About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Booking.com

Thursday, November 8, 2012

Pendaftaran Pelarian di Stadium Cheras

Bersama komuniti Rohingya di Arakan, Myanmar
 
Buat julung kali dalam tempoh saya berkecimpung dalam dunia kebajikan ini, nama saya terpalit dalam isu-isu yang telah dipolitikkan. Bermula 8 November 2012, dimana saringan untuk pendaftaran bagi pelarian Rohingya, Myanmar Muslim dan Tamil Muslim diadakan di Stadium Cheras (KLFA Stadium) yang telah melibatkan ribuan manusia yang mencari perlindungan di Malaysia. Pendaftaran ini dijalankan oleh pihak UNHCR.
 
Saya agak terkejut dengan tindakan beberapa blogger yang telah menyiarkan posting saya di Facebook tentang aktiviti ini. Posting yang berunsur provokasi ini telah menimbulkan persepsi orang ramai bahawa operasi yang dijalankan di Stadium Cheras ini adalah untuk memberi kad pengenalan kepada komuniti pelarian ini. Dengan tarikh pilihanraya umum (PRU) ini yang masih belum jelas, topik-topik berkenaan dengan pemberian IC ini sentiasa diperhangatkan.
 
Walau apa pun yang terjadi, orang ramai seharusnya tahu perbezaan antara pelarian dan juga pendatang tanpa izin (PATI). Pelarian ialah dimana mereka lari dan keluar dari negara mereka dan masuk ke negara lain atas faktor keselamatan. Mereka tidak boleh pulang ke negara mereka kerana risau nyawa mereka akan terancam. Bagi PATI pula mudah sahaja, mereka adalah pendatang tanpa izin, yang datang ke negara kita bukan sebab faktor nyawa terancam. 
 
Namun begitu, alhamdulillah Allah itu Maha Adil. Kekecohan yang berlaku dalam alam maya hanya sementara. Perasaan marah itu membuak-buak, tapi masih dapat dikawal dengan baik. Provokasi yang ditimbulkan oleh blogger politik ini merupakan pengalaman yang agak baru buat saya dan rakan-rakan sukarelawan. Saya ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada semua rakan-rakan saya, penderma dan sukarelawan yang telah memberi sokongan serta nasihat yang amat berguna. Kepada sukarelawan-sukarelawan di luar sana, jangan jemu untuk menabur bakti dan keringat. InsyaAllah ganjaran yang lebih besar buat anda di sana kelak :)

Semasa menghadapi situasi sebegini, saya teringatkan kata-kata ini.
 
"Syurga akan sepi sekiranya sabar itu mempunyai batas" ~ kawan baik


Muhammad bin Kamarulazizi
 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...