Masyarakat yang kuat dilihat dari berapa ramai yang mampu berjemaah Subuh di masjid. Kindness Malaysia dengan kerjasama Masjid Amru Al As mengambil inisiatif untuk menggalakkan orang ramai solat Subuh berjemaah di masjid.
Jika kita lihat warga emas yang memenuhi ruang masjid, harapannya selepas ini lebih ramai anak muda yang berduyun-duyun tunaikan solat di masjid.
Semoga harapan ini menjadi suatu realiti kelak. Bagi yang berminat untuk menaja minyak hitam dan juga makan minum waktu aktiviti ini dijalankan, boleh hubungi saya terus di 018 380 0961.
Pengasas
Kindness Malaysia