About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Booking.com

Thursday, December 13, 2007

Talkshow Muslim Aid Asia bersama Radio IKIM


FACTSHEET FOR MUSLIM AID















TALKSHOW PROGRAM AT IKIM.FM
DECEMBER 6th 2007
DURATION : 30 MINUTES
THEME: JIHAD MENENTANG KELAPARAN

Soalan 1.

Sudah 3minggu berturut-turut, rancangan Jihad Menentang Kelaparan dibawakan eksklusif oleh Muslim Aid keudara. Kita telah didedahkan mengenai pelbagai info yang amat berguna. Minggu lepas sedikit sebanyak ustaz telah menceritakan kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan kesabaran anaknya nabi Ismail, dimana kisah tersebut begitu berhubungkait dengan ibadah kurban. Boleh ustaz mengulas semula tentang falsafah dan hikmah ibadah kurban.


Alhamdulillah, Bersyukur kita kepada Allah s.w.t. yang telah menganugerahkan kita dengan pelbagai nikmatnya, terutama nikmat Iman dan nikmat sihat walíafiat.
Sesungguhnya, Allah jualah yang mempertemukan kita semula di udara, dalam Programî yang bertemakan JIHAD MENENTANG KELAPARAN tajaan Muslim Aid Asia.

Baiklah puan Nik Hasnah dan juga para pendengar setia Radio IKIM.FM yang budiman.
Pada minggu lepas saya ada sedikit menyentuh bagaimana tingginya tingkat kepatuhan Nabi Ibrahim a.s.kepada Allah s.w.t, dan kesabaran beliau yang luar biasa di dalam melayari bahtera kehidupannya.

Kalau kita fahami dan hayati satu ayat yang Allah rakamkan dialog antara seorang ayah, iaitu nabi Ibrahim, dengan seorang putranya, iaitu nabi Ismail. Maka apa yang dapat kita gambarkan...............

Qola, Ya bunayya innii aroo filmanaami anni azbahuka, fandzur maaza taroo.


Qola, Ya abatifíal maatuímar. Satajidunii insyaAllah minasshobirin.

Ini menunjukkan kehebatan sikap kepimpinan nabi Ibrahim sebagai seorang ayah yang demokratik, yang bijaksana, taat dan patuh kepada Allah s.w.t. Dan dialog ini juga menunjukkan satu sikap cemerlang nabi Ismail sebagai seorang anak yang taat dan setia kepada ayahnya. Sama sekali tidak membantah, kerana beliau tahu yang ayahnya itu sentiasa jujur dan benar percakapan dan perbuatannya.

Cuba kita bayangkan sekali lagi. Bagaimana hebatnya keimanan nabi Ibrahim yang sentiasa menurut perintah Allah s.w.t., sehingga sanggup mengorbankan putra kesayangannya hanya kerana Allah semata, walaupun ini hanya ujian dari Allah sw.t. untuk melihat sejauhmana kadar kepatuhannya itu.

Dan kini, bagaimana pula kita? Kita muhasabah balik diri kita, tepuk dada tanya iman kita ! Apabila Allah s.w.t. berfirman dalam surah Al-Kauthar:

Inna aíthina kalkauthar, fasholli lirabbika wanhar.

ìSesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat)î. --- Tafsir Pimpinan Ar-Rahman.

" Oleh itu, (wahai Muhammad, dan juga orang-orang Islam) dirikanlah solat kerana Tuhanmu semata-mata. Dan berkorbanlah."


Puncak kesyukuran kita kepada Allah adalah mendirikan solat.

Dan berkorbanlah.

Maksud berkorban disini:
1.menyembelih haiwan kurban sebagai ibadah dan mensyukuri nikmat Allah.
2.segala jenis pengorbanan untuk kebaikan masyarakat, termasuklah sikap bermurah hati mendermakan hartabenda untuk kebajikan umum.

Sudah tentu bagi orang yang kuat keimanan dan ketakwaannya kepada Allah, ia akan sentiasa merebut peluang ibadah kurban setiap musim haji. Ia akan usahakan juga untuk sentiasa bersedakah bagi mengingati dan menyayangi golongan fakir-miskin. Sebab ia yakin bahawa setiap sedekah yang ikhlas akan mendapat balasan dan ganjaran yang berlipatganda banyaknya daripada Allah s.w.t.

Firman Allah, Surah Al-Hadid: 18.


....sebagai pinjaman yang baik (ikhlas).


Adapun hikmah-hikmah ibadah kurban:
1.Mengingati kisah pengorbanan nabi Ibrahim dan nabi Ismail, dimana kisah tersebut boleh memupuk semangat pengorbanan terhadap diri dan masyarakat.
2.Sesungguhnya ia juga melatih diri kita untuk sanggup berkorban pada perkara kebaikan.
3.Melaksanakan ibadah kurban juga merupakan tanda kesyukuran kita di atas nikmat pemberian Allah.
4.Membuang sifat kedekut, bakhil dan tamak.
5.Menggembirakan fakir miskin dengan menikmati juadah daging kurban.
6.Merapatkan hubungan silaturrahim di kalangan umat Islam.

SOALAN ñ 2

Hari Raya Kurban pun tinggal beberapa hari lagi kita akan menyambutnya. Saya difahamkan pihak Muslim Aid Asia dah sekian lama melaksanakan kempen Ibadah Kurban beberapa bulan sebelumnya. Bagaimana sambutan kepada program Qurban for Life setakat ini ustaz?

Ya, Alhamdulillah, setakat ini sambutan orang ramai amat menggalakkan. Setelah kami banyak terjun memberi penerangan melalui kuliah-kuliah agama, tazkirah Jumaat, ataupun taklimat ringkas di merata masjid, surau, pejabat-bejabat kerajaan, syarikat koperat atau swasta. Nampak ada peningkatan jumlah penyertaan masyarakat muslim Malaysia yang menyertai program Q4L bersama MAA. Mereka mula memahami dan menghayati akan amalan qurban yang lebih afdal.

Kami Muslim Aid telah lebih lapan belas tahun bergerak untuk misi kemanusiaan sejagat. Melalui program ini, sebenarnya kami berusaha memberi peluang dan ruang kepada seluruh umat Islam, terutamanya di Malaysia untuk beramal dan mendapatkan pahala yang berlipatganda dengan membantu saudara-saudara seagama yang lebih memerlukan diserata dunia.

Saudara-saudara muslim yang kita bantu ini adalah mereka terdiri dari golongan susah, tertindas, juga golongan yang dilupakan, dimana mereka ini sedang gigih berjuang membebaskan bumi mereka dari penjajahan. Dan sebahagian mereka juga hidup dalam kesempitan akibat dugaan bencana alam yang mereka alami.

Mengikut fakta yang dikeluarkan oleh Program Makanan Sedunia, setiap saat, seorang penduduk dunia mati akibat kelaparan atau 24,685 orang setiap hari. Majoritinya adalah masyarakat Islam. Untuk mengembalikan mereka kembali dalam kehidupan normal, tentunya memerlukan masa yang panjang, dan memerlukan bantuan dan sokongan yang berterusan daripada saudara-saudara muslim lainnya yang berkehidupan selesa.

Tugas kami adalah mengajak masyarakat muslim global untuk berfikir ke arah yang lebih baik, profesional dan yang paling penting mendapatkan redha Allah di dalam usaha-usaha misi kemanusiaan ini.

InsyaAllah, jika apa pun amal kebajikan yang kita lakukan dengan penuh ikhlas dan ihsan, maksudnya ikhlas semata-mata kerana Allah s.w.t, tidak ada maksud dan tujuan lain yang tersirat, sama ada untuk mencari populariti, pujian atau berorientasikan bisnis yang bernuansakan perniagaan dengan mengambil keuntungan berlebihan dari kesusahan orang lain, insyaAllah jika diniatkan murni kerana Allah, maka orang ramai akan memberi sokongan dan masyarakat akan sentisa bersama kita untuk menjayakan program-program kebajikan yang baik dan mulia.

Namun segalanya memerlukan masa, kerana bukan mudah bagi kita untuk mengetuk dan membuka pintu kesedaran insan muslim untuk sentiasa menyemai sikap suka bersedekah dan mengambil berat tentang nasib saudaranya yang lain. WaAllahu fi ëauni ëabdihi....

Bukan senang kita nak meyakinkan masyarakat untuk mengubah persepsi lama yang tradisional, kepada cara baru yang sistematik dan profesional. Tetapi kami di MA tetap yakin, insyaAllah dari masa ke semasa masyarakat Malaysia akan bertambah bilangannya yang menyertai kami. InyaAllah akan tersimpan dalam hati mereka, MA adalah rakan penyalur sedekah yang boleh dipercaya. Ingat sedekah ingatlah Muslim Aid.
Layarilah laman web kami di : www.mulimaidasia.com.



SOALAN-3

Telah banyak aktiviti-aktiviti ibadah kurban dijalankan secara konvensional di masjid-masjid atau surau-surau, dan bahkan banyak juga NGO-NGO yang bergerak aktif dalam penyaluran ibadah korban. Kini kita dah jelas bahawa Muslim Aid Asia mempunyai pendekatan teknologi dan pengagihan bersistematik. Sejauh manakah ianya berkesan dalam program Jihad Menentang Kelaparan? Sila ustaz...

Alhamdulillah, sebenarnya kita cukup suka dengan aktiviti rutin tahunan Hari Raya Korban yang biasa kita lihat di masjid-masjid atau di surau-surau, meskipun kebanyakkan cara yang mereka lakukan masih dalam bentuk tradisional, atau boleh dikatakan perlaksanaannya masih secara konvensional.

Saya masih menghormati perlaksanaan ibadah korban yang masih traditional itu, dan cara penyaluran atau pengagihan yang masih konvensional. Tapi jangan sampai cara perlaksanaan yang tradisional ini akan menimbulkan rasa tidak puas hati, terutamanya golongan fakir miskin yang lebih berhak menerimanya. Malah apa yang kita risaukan juga (puan ya), cara tradisional ini lebih kepada aktiviti sosial tahunan penduduk untuk menikmati daging, sementara golongan fakir-miskin tetap terpinggir. Inilah fenomena baru di era modern yang amat merisaukan kita.

Saya ambil satu contoh, sebuah surau yang terletak di sebuah taman perumahan yang jumlah penduduknya lebih kurang 400 keluarga sederhana, setiap tahun surau tersebut dapat mengumpul purata 6 ekor lembu. Biasanya masa penyembelihan dilakukan satu hari, iaitu pada hari raya kedua.

Kalau kita ikut pendapat golongan ulama yang sederhana, iaitu pembahagian daging kurban, dibahagi kepada 3 bahagian: 1/3 disedekahkan kepada fakir-miskin, 1/3 dimasak untuk jamuan orang ramai, dan 1/3 lagi untuk dibawa balik oleh orang yang berkorban. Walaupun cara ini tidaklah salah akan tetapi PENGHAYATAN tentang Qurban yang sebenar kurang pencapaiannya.

Baiklah, jika 6 ekor lembu disembelih dan diagihkan kepada 3 bahagian, maka lebih kurang samalah ertinya dengan 2 ekor daging lembu dimasak untuk jamuan orang ramai, 2 ekor daging lembu untuk dibawa balik oleh mereka yang berkorban, dan yang 2 ekor daging lembu itulah yang diagih-agihkan kepada fakir-miskin.
Persoalannya:
1.Siapa yang nak mengagih-agihkan? Melainkan fakir-miskin yang mendapat kupon itu sendiri yang mengambil daging kurban di masjid/surau tersebut.on-kupon kepada golongan penerima, dan mereka sendiri yang mengambil daging-daging kurban di masjid/surau tersebut.
2.Seandainya masjid/surau itu terletak di kawasan elit, memang agak sukar untuk mengagih-agihkan daging kurban. Kebiasaannya baki daging-daging kurban yang tak teragihkan itu tersimpan di peti-peti sejuk.
3.Dan yang sering bermasalah ialah tentang kebersihan setelah kawasan masjid/surau itu digunakan untuk penyembelihan haiwan kurban yang banyak itu. Kemana darah akan dialirkan, isi perut dan kepala akan ditanam? Sebab masjid/surau di kawasan bandar hanya tinggal sedikit sahaja kawasan yang bertanah.
4.Menyedari akan kemusykilan ini maka kebiasaannya pihak masjid/surau menghadkan jumlah penyertaan ibadah kurban setiap tahun hanya untuk 4 atau 6 ekor lembu sahaja (First come first serve). Jadi kemana hasrat jemaah lain untuk beribadah korban?

Sebagaimana yang telah dijelaskan pada awal program JIHAT MENENTANG KELAPARAN ini yang mana secara umumnya kebiasaanya orang kita mengamlkan agihan qurban dengan membahagikan kepada 3 bahagian.

Dari fenomena tersebut di atas, bagi saya, sama sekali tidak pernah menyalahkan amalan berkorban secara tradisional tersebut di atas. Hanya sahaja kami mencadangkan satu perlaksanaan ibadah kurban yang lebih baik dan berkesan, lebih bermakna dan hasilnya juga lebih dirasai oleh golongan fakir-miskin dan golongan yang amat sangat memerlukan.

Jadi cadangan kami kepada suaru/masjid dalam perlaksanaan ibadah kurban yang lebih baik, ialah pihak surau/masjid perlu menerima penyertaan ibadah kurban seramai mungkin, tanpa perlu menghadkan jumlah penyertaan ahli kariah. Seandainya pihak masjid/surau hanya mampu menguruskan sebahagian sahaja daripada jumlah penyertaan, selebihnya boleh disalurkan kepada kami di MAA. Tapi ingat, ianya dalam bentuk wang, bukan haiwan kurban.

Maka duit para peserta ibadah kurban itu tadi, kami akan belikan haiwan-haiwan kurban dan kami proses penyembelihannya ditempat-tempat yang diitiraf oleh Jakim dan Kementerian Pertanian, sama ada di dalam mahupun di luar negeri. Dan daging-daging kurban itu tadi tentunya akan kami proses untuk dimasak, kemudian kita akan tinkan dengan kemas sama ada di Australia ataupun Malaysia. Daging yang kami tinkan ini boleh bertahan sehingga 3 tahun. Kemudian daging-daging ini akan kami hantar ke merata tempat di seluruh dunia, iaitu kita agih-agihkan kepada golongan fakir miskin yang amat sangat memerlukan, seperti di Palestin, Lubnan, Kashmir, Afrika, Afghanistan, Kemboja, Indonesia dan beberapa negara lainnya, dan termasuk juga golongan fakir-miskin di negara kita.

Kami di Muslim Aid, amat menghargai dan menyanjung tinggi pelbagai usaha NGO-NGO lain dalam perlaksanaan penyaluran ibadah kurban. Dan kebanyakannya cara mereka bekerja, adalah dengan cara membawa duit kurban yang terkumpul di sini untuk dibelikan haiwan kurban di negara tertentu, misalnya di Kemboja. Perlaksanaan konvesional ini biasanya terhad hanya beberapa hari sahaja, kerana daging-daging kurban yang telah disembelih itu mesti dihabiskan, jika tidak selebihnya akan rosak kerana masalah bekalan api dan amat kekurangan peti sejuk di Kemboja atau di Kashmir. Adapun kami di MA, lebih kepada cara mengetinkan daging-daging kurban (macam tin ikan sardin) yang kami agih-agihkan kenegara-negara yang tiada kemudahan letrik atau peti sejuk. Kerana daging-daging yang kami tinkan itu boleh bertahan sehingga 3 tahun.

Kami di MAA, juga melaksanakan cara yang sama sebagaimana NGO-NGO lain, iaitu melalui cara penyembelihan setempat, namun cara sedemikian peratusannya agak kecil. Kami lebih memilih cara perlaksanaan yang berteknologi dan pengagihan yang bersistematik, sehubungan dengan itu kami melengkapi diri dengan memiliki kawasan haiwan ternak sendiri, buat masa ini di Australia. Kami ada tempat penyembelihan yang canggih di sana, yang mampu menyembelih 8,000 ekor kambing sehari. Proses masakan dan pengetinan kami lakukan di Australia dan juga di Malaysia.
Alhamdulillah, pada musim haji yang lepas kami berjaya menyalurkan daging-daging haiwan ibadah kurban bernilai RM1.4 Juta ke serta dunia muslim, dan termasuk di negara kita.
Layarilah laman web kami di : www.muslimaidasia.com.


Soalan ño 4

Program sebegini mungkin sesuatu yang baru bagi orang kita, kebanyakan orang kita masih bersikap ëtradisionalí. Namun saya percaya pihak muslim aid asia sentiasa berusaha untuk memberi penerangan kepada masyarakat. Jadi apakah agaknya kemusykilan yang dihadapi dalam usaha mengubah persepsi orang ramai tentang perlaksanaan ibadah kurban secara yang biasa kita amalkan kepada yang lebih ideal, silakan ustazÖÖÖ.

Sekali lagi saya tegaskan di sini, bahawa sebenarnya kami tidak pernah menyalahkan perlaksanaan ibadah kurban secara tradisional. Hanya sahaja kami ingin mengajak masyarakat untuk memikirkan cara terbaik perlaksanaannya, terutama dari aspek distribusi, iaitu pengagihan daging korban yang lebih efektif dan sistematik, dimana hasilnya dapat dirasai kemanfaatannya oleh golongan fakir-miskin dan juga golongan yang amat sangat memerlukan secara meluas. Sehingga matlamat ibadah kurban itu sendiri dapat tercapai sepenuhnya, dan peserta ibadah kurban itu sendiri dapat memahami dan menghayati makna ibadah yang mereka jalankan.

Muslim Aid telah berpengalaman lebih dari 18 tahun dan melaksanakan ibadah qurban secara sistematik ini dan selama itu tentunya ada pelbagai kemusykilan yang kami hadapi:
1.Kita maklum, untuk membuka pintu kesedaran masyarakat muslim untuk bersedekah bukan tugas mudah.
Allah s.w.t. mengingatkan kita, melalui firmannya dlm surah Al-Munafiquun:9,10 &11.

2.Untuk meyakinkan orang ramai cara mana yang lebih afdhal dalam perlaksanaan ibadah kurban memang payah, kerana kebanyakkan mereka dah terbiasa dengan cara tradisional.

Kalau kita terangkan kepada kepada orang ramai, bahawa daging-daging kurban itu nanti akan kita agih-agihkan untuk masyarakat yang kebuluran dan menderita di Palestin dan di Kashmir misalnya, masih ramai dalam masyarakat kita yang tak nak faham, sebab mereka tak melihat segala kesusahan dan penderitaan saudara-saudara kita itu melalui mata hati. Yang mereka tahu tentang Kashmir adalah satu tempat yang indah yang terletak di kaki pergunungan Himalaya, keindahan dan kecantikannya sebagaimana yang selalu ditonjolkan melalui filem-filem Hindustan.

Pada hal keadaan hidup sebenar saudara-saudara kita di sana cukup menderita, menderita kerana gempa bumi tahun lepas yang banyak memusnahkan rumah-rumah dan infrastuktur, terutama jalan-jalan bukit-bakau yang rosak teruk, dan juga puluhan ribu nyawa menjadi mangsa gempa bumi tersebut. Hingga kini masyarakat muslim di Kashmir masih berada dalam keadaan politik yang tidak menentu, kasihan.

Pada awal bulan ini, ribut cyclone telah melanda Bangladesh. Banyak insfrastuktur dan rumah telah musnah dan rumah telah musnah dan kematian telah meningkat lebih dari 1,000 orang. Pejabat Muslim Aid di sana terus menyalurkan segala bantuan kecemasan seperti membekalkan makanan dan ubatan serta lain-lain bantuan awal.

Namun hakikatnya, masih ramai lagi masyarakat muslim kita yang belum tersentuh hatinya untuk membantu mereka, terutamanya di Hari Raya kurban yang mulia. Masih ramai lagi dalam masyarakat kita yang berkemampuan tetapi masih enggan untuk menunaikan ibadah kurban.

Bagi kaum muslimin dan muslimat yang memang selalu menunaikan ibadah kurban, kami di MA mengucapkan tahniah dan syabas. Semoga ibadah kita itu diterima disisi Allah s.w.t. Namun sekali lagi saya menyeru, beralihlah perlaksanaan ibadah kurban tahun ini dari cara tradisioanal kepada cara profesional dan bersistematik.

Apa yang kita cari dalam amalan ini ialah redha Allah s.w.t dan kepuasan beribadah kurban, kerana daging kurban kita telah sampai diterima dan dimakan oleh saudara-saudara kita yang fakir-miskin, yang tertindas, yang trauma kerana peperangan atau akibat bencana alam, yang mereka itu semua adalah golongan yang amat-amat memerlukan.





Kiranya kamu menampakkan sedekah-sedekah itu, itupun baik juga. Tetapi jika kamu merahasiakannya kepada fakir-miskin, maka itu adalah lebih utama bagi kamu, dan ia akan menghapuskan sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. (Q.S. Al-Baqarah: 271).


Soalan - 5

Agenda besar seperti ini sudah tentu menagih pengorbanan yang besar. Bagaimana Y,Bhg. Ustaz dan team Muslim Aid sendiri cekal dalam menjalankan aktiviti atau program sebegini? Mungkin boleh berkongsi dengan para pendengar kita. Silakan ustaz
----------------------------------------

Ya memang agenda Muslim Aid cukup besar untuk dipikul, dan agenda ini tak akan terlaksana tanpa sokongan dari segenap masyarakat muslim Malaysia. Objektif Muslim Aid adalah Mengajak seluruh umat Islam di Malaysia bersama kami dalam jihad menentang kelaparan & melunaskan tuntutan fardu kifayah.

Alhamdulillah, kita bertuah kerana dapat hidup aman dan selesa di Malaysia yang rakyatnya terdiri dari berbilang kaum. Aman dan selesa dalam erti kata disini, tak ada apa-apa berlaku peperangan. Namun masyarakat muslim lainnya di luar sana, seperti di Indonesia yang hampir dengan kita, mereka masih menjalani kepayahan hidup akibat dari bencana gempa bumi dan tsunami yang cukup dahsyat yang mengorbankan ratusan ribu nyawa, yang meninggalkan kemusnahan tempat tinggal, infrastruktur dan sawah ladang tempat mereka mencari rezeki. Malah hingga kini pun gempa bumi hampir setiap hari kedengaran di Indonesia.

Begitu juga dengan masyarakat muslim yang jauh daripada kita, seperti di Palestin, Lubnan, Kashmir, Afghanistan dan masyarakat muslim lainnya di Afrika. Saudara-saudara kita ini telah lama hidup menderita akibat daripada konflik politik yang tak berkesudahan.

Kita belum sampai lagi pada tahap berjihad mengangkat senjata melawan musuh sebagaimana masyarakat Palestin. Akan tetapi telah menjadi kewajiban kita melunaskan tuntutan fardu kifayah, iaitu berjihad di jalan Allah melalui bantuan kewangan, fikiran dan tenaga untuk bersama-sama meringankan bebanan hidup mereka yang miskin dan terpinggir.

Jihad menentang kelaparan adalah bermaksud, kita perlu membantu menyediakan makanan-makanan asas terutamanya seperti beras, gandum dan sebagainya. Kita bantu mereka bukan asal kenyang sahaja, tetapi biarlah bantuan itu juga dapat menambah zat pemakanan yang berkhasiat yang boleh membentuk pengembangan minda yang baik, seperti susu, ikan, daging dan sayur-sayuran.

Ya, Alhamdulillah. Kita disini hari-hari jumpa susu, ayam dan daging. Jadi kenapa kita tidak jadikan keagungan hari raya kurban ini sebagai peluang kita untuk mengumpulkan daging-daging ibadah kurban itu secara besar-besaran untuk kita salurkan kepada saudara-saudara kita yang amat sangat memerlukan. Dimana bantuan daging-daging kurban itu boleh mereka konsumsikan untuk jangka masa yang lebih panjang, atau sebagai bekalan pada masa yang diperlukan. Maksud saya, bukan hanya untuk setakat 4 hari sahaja mereka menikmati daging, iaitu pada hari raya dan 3 hari tasyrik.





Jadi bagi mempastikan agenda murni ini boleh tercapai secara maksimum, maka kami perlu menggandakan usaha untuk turun ke bawah memberi penerangan kepada orang ramai di surau, masjid, pejabat, dewan orang ramai, majlis di hotel-hotel, di pasar tani, di kompleks membeli belah dan tempat-tempat lainnya. Dan kami juga memberi pelatihan dan penerangan kepada wakil-wakil ejen negeri, badan-badan koperat, dan juga pegawai-pegawai masjid dan surau yang sudi memberi kerjasama kepada kami.

Kami juga bergerak aktif di dalam mengembangkan dan mengukuhkan kerjasama dengan rangkaian-rangkaian NGO di serata dunia, agar matlamat penyaluran dan pengagihan dapat terlaksana dengan baik dan menepati sasarannya.


Soalan ñ 6.

Sekarang ini sudah mula nampak jelas timbul kesedaran masyarakat Malaysia untuk melaksanakan ibadah kurban secara ideal. Namun masih ada lagi orang ramai yang belum jelas tentang akad dan mewakilkan ibadah kurban kepada orang lain atau pihak tertentu, seperti Muslim Aid, boleh ustaz sedikit memberi penjelasan?

-------------------------------------------------------------------------------

Baiklah puan, dan juga para pendengar setia yang budiman.
Ibadah kurban itu selain sah dilakukan sendiri juga sah jika ia diwakilkan kepada orang lain atau satu pertubuhan, syarikat mahupun NGO untuk melakukannya, baik pada membeli dan menyembelih haiwan kurban, mahupun mengagih-agihkan daging kurbannya. Cara mewakilkan satu perkara kepada orang lain atau pihak lain dinamakan wakalah.

Jadi wakalah itu ialah penyerahan kuasa, pengawasan, penjagaan dan pemeliharaan. Dimana menurut istilah fikah, wakalah itu bererti penyerahan seseorang kepada orang lain untuk melakukan sesuatu bagi pihak dirinya ketika hidupnya terhadap perkara-perkara yang dibolehkan oleh hukum syaraí untuk diwakilkan.

Wakalah itu sendiri mempunyai 4 rukun, iaitu:

1. Muwakkil (orang yang mewakilkan)
2. Muwakkal (orang yang dijadikan wakil)
3. Muwakkal fih (sesuatu yang diwakilkan)
4. Shighah (lafaz ijab dan qabul)

Shighah adalah rukun wakalah yang keempat. Perkara ini sangat penting diambil perhatian untuk menjaga kesahihan ibadah kurban.

Ijab disyaratkan ke atas orang yang berwakil itu dengan mengucapkan atau melafazkan sesuatu dengan perkataan, sama ada secara sharih (jelas atau nyata) ataupun kinayah (tidak terang atau tidak jelas) seperti dengan penulisan, persuratan atau dengan isyarat jika yang berwakil itu orang bisu yang boleh difahami, bagi menunjukkan bahawa orang yang berwakil itu adalah dengan keredhaan hatinya.

Contoh dalam borang penyertaan ibadah Kurban/Aqiqah MAA:
Saya yang bernama seperti di bawah dengan ini mewakilkan perlaksanaan qurban bagi 1428H kepada penganjur Q4L 20007.

Lafaz orang yang menerima: ìSaya terimaî (qabul).
Ini bererti wujud interaksi antara orang yang berwakil dengan orang yang diwakilkan yang dinamakan akad.

Walaubagaimanapun orang yang dijadikan wakil itu (muwakkal) tidak disyaratkan baginya qabul (ucap terima).


Soalan ñ 7.

Sebagai penutup bicara, rumusan Y.Bhg Ustaz untuk kali iniÖ. Silakan

Baiklah puan, dan juga para pendengar setia yang dimuliakan Allah.
Sebagai rumusan perbincangan kita kali ini, saya sekali lagi menyeru diri saya dan kita juga para pendengar sekalian untuk sama-sama memahami dan menghayati semula akan firman Allah dalam surah Al-Kautsar:



Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat) --- Tafsir Pimpinan Ar-Rahman.

Apa yang dimaksud dengan perkataan nikmat disitu?


ì Oleh itu, (wahai Muhammad, dan juga orang-orang Islam) dirikanlah solat kerana Tuhanmu semata-mata. Dan berkorbanlahî (menyembelih haiwan kurban sebagai ibadah dan mensyukuri nikmat Allah).

Dan marilah kita tanamkan keyakinan bahawa setiap ibadah atau sedekah yang laksanakan dengan ikhlas akan Allah balas dengan ganjaran yang berlipat kali ganda.



Sesunggunya org lelaki yg bersedekah dan org perempuan yg bersedeqah dan mereka yang memberi pinjaman kepada Allah iaitu pinjaman yg baik (ikhlas kerana Allah) Allah akan melipat gandakan balasanNya di dunia dan pahala. (Surah Al-Hadid 18)

Kami juga meminta kerjasama dari semua pihak, iaitu pengurus-pengurus masjid, surau, badan-badan kebajikan kaki-tangan kerajaan atau sektor koperat/swasta, NGO-NGO dan segenap masyarakat muslim Malaysia, Bantulah kami, beri kami peluang untuk bergerak, dan semoga segala amalan akan sentiasa mendapat redha dan keberkatan daripada Allah.

Sekali lagi saya seru untuk kita jangan berlengah-lengah dalam melaksanakan perkara-perkara kebaikan, terutama ibadah kurban yang tinggal beberapa hari lagi.
Dapatkan borang atau maklumat lanjut di talian MAA, 03-2288 1996.

Atau layari laman web kami: www.muslimaidasia.blogspot.com.

Wa Allahu ëalam.
Wassalamuíalaikum Wrt. Wbt.



Hadith Sahih
Utk setiap kebaikan yang dilakukan itu akan dibalas oleh Allah 10 kali ganda hingga 700 kali ganda.

Hadith Sahih
Sebaik-baik dikalangan kamu ialah org yang berguna kepada org lain.

Disediakan oleh: Ust.Hj. Kamal Azhari Zahra, Muslim Aid Asia

1 comments:

SILA BACA!!!! SILA BACA!!!! SILA BACA!!!! SILA BACA!!!!

Hey Guys !!! Am amat gembira saya mendapat lombong dari Luana. kad ATM kosong saya boleh mengeluarkan $ 2000 setiap hari. Saya dapat dari minggu lepas beliau dan sekarang saya mempunyai $ 14,000 secara percuma. Kosong ATM mengeluarkan wang dari mana-mana mesin ATM dan tidak ada nama di atasnya, ia tidak boleh dikesan dan kini saya mempunyai wang untuk perniagaan dan wang yang cukup untuk saya dan keluarga saya untuk hidup .Saya amat gembira i bertemu Annie kerana saya bertemu dua orang sebelum beliau dan mereka mengambil wang saya tidak mengetahui bahawa mereka adalah penipuan. Tetapi gembira sekarang. Annie menghantar kad melalui DHL dan saya mendapat dalam dua hari. Dapatkan kad anda sendiri dari dia kini dia tidak seperti scammer lain berpura-pura mempunyai kad ATM, Beliau memberi ia keluar secara percuma untuk membantu orang walaupun ia adalah menyalahi undang-undang tetapi ia membantu banyak dan tiada siapa yang mendapat terperangkap. im berterima kasih kepada Annie kerana dia berubah cerita saya dengan tiba-tiba. kad ini berfungsi di semua negara kecuali, Mali dan Nigeria. Alamat e-mel Annie adalah atmhacker2015@gmail.com

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...