Monday, June 11, 2012
  Muhammad
  
Tarikh: 28-29 Mei 2012
Lokasi: Kampung Sentoi, Pos Betau, Pahang
Program: Pembangunan Komuniti, Penghasilan Produk Makanan dari Hasil Hutan dan Tanaman
Kerjasama: Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid) dan Bom Kitchen
Baru-baru ini pasukan sukarelawan 
Muslim Aid bersama dengan pasukan 
Bom Kitchen
 telah bersama ke Kampung Sentoi untuk aktiviti pembangunan komuniti. 
Program yang diketuai oleh Pak Karim ini berlangsung selama dua hari 
satu malam. Fokus utama program ziarah kali ini ialah untuk berkongsi 
bersama masyarakat Semai Pos Betau tentang bagaimana untuk menghasilkan 
produk makanan dari hasil hutan dan tanaman mereka. Turut serta sukaralawan Muslim Aid dari Iran yang juga merupakan pelajar pasca ijazah di UTM.
Pasukan Bom Kitchen yang diketuai 
oleh chef Azry telah memberi tunjuk ajar untuk penghasilan tapai dari 
ubi kayu serta cara membuat ikan pekasam hasil dari tangkapan ikan dari 
air tawar. Hasil dari produk mereka ini berpotensi untuk dipasarkan di 
pekan yang berhampiran dengan kampung mereka. Melalui hasil produk ini 
masyarakat orang asli di Kampung Sentoi berpeluang untuk menambah hasil 
pendapatan mereka.
|  | 
| Pemberian Vitamin C oleh Chef Azry | 
|  | 
| Aktiviti di Sungai | 
|  | 
| Pertandingan Menyumpit | 
|  | 
| Chef Azry dibantu oleh Chef Zek mengajar cara-cara membuat tapai ubi | 
Masyarakat orang asal ini tertarik dengan apa yang mereka boleh lakukan dengan ubi kayu dan ikan air tawar. Aktiviti-aktiviti lain turut diadakan seperti sukaneka dan tarian sewang di sebelah malam. Program ziarah sebegini merupakan "follow up" dari program-program ziarah sebelum ini. InsyaAllah pasukan Muslim Aid akan datang ziarah lagi Kampung Sentoi dimasa akan datang dengan program pembangunan komuniti yang lain.
Orang ramai dialu-alukan untuk turut serta sebagai sukarelawan atau menyumbang untuk program pembangunan komuniti bersama masyarakat orang asli. Untuk maklumat lanjut, boleh email kepada pejabat Muslim Aid di mail@muslimaid.org.my atau hubungi di 03-22881996.
Muhammad bin Kamarulazizi