About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Pengiktirafan dari World Kindness Movement

Kindness Malaysia kini secara rasminya merupakan ahli World Kindness Movement

Misi Bantuan Kemanusiaan Untuk Mangsa Rohingya di Arakan, Myanmar

Bersama pelarian Rohingya di Arakan (Rakhine), Myanmar

Bantuan Perubatan di Hebron, Palestine

Vitamin C untuk anak-anak Palestine di Hebron

Ziarah ke perkampungan orang asli

Bersama sukarelawan ke kampung orang asli di Pos Betau, Pahang.

Misi Gelandangan Feed The Homeless

Misi Gelandangan Feed The Homeless yang dijalankan setiap hari Sabtu 2 minggu sekali di sekitar Kuala Lumpur

Booking.com

Sunday, October 28, 2007

Yusof Islam as the Muslim Aid founder

Kenalilah Pengasas Muslim Aid Antarabangsa....

Muslim Aid is the name of a British-based charity organization founded by Yusuf Islam (formerly known as Cat Stevens) in 1985. Islam left his position as Chairman in 1999.
Its objective is to "relieve the poor, the elderly, children and all those who are in need in any part of the world as a result of natural disasters, such as floods, earthquakes, draughts, famine epidemics, poverty and plagues and the relief of those who are refugees fleeing from war zones and war victims." and to help muslims around the globe
Its trustees include Sir Iqbal Sacranie OBE, and Muhammad Abdul Bari, giving it a close connection to the Muslim Council of Britain.
It has carried out its work in areas such as Indonesia, following the Earthquakes in Java in 2006, and the 2004 Indian Ocean earthquake. It also worked in Bosnia following the Yugoslav wars of the 1990s. It worked in Pakistan following the 2005 Kashmir earthquake, and has continuously worked in the Palestinian territories, as well as Darfur, Eritrea, Afghanistan, Lebanon, India, Bangla Desh and others.

Source: http://en.wikipedia.org/wiki/Muslim_Aid



Yusuf Islam atau nama lamanya Cat Steven adalah insan yang bertanggungjawab membina empayar dana muslim iaitu Muslim Aid International. Yusuf Islam adalah pelita bagi kegelapan norma hidup umat Islam, menjadi tangan emas bagi mengisi nyawa muslim yang tertindas...menjadi halwa jiwa bagi muslim yang gersang iman daripada kalimah Allah.....

Muhammad
Kuala Lumpur



FTA, alat memusnahkan ekonomi umat Islam !!


Perhatikan artikel dibawah. FTA adalah salah satu agenda globalisasi US terhadap ekonomi umat Islam sedunia. Dasar bebas dalam ekonomi US yang sememangnya telah kukuh aset dan perkapitanya, telah menyempitkan ruang ekonomi umat Islam. FTA adalaah salah satu penyebab kemiskinan dunia Islam di dunia ketiga, terutama timur tengah, Afrika dan nusantara Melayu. Sistem kapitalis telah mengongkong umat Islam!! bangun umat Islam, peka lah dengan kesempitan saudaramu di serata dunia!!


FTA Malaysia-US:


Waspada Imperialisme EkonomiIsu rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) antara Malaysia dengan AS mencetuskan kebimbangan di kalangan sebilangan rakyat negara ini yang perihatin mengenai pelbagai perkara terutama kerana dikatakan mampu mengancam kepentingan bangsa Melayu dan juga dikatakan akan menjejaskan industri negara dan kehidupan rakyat.Rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas Dua Hala (FTA) antara Malaysia dengan Amerika telah memasuki pusingan kelima di Kota Kinabalu, namun masih menemui jalan buntu.

Malaysia dari satu segi sangat mengharapkan terwujudnya FTA dengan AS kerana pasarannya yang mencecah bertrilion dolar yang dijangka dapat memberikan pulangan yang besar dan mampu membuka peluang pekerjaan kepada generasi muda. Tan Sri Adam Kadir menyatakan bahawa Malaysia tidak boleh lari daripada mengadakan FTA dengan mana-mana negara termasuklah dengan AS kerana dunia kini menuju ke era pasaran bebas (free market) dan pasaran umum (common market) dan tidak ada satu negara pun boleh mengasingkan diri daripada trend ini kerana menolaknya akan memberi kesan negatif kepada mereka.Walaubagaimanapun persoalan yang mungkin timbul adalah apakah benar FTA memberikan keuntungan dan peluang pekerjaan kepada negara membangun? Dan adakah kita tidak boleh lari daripada mengadakan FTA dengan negara-negara lain semata-mata kerana arus globalisasi?Teori FTAFree Trade Agreement ( Perjanjian Perdagangan Bebas Dua Hala) merupakan perjanjian dua hala antara dua buah negara terhadap barangan atau perkhidmatan tertentu yang telah dipersetujui sahaja.

FTA adalah sebahagian daripada mekanisme perdagangan bebas daripada ekonomi kapitalisme yang bermaksud menghilangkan segala bentuk rintangan terhadap perdagangan barangan, pelaburan dan kewangan dari luar negara baik dari segi kuota, cukai atau duti-duti. Secara teorinya, FTA memberikan keluasan pasaran dan persaingan secara adil dan sihat kepada syarikat dalam dan luar negara seterusnya meningkatkan kualiti, daya saing, pemindahan teknologi dan membuka peluang pekerjaan. Sepertimana Thomas L. Friedman menyatakan, "Semakin anda membiarkan kekuatan pasar berkuasa dan semakin anda membuka perekonomian anda bagi perdagangan bebas dan persaingan, perekonomian anda semakin effisien dan berkembang pesat" [ Friedman 2002:9].Idea perdagangan bebas berpunca daripada salah satu pemikiran liberal yang berasaskan aqidah sekularisme- kapitalisme iaitu kebebasan kepemilikan (freedom of ownership). Ini membenarkan sesebuah syarikat atau induvidu untuk menguasai apa sahaja yang mereka inginkan.

FTA juga sebahagian daripada globalisasi ekonomi yang dipelopori oleh AS dan negara-negara barat lain sebagai wadah untuk menguasai pasaran tempatan negara-negara dunia ketiga yang kebanyakannya adalah negara umat Islam.Hakikat FTA USSecara praktis, FTA hanya akan memberi keuntungan kepada negara-negara maju dan syarikat-syarikat multinasional kerana dalam persaingan ekonomi kapitalis, mereka yang memiliki modal yang besar akan sentiasa memenangi persaingan dan negara-negara yang lemah dan syarikat-syarikat bermodal kecil akan sentiasa tertindas. Sebagai contoh, selepas perjanjian NAFTA pada 1994 antara Mexico dan AS, para petani Mexico yang menanam jagung menderita kerana terpaksa bersaing dengan lambakan jagung dari AS yang lebih murah dalam pasaran kerana para petani AS mendapat subsidi yang besar daripada kerajaan. Akibatnya 1.3 juta petani Mexico kehilangan kerja dalam tempoh 10 tahun.AS juga tidak patuh dalam perjanjian perdagangan bebas dengan China yang mana ia telah mengenakan kuota dan mengawal kemasukan produk tekstil China yang jauh lebih murah demi menyelamatkan pasaran para pengeluar tekstil di AS [ Chinadaily: April 2005]. Selain itu, Kongres AS di bawah kepimpinan Presiden George W.

Bush telah meluluskan Akta Pemeliharaan dan Pelaburan Kawasan Pedalaman AS 2002. , Jabatan Pertanian AS memperuntukkan subsidi yang mewah kepada para petani serta pengusaha ladang tempatan AS bagi penghasilan tanaman komoditi. Ia telah menyebabkan lambakan hasil pertanian komoditi yang murah di pasaran. Namun, apabila Kanada memberikan subsidi kepada industri pembalakan dan perkayuan, AS telah mengecam Kanada. Ini menunjukkan sifat polisi AS yang berat sebelah [ California Trade: 2005].Salah satu syarat FTA Malaysia-AS ialah hakcipta intelektual yang mana ia akan menghalang penghasilan ubat-ubat generik yang murah setelah kawalan hakcipta dan paten diluluskan. Pastinya selepas ini akan meningkatkan kos perkhidmatan perubatan dan memberikan penderitaan kepada rakyat. Di kebanyakan negara membangun, ketidaksamarataan agihan kekayaan telah menghasilkan jurang perbezaan kekayaan yang besar antara si miskin dan si kaya. Sekiranya perdagangan bebas dilaksanakan sudah tentu menambahkan lagi jurang perbezaan ini [Penang Economic Monthly : vol 8].Inilah sebahagian daripada kesan langsung sekiranya FTA dilaksanakan ke atas Malaysia atau mana-mana negara kaum muslimin.

FTA sebenarnya telah memaparkan sikap tamak dan rakus para kapitalis yang hanya memikirkan kepentingan mereka sahaja. Walaupun mereka melaung-laungkan keadilan dalam pasaran bebas namun merekalah yang melanggar perjanjian tersebut apabila keadaan tidak menyebelahi mereka.FTA : Imperialisme EkonomiDaripada kes-kes di atas, jelaslah bahawa kita tidak boleh menafikan terdapatnya ketidakadilan, pengkhianatan dan penguasaan negara-negara besar seperti AS ke atas negara-negara kerdil di dalam perjanjian FTA. Ia secara hakikinya juga adalah sebahagian daripada alat penjajahan yang digunakan oleh AS dan negara-negara kafir barat ke atas negara-negara membangun terutamanya negara umat Islam. Penguasaan kuffar ke atas kaum muslimin jelas bertentangan dengan kehendak syara' sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:"Allah sekali-kali tidak akan memberi jalan bagi orang-orang kafir untuk berkuasa ke atas orang-orang yang beriman" [TMQ An Nisa: 141]Melalui penegasan di dalamnya, ayat di atas menerangkan bahawa jelaslah bahawa hukum membiarkan orang-orang beriman dikuasai oleh orang-orang kafir, adalah haram. Berkuasa dari segi apa? ia tidak dinyatakan secara khusus, penguasaan itu bersifat umum. Ia boleh merujuk kepada kaum muslimin yang dikuasai oleh orang-orang kafir di dalam bidang ekonomi, sosial, politik dan sebagainya.'Bebas' (Freedom), itulah slogan yang sentiasa dilaungkan oleh Barat, samada di dalam pemerintahan, sosial, pendidikan dan termasuklah juga ekonomi. Padahal, idea kebebasan tidak pernah memberikan keharmonian ataupun keadilan yang sebenar kepada negara-negara yang menjadikannya sebagai asas kepada sistem kehidupan.Salah satu produk Idea kebebasan ini adalah Pasaran/Perdagangan Bebas. Tetapi, pada hakikatnya, 'kebebasan' di dalam Pasran/Perdagangan Bebas itu tidak pernah wujud. Ini adalah kerana, akan ada campurtangan kerajaan jika pasaran bebas itu mengancam sistem ekonomi mereka.

Semua perjanjian FTA yang ditandatangani tidak pernah memberikan kebebasan kepada negara-negara membangun, bahkan mereka akan ditekan dan diperas. Seperti di dalam kes hubungan dagangan antara China dan AS. Jadi, istilah FTA (Free Trade Agreement) itu seharusnya ditukar menjadi ITA (Imperial Trade Agreement) kerana sifat-sifatnya yang lebih kepada bentuk untuk menguasai ekonomi negara lain.Sebaliknya, sistem yang akan diterapkan oleh Khilafah Islamiyyah nanti sangat berbeza dengan sistem yang kita ada pada hari ini. Perbandingan di antara Sistem Islam dan sistem kufur umpama langit dan bumi. Sistem Khilafah Islamiyyah nanti bukan sahaja haram untuk berurusan dengan FTA, malah tidak langsung memerlukannya. Ini adalah kerana, lebih kurang 60% hasil kekayaan bumi terletak di tanah kaum muslimin.Bahkan, dunia Islam itu sendiri adalah pasaran yang besar. Maka, dengan itu, apabila Khilafah Islamiyyah berjaya menyatukan seluruh dunia kaum muslimin nanti, AS sendiri tidak mempunyai pilihan lain, kecuali tunduk kepada perjanjian-perjanji an yang akan ditetapkan oleh Syara'. Kerana telah terbukti pada hari ini bahawa tanpa sumber kekayaan dunia Islam AS tidak akan mampu untuk bersaing. Itulah sebabnya mengapa AS begitu rakus menghancurkan bumi Iraq pada ketika ini semata-mata ingin menyedut segala 'kekayaan' yang ada.Khilafah Islamiyyah berlandaskan kepada akidah Islam dan diturunkan oleh Allah swt sudahpun lengkap sejak ia diturunkan dan mampu menjawab setiap persoalan kehidupan termasuk dalam bidang ekonomi. Sistem ekonomi Islam telah membataskan hak-hak untuk pemilikan induvidu, umum dan negara dan ini telah menyekat sebarang bentuk penswastaan ke atas sumber alam dan aset umat. Sumber alam dan aset umat akan dikelolakan oleh negara demi kesejahteraan dan kemakmuran masyarakat dan tidak hanya diekploitasikan oleh segelintir industrialis yang rakus seterusnya menutup akses globalisasi mahupun FTA.

Sabda Rasulullah SAW:"Ummat memiliki hak yang sama atas tiga perkara, air, padang rumput dan api" [HR Abu Dawud]Hari ini kebanyakan negara-negara membangun terlalu bergantung kepada negara kapitalis maju kerana mereka membiarkan ianya dikelolakan oleh syarikat swasta atau negara luar sehingga mereka hilang sumber sendiri.Selain itu, khilafah akan menghentikan manipulasi matawang dengan cara mengembalikan semula sistem matawang yang berasaskan emas dan perak yang akan menjamin kestabilan sistem kewangan negara. Khilafah juga akan menyediakan perkhidmatan pendidikan dan kesihatan percuma untuk kesejahteraan rakyat dan juga menghilangkan kawalan hakcipta kerana ia menghambat kreativiti dan inovasi.

Kesimpulan:FTA yang diciptakan oleh negara-negara kapitalis merupakan sebuah alat untuk menguasai negara-negara umat Islam dan seterusnya akan menjajah mereka secara ekonomi. Mereka sentiasa mempropagandakan bahawa persaingan menerusi FTA ini adalah sesuatu yang sihat, adil dan memberikan kesejahteraan kepada dunia, walhal ia hanya memberikan faedah dan keuntungan yang menggunung kepada para kapitalis dan menindas negara-negara yang tidak berdaya. Sedangkan Allah swt telah menurunkan suatu sistem aturan ekonomi yang sangat ampuh di dalam mengendalikan kehidupan ekonomi manusia. Hukum Syara' menghalang monopoli dan eksploitasi ke atas umat dan memastikan negara melaksanakan tugasnya dalam melindungi kepentingan umat.


sumber: http://www.asiafinest.com/forum/lofiversion/index.php/t118623.html



Thursday, October 25, 2007

Miskin dan Kaya yang manakah lebih banyak merosakkan?


Ini artikel permulaan sebelum saya menulis lagu artikel-artikel kemiskinan, penderitaan dan kesengsaraan umat Islam sedunia. Saya mengambil sedikit sudut ilmiah untuk mengupas isu ini dan mungkin bersifat indirect motivation. sila perhatikan mental block yang ada di sesetengah minda muslim dalam artikel dibawah.

-Nuruddin

Hadis Kemiskinan Membawa Kekufuran; Mana lebih bahaya? Kemiskinan atau Kemewahan?
Oleh al-Ustaz Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
Banyak orang berhujah tentang bahaya kemiskinan dengan ungkapan:
كَادَ الْفَقْرُ أَنْ يَكُوْنَ كُفْرًا
Bermaksud: “Hampir-hampir kefaqiran itu membawa kepada kekufuran.”
Namun hadis ini adalah Hadis Tersangat Lemah.
Menurut pengarang Tuhfath al-Ahwazi Syarh Jami` Tirmizi ketika menghuraikan hadis ke 3525 Tirmizi, hadis ini diriwayatkan oleh Abu Nu`aim dalam al-Hilyah daripada Anas sebagaimana tersebut dalam al-Jami` al-Saghir. Al-Munawi ketika menghuraikan hadis ini menjelaskan bahawa: sanadnya adalah amat lemah (wahin). Al-Qari pula mentafsirkan kefaqiran itu sebagai kefaqiran jiwa dan hati bukannya kefakiran harta. Kefakiran jiwa sememangnya membawa kepada kekufuran.
Justeru, hadis ini tidak mampu dibuat hujah untuk menyatakan bahaya kemiskinan, malah sebaliknya yang lebih bahaya ialah kemewahan dan kesenangan sebagaimana sabit dalam banyak hadis yang sahih.Antaranya:

‏لَا الْفَقْرَ أَخْشَى عَلَيْكُمْ وَلَكِنْ أَخَشَى عَلَيْكُمْ أَنْ تُبْسَطَ عَلَيْكُمْ الدُّنْيَا كَمَا بُسِطَتْ عَلَى مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ فَتَنَافَسُوهَا كَمَا تَنَافَسُوهَا وَتُهْلِكَكُمْ كَمَا أَهْلَكَتْهُمْM
Maksudnya: “Bukan kemiskinan yang ku bimbang menimpa kamu tetapi yang aku bimbang ialah dibentangkan di hadapan kamu kemewahan dunia sebagaimana telah dibentangkan kepada umat sebelum kamu, lalu kamu berlumba-lumba mengejarnya sebagaimana umat dahulu kala juga berlumba-lumba mengejarnya, lalu ia membinasakan kamu seperti mana umat dahulu kala juga telah dihancurkan oleh sifat sedemiian.” (Hadis Bukhari-Kitab al-Jizyah no 2924)
Walaupun begitu, Islam tidak juga menggalakkan umatnya menjadi miskin semata-mata. Ini kerana Nabi berdoa:
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْكُفْرِ وَالْفَقْرِ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ
Maksudnya: “Ya Allah. Saya berlindung dengan Kamu daripada kekufuran dan kefaqiran dan saya berlindung dengan Kamu daripada azab kubur. Tiada Ilah melainkan Kamu.” (Hadis riwayat Abu Dawud, Nasaie dan Ahmad)
Islam juga tidak menggalakkan umatnya menjadi kaya semata-mata sebagaimana hadis sebelumnya. Yang digalakkan ialah samada orang kaya yang bersyukur atau orang miskin yang bersabar. Orang kaya yang bersyukur ialah orang kaya yang menggunakan hartanya pada tempat-tempat yang diarahkan oleh Alah untuk disalurkan. Orang miskin yang bersabar pula ialah orang miskin redha dengan kemiskinannya lalu tidak melakukan perkara haram demi untuk sesuap nasi. Malah sekiranya dibuat perbandingan, manakah yang lebih afdhal kaya yang bersyukur atau miskin yang bersabar? Maka majority ulama berpandangan kaya yang bersyukur lebih afdhal kerana manfaat kekayaannya melimpah dan dapat dinikmati oleh orang lain



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...