About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Pengiktirafan dari World Kindness Movement

Kindness Malaysia kini secara rasminya merupakan ahli World Kindness Movement

Misi Bantuan Kemanusiaan Untuk Mangsa Rohingya di Arakan, Myanmar

Bersama pelarian Rohingya di Arakan (Rakhine), Myanmar

Bantuan Perubatan di Hebron, Palestine

Vitamin C untuk anak-anak Palestine di Hebron

Ziarah ke perkampungan orang asli

Bersama sukarelawan ke kampung orang asli di Pos Betau, Pahang.

Misi Gelandangan Feed The Homeless

Misi Gelandangan Feed The Homeless yang dijalankan setiap hari Sabtu 2 minggu sekali di sekitar Kuala Lumpur

Booking.com
Showing posts with label Polisi. Show all posts
Showing posts with label Polisi. Show all posts

Thursday, July 10, 2008

Dari Sarawak ke Kuala Lumpur...

Dalam persiapan untuk program motivasi Glitters of Tomorrow, datang seorang pemuda terkial2 di pintu ofis. Saya tanya apa yang boleh saya bantu. Mulanya saya ingatkan dia datang untuk aqiqah atau sedeqah perigi, rupanya dia sedang mencari kerja. Menurutnya, dia datang dari Sarawak, untuk cari kerja di KL. Hampir sebulan merantau di KL, pagi tadi dia mendapat offer untuk kerja di KL Sentral, dan insyaAllah esok dia akan mula kerja.

Ikut polisi Muslim Aid Asia, kami tidak dibenarkan untuk memberi bantuan direct kepada individu. Hal ini kerana untuk mengelakkan duit sumbangan disalah gunakan. Muslim Aid Asia hanya boleh beri peruntukan untuk program-program atau aktiviti untuk orang ramai secara menyeluruh.Teringat saya pada satu movie melayu beberapa hari lepas dimana lelaki itu lakonan Rosyam Nor dari kampung datang ke KL mencari pekerjaan. Keadaannya agak sama dengan saudara dari Sarawak yg bernama Ibrahim ini.

Kami di Muslim Aid Asia, hanya mampu mengeluarkan duit dari poket sendiri untuk membantu saudara ini. Saudara ini amat berbesar hati, dan katanya, insyaAllah dia akan datang melawat ke pejabat Muslim Aid Asia, selepas dia mula bekerja di KL Sentral. Semoga Allah murahkan jalan hidupnya untuk mencari rezeki di kota metropolitan Kuala Lumpur.

-Muhammad bin Kamarulazizi-
Muslim Aid Asia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...