About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Pengiktirafan dari World Kindness Movement

Kindness Malaysia kini secara rasminya merupakan ahli World Kindness Movement

Misi Bantuan Kemanusiaan Untuk Mangsa Rohingya di Arakan, Myanmar

Bersama pelarian Rohingya di Arakan (Rakhine), Myanmar

Bantuan Perubatan di Hebron, Palestine

Vitamin C untuk anak-anak Palestine di Hebron

Ziarah ke perkampungan orang asli

Bersama sukarelawan ke kampung orang asli di Pos Betau, Pahang.

Misi Gelandangan Feed The Homeless

Misi Gelandangan Feed The Homeless yang dijalankan setiap hari Sabtu 2 minggu sekali di sekitar Kuala Lumpur

Booking.com

Monday, August 30, 2010

Fast 2 Feed Episod 2 di UIA Kampus PJ


Lokasi: Dewan Al-Malik Faisal, UIA PJ
Tarikh: 27 Ogos 2010

Alhamdulillah, program Fast 2 Feed episod 2 berjalan dengan jayanya di UIA dengan kerjasama Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia bersama FSCC dan Melex. Lebih 80 anak-anak yatim dan miskin diraikan dari ASDAF dan Madrasah Hashimiah pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim. Para dermawan turut hadir memeriahkan majlis dimana mereka berbuka bersama dengan anak-anak yatim yang telah mereka taja.

Pihak Muslim Aid mengucapkan jutaan terima kasih kepada para dermawan yang telah menaja anak-anak yatim ini berbuka puasa beserta dengan duit raya melalui program Fast 2 Feed. Semoga para dermawan dan individu-individu yang telah memberi sokongan mendapat keberkatan dariNya. InsyaAllah Fast 2 Feed episod 3 akan berlangsung di Politeknik Tuanku Sirajuddin Perlis pada 1 September 2010.

pemberian duit raya

para dermawan bersama anak-anak yatim dan miskin

wajah ceria anak-anak pelarian

selesai berbuka puasa bersama anak-anak ASDAF


anak ASDAF bersama para dermawan

sesi bergambar bersama anak-anak pelarian

Muhammad bin Kamarulazizi

Wednesday, August 25, 2010

Iftar Bersama Keluarga Kak Norehan


Lokasi: Batu 9 1/2 Gombak
Tarikh: 24 Ogos 2010

Alhamdulillah semalam saya bersama rakan-rakan seperjuangan Muslim Aid telah berbuka puasa di rumah Kak Norehan. Kak Norehan merupakan antara keluarga yang sebelum ini pernah mendapat bantuan dalam bentuk pendidikan. Selepas hampir 5 tahun bersama dengan keluarga Kak Norehan, anak sulungnya Amylia kini akan menduduki peperiksaan PMR dan anak ketiganya pula, Anuar akan menduduki peperiksaan UPSR. Anak ke empat Kak Norehan, iaitu adik Fasihah masih di asrama Perepat di Klang dan merupakan antara pelajar terbaik di asrama kelolaan Pusat Zakat Selangor.


Amylia anak sulung yang menjadi harapan keluarga

bersama keluarga Kak Norehan

menikmati juadah berbuka puasa

Mubin dan Hadi yang merupakan guru yang mengajar anak-anak Kak Norehan

InsyaAllah program pendidikan akan tetap diteruskan untuk keluarga Kak Norehan dan pada pembaca blog yang ingin menyumbang untuk program pendidikan Kak Norehan, boleh hubungi saya di pejabat Muslim Aid di 03-22881996.

Serba sedikit tentang keluarga Kak Norehan

Ahli keluarga: 7 org
Suami: Lumpuh sebelah kanan badan.
Anak2: 5 org, 4 perempuan dan seorang lelaki.
(tingkatan 3 dan 2 darjah 6, 4, dan 2.)
Pendapatan keluarga: Kak Norehan bekerja sebagai pembantu gerai makan, income dianggar dlm rm500-rm600.
Bantuan zakat: YA.
Lokasi: Batu 9, Gombak

Muhammad bin Kamarulazizi

Monday, August 23, 2010

Fast 2 Feed Ep1 2010 di ASDAF

Lokasi: Asrama Darul Falah (ASDAF)
Tarikh: 21 Ogos 2010
Program: Fast 2 Feed 2010 episod 1

Alhamdulillah selesai program Fast 2 Feed episod 1 di ASDAF dengan kehadiran para penaja hampir 50 orang. Program bermula jam 6, dan ketibaan penaja disambut oleh anak-anak ASDAF. Program tahunan ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dimana promosi hanya dilakukan melalui Facebook dan email. Juadah ringan disediakan semasa berbuka puasa dengan kurma, kuih, bubur lambuk dan murtabak dan diteruskan dengan solat Magrib berjemaah. Selepas solat Magrib, jamuan berbuka dihidangkan secara buffet dan antara lauk-lauknya seperti ayam masak merah, udang sambal, pucuk paku dan tempe.


masa berbuka!

anak-anak ASDAF bersama penaja

penaja sekeluarga berbuka bersama anak-anak ASDAF

penaja berkongsi pengalaman bersama anak-anak ASDAF

menunggu masa berbuka

cikgu Shida, salah seorang sukarelawan Muslim Aid bersama anak muridnya

Tn Hj Rafie bersama Yusuf Glanfield dan anak-anak ASDAF

Program Fast 2 Feed ini memberi peluang kepada penaja-penaja untuk merasai sendiri pengalaman berbuka puasa dan solat bersama anak-anak yatim dan miskin ASDAF disamping dapat berkenalan dan mengeratkan ukhwah dengan mereka.

Pihak Muslim Aid mengucapkan jutaan terima kasih kepada orang ramai dan penderma yang telah bersama memberi kepercayaan dan sokongan dalam menjayakan program Fast 2 Feed ini. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik anda.

Seperti sebuah hadis Rasulullah mengatakan
siapa yang memberi makan pada orang yang berpuasa dia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa berkurangan walau sedikit pun (riwayat Tirmizi, no 812)
Program Fast 2 Feed seterusnya ialah di UIA PJ dan kali ini anak-anak yatim dan miskin dari pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim akan dirai bersama. Dijangka lebih 100 orang penaja akan turut serta untuk memeriahkan program Fast 2 Feed 2010.

Muhammad bin Kamarulazizi

Wednesday, August 18, 2010

Iftar Madrasah Hashimiah bersama Anak Yatim Pelarian



Lokasi: Madrasah Hashimiah, Selayang
Tarikh: 17 Ogos 2010, 7 Ramadhan 1431

Alhamdulillah, selesai iftar Ramadhan yang pertama di Madrasah Hashimiah yang menempatkan anak-anak yatim dan miskin dari pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim. Saya kagum, dengan hanya RM200, dapat menaja sehingga 100 orang untuk berbuka puasa dan kini orang ramai sudah mula menaja anak-anak yatim dan warga miskin pelarian ini untuk berbuka puasa di Madrasah Hashimiah.


anak-anak pelarian bantu untuk jualkan bubur kacang yang istimewa di hadapan Madrasah

saya bersama Tn Hj Wan Rusli menyediakan daging kari Qurban For Life untuk berbuka

kacang goreng antara hidangan utama

bubur bali dengan kelapa parut

bubur kacang istimewa dengan isi daging

warga Hashimiah bekerjasama menyediakan juadah berbuka

hidangan berbuka puasa yang enak

anak-anak Hashimiah

doa mereka untuk penderma-penderma yang murah hati

senarai nama yang menaja

Ramai juga rakan-rakan yang bertanya, cukupkah dengan RM200 untuk diberi makan kepada 100 orang? Itu yang uniknya di Madrasah Hashimiah. Semalam saya tiba di Madrasah jam 6 petang dalam keadaan basah kerana hujan dan Amir (dari Muslim Aid) sudah tiba lebih awal. Antara menu dari RM200 tersebut ialah bubur yang dibuat daripada pelbagai jenis kacang yang dimasukkan sedikit daging, bubur bali yang diletakkan kelapa parut, kacang goreng, bihun goreng dan buah seperti pisang dan tembikai.

Menurut Ustaz Hashim, masih terdapat 15 hari kekosongan untuk ditaja sehingga 1 Syawal. Pada yang berminat untuk menaja anak-anak yatim serta warga miskin pelarian untuk berbuka, boleh hubungi saya terus di pejabat Muslim Aid, 03-22881996. RM200 tajaan untuk satu hari.

Muhammad bin Kamarulazizi

Friday, August 13, 2010

Promosi Fast 2 Feed Giat dijalankan di UIA PJ


Program Fast 2 Feed (F2F) anjuran Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid) dipromosikan secara meluas melalui internet seperti Facebook dan blog juga di IPT seperti di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia kampus Petaling Jaya. Program F2F di UIA PJ merupakan salah satu daripada lapan lokasi yang dipilih adalah merupakan dengan kerjasama kelab FSCC dan Melex yang diterajui oleh pelajar-pelajar di UIA PJ. Promosi bermula sebelum bulan Ramadhan lagi dan telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada staf dan pelajar-pelajar UIA PJ.


pelajar-pelajar UIA mendapatkan info tentang program Fast 2 Feed

booth Fast 2 Feed yang dibuka di UIA PJ

Pada yang berminat untuk menyertai program F2F di UIA PJ yang akan berlangsung pada 27 Ogos 2010 ini, boleh hubungi saudara Aiman di 0132612045 atau pejabat Muslim Aid di 0322881996.

Muhammad bin Kamarulazizi

Wednesday, August 11, 2010

Anak Pelarian Johan Musabaqah Anak Yatim Selangor


Lokasi: Masjid Shah Alam
Tarikh: 7 Ogos 2010
Program: Pertandingan Musabaqah Anak-anak Yatim Selangor

Alhamdulillah penyertaan salah seorang anak yatim pelarian Rohingya yang mendapat tajaan Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid) telah merangkul piala johan bagi pertandingan Musabaqah Anak-anak Yatim Selangor. Anuar yang menetap di Madrasah Hashimiah baru sahaja selesai menghafaz 30 juzuk al-Quran. Persediaan Anuar selama sebulan yang dibimbing oleh ustaznya sendiri di madrasah ternyata tidak sia-sia. Pihak Ustaz Hashim bersama Muslim Aid mengucapkan terima kasih kepada para penderma yang telah menyumbang melalui Muslim Aid bagi membantu Madrasah Hashimiah ini untuk terus beroperasi sehingga ke hari ini.

adik Hanifah dari Madrasah Hashimiah

Ramli Sarip bersama ustaz Hashim, Anuar dan guru-guru Madrasah Hashimiah

Amir, wakil dari Muslim Aid bersama pemenang

Muhammad bin Kamarulazizi

Ramadhan Mubarak!

Assalamualaikum wrb to all,

I pray you are well InsyaAllah

The month of Ramadan is a time for inner reflection where we engage in a month long process of repentance, self control and renewal. It is also a time of intensive worship, increased recital of the holy Quran, giving charity, purifying one’s behaviour and performing good deeds. May Allah (SWT) grant us all the tawfeeq to reach the blessed month of Ramadan and make great use of this month by implementing the above and getting closer to Allah (SWT).

Together we make this Ramadhan a truly successful month by performing good deeds and increasing our relationship with Allah (SWT).

Muhammad bin Kamarulazizi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...