About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Booking.com

Monday, January 21, 2008

Part Time demi Secebis Ketenangan...



Pada 13hb Jan tahun 2008, dah mula charity tuition bersama dgn famili Kak Norehan. Charity tuition nih pernah dijalankan sebelum ini, masa saya masih belajar di UIA. Tapi lepas graduate, dan bekerja di Pulau Pinang, saya terpaksa berhenti mengajar untuk famili ini.

Selepas raya, saya pindah balik ke KL, setelah dapat tawaran kerja dengan Muslim Aid Asia. Kini dapat saya lakukan charity tuition bersama keluarga Kak Norehan.

Berikut adalah detail famili Kak Norehan

Ahli keluarga: 7 org
Suami: Lumpuh sebelah kanan badan.
Anak2: 5 org, 4 perempuan dan seorang lelaki.
(tingkatan 1, darjah 6, 4, 2 dan seorang lagi tadika.)
Pendapatan keluarga: Kak Norehan bekerja sebagai pembantu gerai makan, income dianggar dlm rm500-rm600.
Bantuan zakat: YA.
Lokasi: Batu 9, Gombak

Klas tuition diadakan setiap hari Ahad pagi, jam 9.30-11.00am. Pada yang berminat dengan tuition charity, boleh hubungi saya. Saya amat mengalu-alukan cadangan dan sokongan dari anda semua.
















-Muhammad-


Ofice Boy Muslim Aid Asia

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...