About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Booking.com

Thursday, October 25, 2007

Miskin dan Kaya yang manakah lebih banyak merosakkan?


Ini artikel permulaan sebelum saya menulis lagu artikel-artikel kemiskinan, penderitaan dan kesengsaraan umat Islam sedunia. Saya mengambil sedikit sudut ilmiah untuk mengupas isu ini dan mungkin bersifat indirect motivation. sila perhatikan mental block yang ada di sesetengah minda muslim dalam artikel dibawah.

-Nuruddin

Hadis Kemiskinan Membawa Kekufuran; Mana lebih bahaya? Kemiskinan atau Kemewahan?
Oleh al-Ustaz Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
Banyak orang berhujah tentang bahaya kemiskinan dengan ungkapan:
كَادَ الْفَقْرُ أَنْ يَكُوْنَ كُفْرًا
Bermaksud: “Hampir-hampir kefaqiran itu membawa kepada kekufuran.”
Namun hadis ini adalah Hadis Tersangat Lemah.
Menurut pengarang Tuhfath al-Ahwazi Syarh Jami` Tirmizi ketika menghuraikan hadis ke 3525 Tirmizi, hadis ini diriwayatkan oleh Abu Nu`aim dalam al-Hilyah daripada Anas sebagaimana tersebut dalam al-Jami` al-Saghir. Al-Munawi ketika menghuraikan hadis ini menjelaskan bahawa: sanadnya adalah amat lemah (wahin). Al-Qari pula mentafsirkan kefaqiran itu sebagai kefaqiran jiwa dan hati bukannya kefakiran harta. Kefakiran jiwa sememangnya membawa kepada kekufuran.
Justeru, hadis ini tidak mampu dibuat hujah untuk menyatakan bahaya kemiskinan, malah sebaliknya yang lebih bahaya ialah kemewahan dan kesenangan sebagaimana sabit dalam banyak hadis yang sahih.Antaranya:

‏لَا الْفَقْرَ أَخْشَى عَلَيْكُمْ وَلَكِنْ أَخَشَى عَلَيْكُمْ أَنْ تُبْسَطَ عَلَيْكُمْ الدُّنْيَا كَمَا بُسِطَتْ عَلَى مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ فَتَنَافَسُوهَا كَمَا تَنَافَسُوهَا وَتُهْلِكَكُمْ كَمَا أَهْلَكَتْهُمْM
Maksudnya: “Bukan kemiskinan yang ku bimbang menimpa kamu tetapi yang aku bimbang ialah dibentangkan di hadapan kamu kemewahan dunia sebagaimana telah dibentangkan kepada umat sebelum kamu, lalu kamu berlumba-lumba mengejarnya sebagaimana umat dahulu kala juga berlumba-lumba mengejarnya, lalu ia membinasakan kamu seperti mana umat dahulu kala juga telah dihancurkan oleh sifat sedemiian.” (Hadis Bukhari-Kitab al-Jizyah no 2924)
Walaupun begitu, Islam tidak juga menggalakkan umatnya menjadi miskin semata-mata. Ini kerana Nabi berdoa:
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْكُفْرِ وَالْفَقْرِ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ
Maksudnya: “Ya Allah. Saya berlindung dengan Kamu daripada kekufuran dan kefaqiran dan saya berlindung dengan Kamu daripada azab kubur. Tiada Ilah melainkan Kamu.” (Hadis riwayat Abu Dawud, Nasaie dan Ahmad)
Islam juga tidak menggalakkan umatnya menjadi kaya semata-mata sebagaimana hadis sebelumnya. Yang digalakkan ialah samada orang kaya yang bersyukur atau orang miskin yang bersabar. Orang kaya yang bersyukur ialah orang kaya yang menggunakan hartanya pada tempat-tempat yang diarahkan oleh Alah untuk disalurkan. Orang miskin yang bersabar pula ialah orang miskin redha dengan kemiskinannya lalu tidak melakukan perkara haram demi untuk sesuap nasi. Malah sekiranya dibuat perbandingan, manakah yang lebih afdhal kaya yang bersyukur atau miskin yang bersabar? Maka majority ulama berpandangan kaya yang bersyukur lebih afdhal kerana manfaat kekayaannya melimpah dan dapat dinikmati oleh orang lain



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...