() |
Barisan sukarelawan Muslim Aid |
Kabut Sales ini bermula seawal jam 8.30 pagi dan selesai jam 6 petang. Pelbagai barang diniagakan seperti tudung, pakaian, barang-barang terpakai dan barang perhiasan. Kabut Sales ini merupakan projek pertama anjuran Oosha Advertising dan telah mendapat respon yang baik dari orang ramai. Ada juga penduduk di TTDI sendiri yang inginkan aktiviti sebegini dijalankan setiap hujung minggu.
Kutipan bagi tabung Gaza di tapak Muslim Aid sendiri menjangkau lebih RM2000. Keuntungan dari sewa tapak peniaga juga telah diserahkan kepada tabung kemanusiaan Gaza melalui Muslim Aid. Orang ramai atau pihak yang ingin anjurkan program bersama sebegini boleh hubungi pejabat Muslim Aid di 03-22881996.
Muhammad bin Kamarulazizi
0 comments:
Post a Comment