About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Pengiktirafan dari World Kindness Movement

Kindness Malaysia kini secara rasminya merupakan ahli World Kindness Movement

Booking.com

Saturday, June 27, 2009

Michael Jackson: Dari Penghibur ke Seorang Filantrofi

Kita digemparkan dengan kematian Michael Jackson (MJ) baru-baru ini yang telah meninggalkan kesan mendalam dalam industri muzik dunia. Ramai dikalangan kita yang tertanya-tanya sama ada dia meninggal dunia dalam Islam atau tidak. Hal ini menjadi isu kepada ramai orang, sehinggakan menjadi antara berita utama di dalam surat khabar tempatan.Secara peribadi, saya juga ada merasa kehilangan MJ ini, lagu yang amat saya minati iaitu You Are Not Alone. Hal ini membuatkan saya untuk mencari maklumat tentang MJ, lebih-lebih lagi sumbangan kepada masyarakat dunia selain dari hiburan. Kita tahu ramai artis luar negara ini telah banyak menyumbang untuk misi...

Tuesday, June 23, 2009

Bantuan Ubatan untuk Anak Yatim Pelarian Rohingya

Lokasi: Rumah Anak Yatim dan Tahfiz Hashimiah, Selayang (Rohingya) Tarikh: 22 Jun 09 Masa: 2.30pmAlhamdulillah semalam saya bersama pelajar praktikal telah ziarah dan menghantar bantuan dalam bentuk ubat-ubatan seperti vitamin C dan bahan makanan seperti beras, minyak masak dan telur kepada rumah anak yatim Rohingya di Selayang. Kehadiran kami disambut oleh pengetua rumah tersebut iaitu Ustaz Hasyim. ketika di sana, kelas sedang dijalankan. Para guru terdiri daripada sukarelawan yang memberi khidmat mengajar dan juga bantuan kewangan kepada rumah kebajikan ini.Menurut Ustaz Hasyim, kini mereka sedang berusaha untuk membaik pulih tandas yang digunakan...

Sunday, June 21, 2009

Kelas Komputer dan Nasyid

Hujung minggu kali ini dihabiskan di ASDAF dengan kelas komputer pada hari Sabtu dan kelas nasyid pada hari Ahad. Kelas komputer ini merupakan kelas mingguan untuk anak-anak ASDAF. Saya sendiri yang mengajar mereka dan silibus yang digunakan adalah asas Microsoft Word.Bayan tekun membuat latihan komputer menggunakan Microfost Wordbarisan kumpulan nasyidtekun berlatih nasyidPada hari Ahad pula, dibawah Latihan Kepimpinan Pelajar (LKP) ASDAF, anak-anak ASDAF dilatih dengan nasyid. Pelajar-pelajar ASDAF amat meminati muzik sejak mereka dikampung lagi. Sememangnya kebanyakan orang asli amat minat dengan hiburan muzik. Sukarelawan dari UIA Petaling...

Friday, June 19, 2009

Bantuan Muslim Aid di SWAT Valley Pakistan

Berita berkenaan dengan konflik tentera Pakistan dan Taliban kurang mendapat perhatian berbanding dengan isu Gaza baru-baru ini. Belum selesai isu di Gaza, kini dibangkit pula dengan konflik ketenteraan yang telah menyebabkan 100,000 orang pelarian. Konflik ini telah berlaku sejak 2008 dan telah memberi kesan mendalam kepada 6 juta penduduk di kawasan Swat Valley.Kini Muslim Aid bersama sebuah NGO tempatan Pakistan, Liaqat Tarakai Welfare Trust berusaha untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada mangsa pelarian ini. Rangkaian Muslim Aid telah menghantar 300 khemah, 600 tikar, 300 set peralatan masak dapur, 600 jerry cans (bekas air), 400 bungkusan...

Tuesday, June 16, 2009

Update Kitchen Garden: Terung, Ubi Kayu dan Serai!

Projek My Kitchen Garden telah membuahkan hasil lagi. Dan kali ini ubi kayu, serai dan terung. Pelajar praktikal Naim, Izham dan Alias tiba jam 3 di ASDAF untuk mula membersihkan tapak kitchen garden yang telah ditinggalkan selama dua minggu semasa cuti sekolah. Aktiviti membersihkan kitchen garden ini akan mengambil masa seminggu supaya kitchen garden kelihatan cantik seperti asal.Nurin bersama seraianak-anak ASDAF bersama ubi kayupokok limau kasturiKiki bersama terung dan pokok jagungMuhammad bin KamarulaziziSupervisor My Kitchen Gar...

Sunday, June 14, 2009

Kembalinya Anak-anak ASDAF

Hari ini saya sempat ke ASDAF untuk berjumpa ngan anak-anak ASDAF yang baru sahaj pulang dari cuti sekolah dua minggu. Kali ini Puan Zaini telah datang sekali dengan membawa nasi tomato untuk hidangan semua. Puan Zaini merupakan seorang penaja yang telah memperkenalkan ASDAF kepada Muslim Aid. Puan Zaini bersama Kak Lin telah menyumbangkan sejumlah kalkulator saintifik, kamus dwi bahasa dan vitamin C untuk pelajar-pelajar ASDAF. Semoga sumbangan ini dapat memberi manfaat yang baik kepada anak-anak ASDAF.dari kiri Puan Zaini, Kak Lin, .En Wan dan Ustaz Latifkhairi menikmati nasi tomatonaim, mira, rakan ain dan ain turut hadirbersama bayansarizan...

Friday, June 12, 2009

Bila Sesak, Nasi pun Lebih?

Alhamdulillah, dalam tempoh hampir dua tahun di Muslim Aid, pelbagai orang telah saya jumpa dan kenali dari miskin ke kaya, dari orang biasa hingga ke orang kenamaan, dari anak kecil hinggalah yang ke tua. Di sini saya ingin kongsikan satu senario tentang saudara dan rakan kita yang kebanyakan mempunyai persamaan apabila mereka kesempitan wang. Senario ini adalah dari pandangan dan pemerhatian saya sendiri. Apa yang saya perasan, golongan atau individu yang mengalami kesempitan wang, biasanya akan makan nasi lebih dari normal. Nampak remehkan? Tetapi inilah antara simtom-simtom seseorang itu kesempitan wang.Pernah dua tahun lepas saya bekerja...

Monday, June 1, 2009

Program Kesedaran Remaja Felda

Lokasi: SMK Jelai Felda di Gemas Negeri SembilanTarikh: 29-31 May 2009Penganjur: Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid), Yayasan Muslimin, Perimu, Penawar Warisan Selangor dan Kuala Lumpur, dan Riders Malaya CommunityAlhamdulillah, selesai Program Kesedaran Remaja Felda di SMK Jelai Felda di Gemas Negeri Sembilan. Program kali ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari kalangan pelajar SMK Jelai Felda. Pada awalnya, kami diberitahu hanya 80 orang pelajar sahaja yang akan terlibat, tetapi atas permintaan yang menggalakkan, jumlah pelajar telah melebihi 100 orang telah terlibat dengan program kesedaran ini.latihan dalam kumpulanfasilitator...

Pages 381234 »
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...