About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Pengiktirafan dari World Kindness Movement

Kindness Malaysia kini secara rasminya merupakan ahli World Kindness Movement

Misi Bantuan Kemanusiaan Untuk Mangsa Rohingya di Arakan, Myanmar

Bersama pelarian Rohingya di Arakan (Rakhine), Myanmar

Bantuan Perubatan di Hebron, Palestine

Vitamin C untuk anak-anak Palestine di Hebron

Ziarah ke perkampungan orang asli

Bersama sukarelawan ke kampung orang asli di Pos Betau, Pahang.

Misi Gelandangan Feed The Homeless

Misi Gelandangan Feed The Homeless yang dijalankan setiap hari Sabtu 2 minggu sekali di sekitar Kuala Lumpur

Booking.com

Monday, December 19, 2011

Bantuan Persekolahan Buat Anak-anak Yatim dan Miskin


Tarikh: 17 Disember 2011 Lokasi: Pusat Islam, Kuala Lumpur

Alhamdulillah, bantuan persekolahan untuk anak-anak yatim dan miskin selesai dilaksanakan dimana penghuni Rumah Aman Shah Alam, Rumah Badan Amal Siti Khadijah dan kanak-kanak dari Rumah Pangsa Jalan Loke Yew telah menerima sumbangan dalam bentuk pakaian dan peralatan sekolah.

penerima bantuan

yang telah diraikan

Pejabat Muslim Aid mengucapkan jutaan teruma kasih kepada para dermawan yang sentiasa bermurah hati menyalur sumbangan melalui tabung pendidikan kanak-kanak Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia. Pengumpuluan dana akan terus giat dijalankan agar lebih ramai kanak-kanak dapat dibantu. Kepada yang berminat untuk menyalurkan sumbangan, boleh hubungi pejabat Muslim Aid di 03-22881996.

Muhammad bin Kamarulazizi

Sungai Jordan - Tasek Galelei - Tel Aviv


Dalam perjalanan ke Tel Aviv, kami singgah ke Sungai Jordan. Di sini ramai orang kristian dari seluruh negara datang untuk di baptis dengan mandi di Sungai Jordan tersebut. Proses baptis ini dipercayai dapat menyucikan dosa orang kristian.

Sungai Jordan yang mengalir di Israel

ayat dalam kitab Bible (Injil) yang diterjemah dalam pelbagai bahasa

Kemudian perjalanan diteruskan ke Tasek Galelei. Tasek atau dikenali juga sebagai Laut Galelei ini merupakan sumber air yang utama bagi masyarakat Yahudi dan juga Palestine. Pelbagai sejarah dapat dikaji di Tasik Galelei, dan kaum Kristian mempercayai pelbagai peristiwa melibatkan Jesus (Nabi Isa AS) berlaku di Tasek Galelei.

di Tasek Galelei

boat di Tasek Galelei

Sebelum tiba di Tel Avivn kami dibawa ke Caprice, iaitu tempat dimana berlian dibentuk menjadi barang kemas. Lebih 50% daripada berlian di dunia diproses di Israel. Dan pemprosesan berlian ini antara punca pendapatan utama bagi Israel dengan pendapatan selitar USD 8 billion dan sumber utama berlian adalah dari Afrika Selatan.

di hadapan pintu masuk Caprice

salah sebuah masjid di Tel Aviv

di bandar Tel Aviv
Bandar Tel Aviv

Kami tiba di Tel Aviv sekitar jam 8 malam. Tel Aviv ini merupakan ibu negara Israel dimana bisnes dan hiburan tertumpu di Tel Aviv. Bandarayanya yang besar ini menempatkan lebih 2 juta orang penduduk dengan majoritinya terdiri daripada yahudi dan sebahagian kecil Muslim dan kristian Palestine. Masih terdapat 3 buah masjid di Tel Aviv yang masih diimarahkan oleh penduduk Islam Palestine di Tel Aviv.

Muhammad bin Kamarulazizi


Wednesday, November 30, 2011

Hari Pertama di Palestine

tibanya di Palestine, negara jajahan Israel


22 Nov 2011 - Melalui Allenby Bridge, kami tiba di sempadan Palestine yang dikuasai oleh regim Israel. Alhamdulillah imigresen berjalan dengan lancar walaupun ada sedikit hiccups, dimana 2 org telah ditahan untuk pemeriksaan lanjut. Dua orang yang ditahan ini berkemungkinan merupakan prosedur biasa dan diajukan soalan-soalan yang adalakalanya mempunyai unsur provokasi. Alhamdulillah, dua orang mengikuti jemaah kami ini tenang menjawab semua soalan dan dilepaskan. Seluruh proses mendapatkan visa dan selesai dalam tempoh sejam.

Sebelum ini saya mendapat tahu proses untuk melepasi imigresen Israel akan mengambil masa lebih 4 jam. Lebih2 lagi bagi pengunjung yang berumur antara 20 hingga 40 tahun yang dianggap 'threat' bagi kerajaan zionis ini. Apa yang dapat saya lihat, wajah-wajah tentera Zionis ini sebenarnya takut dengan orang-orang Islam. Sepanjang masa mereka akan berkepit dengan M16 sebagai pelindung mereka. Ini yang dapat dikatakan sebagai takut pada bayang sendiri.

Lokasi imigresen ini di tengah2 gurun dan apa yang menghairankan ialah imigresen ini dipenuhi dengan lalat. Sebagaimana Allah menunjuk hinanya Firaun dengan lalat, mungkin begitu juga Allah tunjukkan Zionis laknatullah ini juga hina dengan jumlah lalat yang luar biasa di imigresen mereka. Golongan Yahudi yang datang tinggal di Israel ini asalnya dari merata tempat. Bagi yang berkulit hitam seperti dari Etophia, mereka merupakan Yahudi kasta rendah dan bekerja bahagian kontrak dan berpendapatan rendah. Berbeza dengan Yahudi yang berkulit putih memegang jawatan-jawatan yang berpendapatan tinggi (sumber dari salah seorang sukarelawan yang pernah bertugas di Palestine).

di makam Nabi Musa

Selesai imigresen, kami terus bergerak ke makam nabi Musa. Di sini kami solat jamak Zohor dan Asar sebelum meneruskan perjalanan ke Jericho, sebuah bandar yang dikuasai oleh polis Palestine. Keadaan sebelum tiba Jericho ini gersang, panas dan tidak mempunyai pokok. Jericho ini merupakan antara bandar yang paling rendah di dunia, dan dikatakan dahulunya sebuah oasis. Kami makan tengahari di sini sebelum bertolak ke Nazareth, atau dalam Bahasa Arabnya, Nazirah.

kawasan gersang di Jericho

kawasan pertanian yang diusahakan oleh Yahudi, Israel


kurma keluaran Israel yang bersaiz besar dan rasanya juga amat sedap

kenderaan dengan nombor plate berwarna kuning kepunyaan masyarakat Yahudi sahaja

nombor plate berwarna putih kepunyaan masyarakat Palestine

Dari Jericho kami terus ke Nazareth, sebuah bandar dibawah jajahan Israel. Di sini tanah kelihatan amat subur dengan pelbagai tanaman yang tumbuh dengan sihat. Golongan Yahudi ini mempunyai kepakaran dalam industri pertanian dan pelbagai cara dilakukan untuk menanam sayur-sayuran dan buah-buahan dengan subuh. Warga Palestine dari Jericho tidak dibenarkan untuk memasuki Nazareth kecuali dengan mendapatkan pas dari pihak berkuasa Israel. Bagi membezakan kenderaan Israel dan Palestine, warna papan nombor plate bagi penduduk Israel ialah kuning dan warga Palestine berwarna putih.

Keesokan harinya perjalanan diteruskan ke Hebron.

Muhammad bin Kamarulazizi

Thursday, November 17, 2011

Sesi Bowling untuk Anak ASDAF yang Cemerlang


Sehari sebelum ke Palestine, saya berkesempatan untuk membawa anak-anak ASDAF yang cemerlang untuk bermain bowling di Midvalley. Lima orang anak ASDAF yang cemerlang dari segi akademik dan shahsiah di asrama dipilih untuk trip kali ini. Program ini ditaja setiap bulan oleh Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid), dibawah tabung orphan aid bagi menggalakkan anak-anak ASDAF untuk terus berusaha belajar bersungguh-sungguh, sentiasa menjaga solat lima waktu dan berdisiplin di asrama.

sukarelawan bersama anak-anak ASDAF


masing-masing dengan satu frame

makan tengahari

Trip bermain bowling ini turut serta dimeriahkan dengan sukarelawan Muslim Aid yang telah menaja makan tengahari untuk semua. InsyaAllah program ini akan diteruskan bagi sesi tahun hadapan 2012 di ASDAF dan sekolah-sekolah komuniti lain seperti Madrasah Hashimiah dan Sekolah Komuniti Pelarian Somalia. Pada yang ingin menyumbang bagi tabung anak yatim atau tabung pelarian Muslim Aid, boleh hubungi pejabat Muslim Aid di 03-22881996, atau bank in terus ke akaun CIMB Muslim Aid di 1422-0000070-10-8 dan emailkan nama, alamat dan nombor telefon beserta masa dan transaksi bank ke mail@muslimaid.org.my. Setiap sumbangan akan diberi resit pengecualian cukai.

Muhammad bin Kamarulazizi

Monday, November 14, 2011

Program Qurban For Life bersama Ustazah Pilihan Astro Oasis dan Rumah al-Barakh Banting

Tarikh: 6 November 2011
Lokasi: Rumah Anak Yatim al-Barakh, Banting, Selangor
Program: Qurban For Life meraikan anak-anak yatim dan miskin al Barakh bersama Ustazah Pilihan Astro Oasis.

Alhamdulillah program Qurban For Life selesai dengan jayanya. Penyembelihan telah dilakukan pada Hari Raya Aidiladha di pelbagai tempat dan kebanyakannya dilaksanakan di Australia bagi daging qurban yang akan ditinkan. Terdapat juga beberapa lokasi di Malaysia dan beberapa negara lain melaksanakan penyembelihan tempatan manfaat dari program Qurban For Life anjuran Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia ini.

bersama Ustazah Pilihan


bersama-sama melapah

dengan anak al-Barakh

bersama di Eidiladha

sesi taklimat

anak-anak al-Barakh

Empat puluh anak-anak yatim dan miskin Rumah al-Barakh telah diraikan dengan penyembelihan lima ekor lembu dan seekor kambing. Kehadiran Ustazah Pilihan dari Astro Oasis sedikit sebanyak telah menambah keceriaan anak-anak al-Barakh yang bersama-sama membantu melapah, memasak dan mengagihkan daging qurban. Turut serta pasukan Rela yang membantu melancarkan program qurban ini.

Pejabat Muslim Aid mengucapakan terima kasih kepada peserta-peserta qurban yang telah menyertai program Qurban For Life. Sehingga kita bertemu lagi di program akan datang!

Muhammad bin Kamarulazizi

Tuesday, October 25, 2011

Kaunter Qurban For Life di Sekitar Kuala Lumpur

Kini orang ramai dapat menyertai program Qurban For Life (Q4L) dengan pendaftaran di beberapa buah lokasi di sekitar Kuala Lumpur. Pembayaran Q4L ini dapat dilakukan di Taman Melawati, AU2 Keramat dan Kajang. Lokasi-lokasi baru yang lain akan dikemaskini di laman web Qurban For Life.

1. Perniagaan al-Yakin (berdekatan Pasar Tani Melawati)
No 224 Jalan Negara 2,
Pusat Bandar Taman Melawati,
Kuala Lumpur.
Tel: 03-41077827 (Mujahid)


2. Pusat Bekam al-Yakin
A-37-GB Jalan Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor
Tel: 013-3991199 (Mujahid)




4. Halal Mall
No 9163 Jalan Negara,
Taman Melawati,
53100, Kuala Lumpur
Tel: 03-41066385

Penyertaan Qurban For Life masih RM380 yang akan merangkumi seekor kambing atau satu bahagian lembu, penyembelihan, pengetinan dan pengagihan di dalam Malaysia dan luar negara seperti Afrika, Gaza dan Selatan Thai. Untuk maklumat lanjut layari laman Qurban For Life atau hubungi pejabat Muslim Aid di 03-22881996. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 3 November 2011.

Muhammad bin Kamarulazizi


Friday, October 21, 2011

Somali Community Primary School


Tarikh: 20 Oktober 2011
Lokasi: Somali Community Primary School, Gombak

Sebuah sekolah komuniti baru telah dibuka beberapa bulan lepas kini mempunyai 33 orang pelajar dari umur empat tahun hingga 16 tahun. Sekolah komuniti ini menempatkan anak-anak pelarian dari Somalia. Subjek yang diajar ialah matematik, bahasa Inggeris, pengajian al-Quran dan pendidikan Islam. Guru-guru merupakan dari komuniti pelarian sendiri yang sukarela mengajar.

sesi pembelajaran dalam kelas

anak-anak Somalia


tekun belajar di dalam kelas

poster pendidikan yang baru ditampal di dinding

ruang yang akan dijadikan preschool

Sebagai status pelarian di Malaysia, anak-anak pelarian Somalia ini tidak berpeluang ke sekolah tempatan kerana isu dokumentasi dan kebanyakan dari mereka hanya memegang kad UNHCR. Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid) insyaAllah akan bersama dengan komuniti Somalia ini untuk membantu membangunkan kemudahan sekolah komuniti ini. Pada peringkat awal perancangannya ialah untuk 'set up' bilik preschool bagi anak-anak kecil yang berumur antara 4 tahun hingga 7 tahun.

Muslim Aid mengalu-alukan sumbangan dan tajaan bagi membantu sekolah komuniti Somalia ini. Kepada yang berminat untuk menyumbang, boleh salurkan sumbangan ke akaun CIMB Muslim Aid di 1422-0000070-10-8 atas nama Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia. Sila email/faks (muhammad@muslimaid.org.my/0322881966) sekali slip bank beserta butiran berikut:

Nama:
Alamat:
No tel:
Tarikh transaksi:
Masa transaksi:
Bank:

Anggaran jumlah untuk menyediakan kemudahan preschool ini ialah dalam RM4000 yang akan merangkumi tikar getah (puzzle), meja dan alat tulis kanak-kanak, alat bantuan mengajar, permainan pendidikan dan barang-barang lain. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi saya di 03-22881996.

Muhammad bin Kamarulazizi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...