About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Pengiktirafan dari World Kindness Movement

Kindness Malaysia kini secara rasminya merupakan ahli World Kindness Movement

Misi Bantuan Kemanusiaan Untuk Mangsa Rohingya di Arakan, Myanmar

Bersama pelarian Rohingya di Arakan (Rakhine), Myanmar

Bantuan Perubatan di Hebron, Palestine

Vitamin C untuk anak-anak Palestine di Hebron

Ziarah ke perkampungan orang asli

Bersama sukarelawan ke kampung orang asli di Pos Betau, Pahang.

Misi Gelandangan Feed The Homeless

Misi Gelandangan Feed The Homeless yang dijalankan setiap hari Sabtu 2 minggu sekali di sekitar Kuala Lumpur

Booking.com

Friday, November 12, 2010

Limau Kasturi di Kitchen Garden ASDAF


Semalam saya berkesempatan ke ASDAF untuk mendapatkan keputusan UPSR anak-anak ASDAF. Alhamdulillah Fitri dan Salihin telah dapat 2A untuk UPSRnya. Sekian lama tidak menjenguk kitchen garden ASDAF, pokok limau kasturi sudah mengeluarkan banyak buah. Anak-anak ASDAF ini terus memetik buah tersebut. Kitchen garden di ASDAF kini hanya tinggal pokok-pokok yang tahan lama seperti limau kasturi, limau purut, jambu air dan juga pokok kari.

anak-anak ASDAF bersama limau kasturi yang dipetik

InsyaAllah pada raya kedua nanti akan diadakan ziarah qurban ke kampung orang asli di Raub di Kampung Pantos bersama pihak pengurusan ASDAF dan juga sukarelawan dan dermawan dari luar. Dan pada 22hb dan 23hb November pula anak-anak ASDAF akan ke Port Dickson untuk berkelah. Pada sukarelawan yang berminat untuk turut serta, boleh hubungi saya di pejabat Muslim Aid di 03-22881996.

Muhammad bin Kamarulazizi

Thursday, November 11, 2010

Qurban For Life 2010 di Harian Metro


Dengan hanya tinggal kurang dari seminggu sahaja lagi untuk Raya Haji, penyertaan qurban bersama Muslim Aid iaitu Qurban For Life (Q4L) meningkat secara mendadak. Hal ini kerana kebanyakan masjid dan surau sudah menutup penyertaan qurban. Tarikh tutup penyertaan Q4L ialah pada 16 November 2010 iaitu sehari sebelum raya haji.

Hari ini program Q4L mendapat liputan di Harian Metro. Pada yang masih belum melaksanakan ibadah qurban dan masih berminat untuk melaksanakannya, boleh download borang qurban di sini atau hubungi Muslim Aid di 03-22881996.

Liputan Harian Metro di sini

Muhammad bin Kamarulazizi

Thursday, November 4, 2010

Penyertaan Qurban For Life Tinggal Lagi 2 Minggu


Hanya dua minggu sahaja lagi sebelum Hari Raya AidilAdha dan kini promosi program Qurban For Life (Q4L) giat dijalankan dan sambutan semakin menggalakkan. Panggilan tidak putus setiap hari untuk penyertaaan qurban bersama Muslim Aid.

Brosur-brosur yang telah diagihkan di sekitar Kuala Lumpur dan juga melalui sukarelawan Muslim Aid juga mula mendapat respon yang baik. Promosi melalui internet seperti di Facebook Muslim Aid dan juga Facebook Q4L juga dijalankan dan mendapat respon yang memberangsangkan. InsyaAllah untuk qurban kali ini, tin daging qurban ini akan dihantar ke Pakistan dan juga saudara kita di Gaza disamping masyarakat miskin dan anak yatim di Malaysia.

Alhamdulillah apabila semakin ramai orang menyertai Q4L, maka lebih ramai golongan yang memerlukan dapat dibantu. Ada juga para dermawan yang akan melaksanakan ibadah qurban di masjid qaryah, juga masa yang sama melaksanakan qurban dengan Muslim Aid. Pihak Muslim Aid mengucapkan tahniah dan jutaan terima kasih kepada warga Malaysia yang amat prihatin dengan menyalurkan ibadah qurban mereka melalui Muslim Aid. Dengan penyertaan ini, saudara seagama kita yang kurang bernasib baik dapat menikmati daging qurban Q4L yang ditinkan ini akan tahan lama, mudah disimpan dan boleh dimakan bila-bila masa sahaja. Semoga dengan usaha ini, mendapat keberkatan dariNya.

Muhammad bin Kamarulazizi

Tuesday, November 2, 2010

Kursus Toyota Production System


Lokasi: Perodua Rawang
Tarikh: 26 - 27 Oktober 2010
Kursus: Membudayakan Toyota Production System (TPS)

Bulan lepas saya telah dijemput untuk menyertai kursus TPS di Perodua Rawang. TPS ini merupakan suatu kaedah pengurusan pembuatan yang telah diasaskan oleh Toyota di Jepun. Saya tertarik dengan sistem TPS ini, bukan sahaja boleh digunakan untuk industri pembuatan, tetapi juga boleh diaplikasikan untuk pengurusan'management' di dalam pejabat, juga untuk pengurusan di rumah atau diri sendiri.

TPS ini mementingkan bukan sahaja kepada kualiti output, tetapi juga kepada pembangunan modal insan seperti motto yang digunakan oleh Perodua iaitu Build Car, People First. Dengan adanya pembangunan modal insan, setiap pekerja atau individu akan menyemai motivasi dalam diri untuk melakukan sesuatu perkara sehabis baik dengan niat dan matlamat yang betul.

Kursus yang saya hadiri ini unik kerana penceramahnya, Cikgu Abdullah dari Alfa Jujitsu Sdn Bhd telah menggaulkan konsep TPS dengan elemen islamik membuatkan sistem TPS ini kebanyakannya hampir dengan kebanyakan sunnah yang dianjurkan oleh Rasulullah.

InsyaAllah pihak Muslim Aid sendiri akan bersama dengan Cikgu Abdullah untuk adakan kursus-kursus yang melibatkan TPS yang mensasarkan NGO-NGO tempatan juga pengurusan rumah kebajikan di masa akan datang. Peluang kursus TPS ini juga akan dibuka kepada orang ramai sekiranya permintaan menggalakkan. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi saya sendiri di 03-22881996.

Muhammad bin Kamarulazizi

Monday, October 25, 2010

Promosi Qurban For Life di Pasar Tani Mega



Lokasi: Pasar Tani Mega Melawati
Tarikh: 23 Oktober 2010
Masa: 6.30am - 11.30am

Alhamdulillah, promosi program Qurban For Life (Q4L) sudah bermula di 2 buah Pasar Tani mega iaitu di Taman Melawati dan juga di Shah Alam. Seperti tahun-tahun sebelum ini, kemah akan dibuka dan orang ramai berpeluang untuk mendapatkan maklumat tentang program Q4L anjuran Muslim Aid ini. Ramai pengunjung pasar tani datang mengambil brosur dan ada juga yang sudah pun menunggu kemah Q4L Muslim Aid. Sudah ada penderma yang turut serta menyertai program Q4L dihari pertama promosi ini dibuka.


Tn Hj Wan Rusli menerangkan program Q4L kepada pengunjung

sample tin qurban

antara pengunjung yang hadir

InsyaAllah Sabtu dan Ahad depan juga akan dibuka seperti biasa dan orang ramai dan para dermawan boleh datang sendiri untuk melihat contoh tin daging Q4L yang digunakan sebagai food aid ke Gaza, Iraq dan dalam Malaysia. Sukarelawan dijemput untuk bersama membantu mempromosikan program Q4L ini. Pada yang berminat untuk datang menyertai program Q4L, boleh datang ke Pasar Tani Mega Melawati setiap hari Sabtu jam 6.30 pagi hingga 11.30 pagi manakala Pasar Tani Mega Shah Alam setiap hari Ahad jam 6.30 pagi hingga 12.30 tengahari. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi pejabat Muslim Aid di 03-22881996.

Muhammad bin Kamarulazizi

Saturday, October 23, 2010

Mini Futsal dari Pelbagai Latar Belakang


Lokasi: Sport Seven, Setapak
Tarikh: 23 Oktober 2010

Masa: 3pm-5.30pm

Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid) sekali lagi menganjurkan mini futsal di Setapak bersama sukarelawan Muslim Aid, pelajar-pelajar dari British Council, anak-anak yatim orang asli dari ASDAF dan golongan remaja komuniti pelarian Rohingya dari Cheras Baru. Sukan seperti futsal ini dapat mengeratkan lagi ukhwah serta kerjasama tidak mengira latar belakang. Pelajar-pelajar dari British Council sendiri kebanyakannya dari Negara Timur Tengah dan Eropah turut serta bermain futsal dengan golongan istimewa seperti anak-anak yatim ASDAF dan warga pelarian Rohingya.

Idea untuk mengadakan mini futsal ini timbul dari salah seorang sukarelawan Muslim Aid yang dedikasi iaitu Yusuf Glanfield. Turut serta Tn Hj Rafie yang juga salah seorang ahli lembaga penasihat Muslim Aid, En Shahran Kasim dari MRA yang bertanggungjawab membawa remaja-remaja warga pelarian Rohingya dan beberapa sukarelawan lain seperti Mar Izwan dan Nabeeli.

lima pasukan bertanding dalam mini futsal

menunjukkan bakat masing-masing

hadiah untuk semua

1 world

penat bermain

InsyaAllah pihak Muslim Aid akan mengadakan lagi riadah sebegini lagi bagi memberi peluang kepada orang ramai mengenali dengan lebih dekat golongan penerima bantuan Muslim Aid. Pihak Muslim Aid mengucapkan terima kasih kepada dermawan yang telah menaja dan semua yang telah membantu dan memeriahkan riadah mini futsal ini.

Muhammad bin Kamarulazizi

Thursday, October 14, 2010

Lawat Komuniti Pelarian Rohingya di Ampang


Lokasi: Ampang
Tarikh: 13 Oktober 2010

Semalam saya berkesempatan ke Ampang bersama 2 orang sukarelawan Muslim Aid, Juhana dan Khairul. Lokasi yang berhampiran dengan Bukit Belacan ini mempunyai jumlah komuniti dalam 300-400 orang yang kebanyakannya tinggal di sekitar rumah pangsa di situ.

Cikgu Khadijah telah menyewa sebuah rumah kedai untuk pembelajaran anak-anak Rohingya di situ. Anak-anak pelarian yang belajar disitu hampir 20 orang, dan berumur antara 4 hingga 13 tahun. InsyaAllah pihak Muslim Aid akan merancang untuk membantu saudara kita ini yang terpinggir dengan mengadakan kelas bahasa Melayu dan juga kelas komputer sebagai projek permulaan di sini.

sukarelawan Muslim Aid bersama anak-anak Rohingya

setiap orang menerima daging qurban for life (Q4L)

bersedia untuk pulang

Sukarelawan yang tinggal di sekitar Ampang juga dialu-alukan untuk bersama dalam program membantu anak-anak pelarian Rohingya. Pada yang berminat, boleh hubungi pejabat Muslim Aid di 03-22881996.

Muhammad bin Kamarulazizi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...