About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Pengiktirafan dari World Kindness Movement

Kindness Malaysia kini secara rasminya merupakan ahli World Kindness Movement

Misi Bantuan Kemanusiaan Untuk Mangsa Rohingya di Arakan, Myanmar

Bersama pelarian Rohingya di Arakan (Rakhine), Myanmar

Bantuan Perubatan di Hebron, Palestine

Vitamin C untuk anak-anak Palestine di Hebron

Ziarah ke perkampungan orang asli

Bersama sukarelawan ke kampung orang asli di Pos Betau, Pahang.

Misi Gelandangan Feed The Homeless

Misi Gelandangan Feed The Homeless yang dijalankan setiap hari Sabtu 2 minggu sekali di sekitar Kuala Lumpur

Booking.com

Tuesday, November 27, 2012

Qurban For Life Tiba di Somalia dan Palestine

 
Penerima di Hebron, Palestine

Alhamdulillah, baru-baru ini kami sudah menerima laporan yang bantuan makanan daging Qurban For Life telah selamat tiba di Somalia dan juga Palestine. Daging qurban yang telah ditinkan ini memberi peluang kepada masyarakat yang memerlukan di sana. Pengagihan telah dilakukan dengan kerjasama Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia, Muslim Aid UK dan juga Muslim Aid Somalia. Tahniah kepada semua penyertaan Qurban For Life.


 

Penerima yang gembira

Penerima di Somalia

Muhammad bin Kamarulazizi

Wednesday, November 21, 2012

Misi Bantuan Palestine 2012

 

 
Alhamdulillah, perjalanan kami selamat dalam misi kemanusiaan ke Palestine baru-baru ini. Misi kami adalah misi yang sama seperti tahun lepas dan bantuan serta sumbangan telah bertambah. Bantuan yang telah kami salurkan melalui Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia seperti pakain sejuk, vitamin C, ubat-ubatan dan bantuan makanan Qurban For Life. Kebetulan semasa kami berada di sana, Gaza telah diserang melalui udara dan situasi sulit ini sedikit sebanyak telah mempengaruhi misi kami ketika berada di Tebing Barat.
 
Bantuan Vitamin C di Hebron
 
Kami masuk ke Palestine melalui Allenby Bridge dan perjalanan di imigresen semuanya lancar. Bantuan pertama disalurkan di Hebron untuk masyarakat Palestine di sana. Kemudian bantuan seterusnya disalurkan di sebuah sekolah yang berada dalam perkarangan Masjid Al-Aqsa dan juga sebuah lagi sekolah di Jerusalem. Bantuan juga disalurkan kepada masyarakat di Jericho dan Ramallah. Kami ucapkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada masyarakat Malaysia yang telah salurkan sumbangan untuk saudara kita di Palestine.
 
Pakaian Sejuk
 
 
Sumbangan daging Qurban For Life (Q4L)
 
Kini di Malaysia, kami akan usahakan untuk kumpul lebih banyak dana untuk disalurkan kepada masyarakat Palestine, terutamanya di Gaza. Teruskan usaha anda untuk sokong, sumbang dan 'share' agar lebih ramai dapat menyumbang, dan lebih ramai dapat dibantu. Pada yang berminat untuk menyumbang, boleh salurkan ke akaun CIMB 1422-0000070-10-8 atas nama Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia. Emailkan butiran berikut ke mail@muslimaid.org.my
 
Nama:
Alamat:
No Tel:
Masa dan tarikh transaksi:
Jumlah:
Sila nyatakan sumbangan untuk Misi Palestine
 
Setiap sumbangan akan diberi resit pengecualian cukai Rujukan: LHDN 01/35/42/51/179-6.6487 Tarikh Kuatkuasa 15 Jan 2009. Untuk sebarang pertayaan, boleh hubungi pejabat Muslim Aid di 03-22881996.

Muhammad bin Kamarulazizi
 

Thursday, November 8, 2012

Pendaftaran Pelarian di Stadium Cheras

Bersama komuniti Rohingya di Arakan, Myanmar
 
Buat julung kali dalam tempoh saya berkecimpung dalam dunia kebajikan ini, nama saya terpalit dalam isu-isu yang telah dipolitikkan. Bermula 8 November 2012, dimana saringan untuk pendaftaran bagi pelarian Rohingya, Myanmar Muslim dan Tamil Muslim diadakan di Stadium Cheras (KLFA Stadium) yang telah melibatkan ribuan manusia yang mencari perlindungan di Malaysia. Pendaftaran ini dijalankan oleh pihak UNHCR.
 
Saya agak terkejut dengan tindakan beberapa blogger yang telah menyiarkan posting saya di Facebook tentang aktiviti ini. Posting yang berunsur provokasi ini telah menimbulkan persepsi orang ramai bahawa operasi yang dijalankan di Stadium Cheras ini adalah untuk memberi kad pengenalan kepada komuniti pelarian ini. Dengan tarikh pilihanraya umum (PRU) ini yang masih belum jelas, topik-topik berkenaan dengan pemberian IC ini sentiasa diperhangatkan.
 
Walau apa pun yang terjadi, orang ramai seharusnya tahu perbezaan antara pelarian dan juga pendatang tanpa izin (PATI). Pelarian ialah dimana mereka lari dan keluar dari negara mereka dan masuk ke negara lain atas faktor keselamatan. Mereka tidak boleh pulang ke negara mereka kerana risau nyawa mereka akan terancam. Bagi PATI pula mudah sahaja, mereka adalah pendatang tanpa izin, yang datang ke negara kita bukan sebab faktor nyawa terancam. 
 
Namun begitu, alhamdulillah Allah itu Maha Adil. Kekecohan yang berlaku dalam alam maya hanya sementara. Perasaan marah itu membuak-buak, tapi masih dapat dikawal dengan baik. Provokasi yang ditimbulkan oleh blogger politik ini merupakan pengalaman yang agak baru buat saya dan rakan-rakan sukarelawan. Saya ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada semua rakan-rakan saya, penderma dan sukarelawan yang telah memberi sokongan serta nasihat yang amat berguna. Kepada sukarelawan-sukarelawan di luar sana, jangan jemu untuk menabur bakti dan keringat. InsyaAllah ganjaran yang lebih besar buat anda di sana kelak :)

Semasa menghadapi situasi sebegini, saya teringatkan kata-kata ini.
 
"Syurga akan sepi sekiranya sabar itu mempunyai batas" ~ kawan baik


Muhammad bin Kamarulazizi
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...