About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Pengiktirafan dari World Kindness Movement

Kindness Malaysia kini secara rasminya merupakan ahli World Kindness Movement

Misi Bantuan Kemanusiaan Untuk Mangsa Rohingya di Arakan, Myanmar

Bersama pelarian Rohingya di Arakan (Rakhine), Myanmar

Bantuan Perubatan di Hebron, Palestine

Vitamin C untuk anak-anak Palestine di Hebron

Ziarah ke perkampungan orang asli

Bersama sukarelawan ke kampung orang asli di Pos Betau, Pahang.

Misi Gelandangan Feed The Homeless

Misi Gelandangan Feed The Homeless yang dijalankan setiap hari Sabtu 2 minggu sekali di sekitar Kuala Lumpur

Booking.com

Tuesday, September 16, 2008

Berbuka Puasa bersama Keluarga Kak Norehan

masuknya waktu berbuka puasa

Alhamdulillah hari ini saya berpeluang untuk berbuka puasa bersama keluarga Kak Norehan. Sudah hampir beberapa bulan saya tidak sempat untuk menjenguk keluarga ini. Kini Kak Norehan giat menjual kuih-muih di Bazar Ramadhan di hadapan Sekolah Teknik Gombak. Kuih yang menjadi trademark Kak Norehan ialah donut dan tapai.

Sebelum ini saya pernah rasa donut yang dibuat oleh Kak Norehan, sememangnya lembut dan sedap! Tapai juga mendapat sambutan menggalakkan di Bazar Ramadhan. Menurut Kak Norehan, beliau merancang untuk mempromosikan lagi tapai kepada pasaran yang lebih besar seperti di pejabat-pejabat dan sebagainya.

InsyaAllah, selepas raya ini, Muslim Aid Asia akan membantu untuk pelan promosi tapai dan juga kuih-kuih lain buatan Kak Norehan. Semoga dengan perniagaan begini dapat menaikkan taraf hidup Kak Norehan sekeluarga. Selepas ini pada yang berminat untuk order tapai atau donut untuk majlis-majlis atau untuk dinikmati sekeluarga, boleh menghubungi Kak Norehan:)

Ain dan Ainie

Anak-anak yang gembira

p/s Info mengenai Kak Norehan sekeluarga di sini.

-Muhammad bin Kamarulazizi-
Muslim Aid Asia

Sunday, September 14, 2008

Majlis Berbuka Puasa bersama GPMS

Anak-anak ASDAF bersama perwakilan GPMS

Baru-baru ini saya telah menerima jemputan dari seorang kawan lama saya untuk menghadiri Majlis Berbuka Puasa GPMS peringkat kebangsaan di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, Kemeterian Kerja Raya. Kawan saya ini mengajak saya untuk membawa bersama sekali lima orang anak yatim untuk diberikan hamper dan duit raya sumbangan dari pihak GPMS. Walaupun GPMS merupakan NGO yang mempunyai perjuangannya tersendiri, mereka tidak lupa untuk melakukan sumbangan kebajikan kepada anak-anak yatim dibulan Ramadhan penuh keberkatan ini.


sesi berbuka puasa

pelajar-pelajar UIA juga dijemput untuk menyerikan majlis

p/s seronok bila makin banyak NGO yang minat dengan aktiviti kebajikan:) selepas majlis, anak2 ASDAF datang ziarah rumah saya pula, gambar di sini!

-Muhammad bin Kamarulazizi-
Muslim Aid Asia

Saturday, September 13, 2008

Majlis Berbuka Puasa bersama FDMC Northern Region di Baling


Alhamdulillah, pihak Muslim Aid Asia baru sahaja menerima pengesahan dari pihak FDMC Northern Region untuk mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama anak-anak yatim Rumah Anak Yatim Al-Wadi di Kupang, Baling.

Tentatif Program

4.30 PM - Berkumpul di Rumah En Desa (0194455853)
4.45 PM - Bertolak ke Rumah Yakin Al-Wadi
5.15 PM - Beramah Mesra dengan penghuni2 Majlis.
- Sumbangan duit raya oleh Wakil Muslim Aid Asia
- Sumbangan oleh FMDC Utara (jika ada)
7:28 - Majlis Berbuka Puasa, solat maghrib berjemaah.
8:40 - Solat Isyak dan Tarawikh berjemaah
9:30 - Bersurai

Kali ini Muslim Aid Asia berpeluang untuk melebarkan sayap ke utara, dan orang ramai yang boleh menyumbang untuk Rumah Anak Yatim Yakin Al-Wadi ini. Pada yang ingin menyumbang, boleh transfer akaun ke

Maybank - 157054038251

Muhammad bin Kamarulazizi

muhammad@muslimaidasia.com


(no akaun maybank ini adalah akaun peribadi saya. Ia digunakan untuk memudahkan orang ramai untuk transfer thru maybank2u. Pada yang ingin transfer terus ke akaun Muslim Aid Asia, boleh transfer ke EON Bank 0518-11-000311-5 (Muslim Aid Asia Sdn Bhd) )

Untuk Maybank
setelah transfer, sila sms atau hubungi saya terus di 012-3377195 (Muhammad)

Untuk Eon Bank
Setelah transfer, sila faxkan slip ke 03-2288 1996

Bentuk sumbangan kali ini ialah beras (RM30) dan pada yang ingin menyumbang jumlah yang lain pun amat dialu-alukan. Bersama kita bantu mereka ini yang amat memerlukan....

Gambar-gambar mereka dari Rumah Anak Yatim Yakin Al-Wadi





p/s gambar dipetik dari sini.

-Muhammad bin Kamarulazizi-
Pengurus Dana dan Pemasaran

Muslim Aid Asia

Friday, September 12, 2008

Iftar anjuran MMC Berhad bersama anak-anak yatim dan tahfiz

anak-anak Rohingya

Semalam pihak Muslim Aid Asia telah dijemput oleh MMC Berhad dalam majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim dan tahfiz di Muzium Kesenian Islam. Hampir 400 orang hadir dan kesemuanya dari MMC subsidieries seluruh Malaysia. Pihak MMC Berhad telah menjemput Rumah Anak Yatim Rohingya melalui Muslim Aid Asia. Alhamdulillah info berkenaan Rumah Anak Yatim Rohingya ini telah diperoleh dari blog ini. Jarang sekali anak-anak Rohingya ini berpeluang untuk berbuka puasa diluar, dan peluang kali ini amat bermakna bagi mereka.

bersama mereka

ada pula yang jatuh sandal dalam longkang

Wan Rusli (pengarah Muslim Aid Asia) bersama anak-anak Rohingya

Farhan dan Azura dari MMC Berhad yang telah menjemput anak-anak Rohingya

berbuka time!

semua kenyang dan gembira selepas dapat goodie bag dan duit raya

RM100 tu, yang tu baru salah satu dari tiga paket angpow

sementara menunggu berbuka


-Muhammad bin Kamarulazizi-
Pengurus Dana dan Pemasaran
Muslim Aid Asia

Wednesday, September 10, 2008

Muslim Aid Asia on Air di Astro Awani

rakaman dari bilik VIP Astro Awani

Alhamdulillah, kali ini Muslim Aid Asia berpeluang untuk on air sekali lagi, dan kali ini di Astro Awani. Terima kasih kepada Siti (staff Muslim Aid Asia) yang telah menguruskan pertemuan Muslim Aid Asia dan Astro Awani.

Temubual atau perbincangan kali ini bertajuk 'Menghulur Bantuan' yang bakal ditayangkan pada 12hb September 2008 jam 10.30 pagi dan ulangan pada 4.30 petang. Yang dijemput juga adalah Presiden Pewanida Puan Sri Datin Saidatul Akmar Rashid. Kami telah ditemubual oleh Dang Suria Zainurdin dan pengacara baru Astro Awani, Zulhelmi. Pewanida merupakan sebuah NGO yang membela nasib-nasib ibu tunggal.


Presiden Pewanida Puan Sri Datin Saidatul Akmar Rashid

Amir, Dang Suria, Anep (sukarelawan Muslim Aid Asia) dan saya

Bersama Zulhelmi, pengacara baru Astro Awani

Harapan kali ini, insyaAllah lebih ramai akan timbul kesedaran untuk bersama-sama Muslim Aid Asia dalam membantu mereka yang memerlukan di Malaysia dan luar negara. Dan insyaAllah Muslim Aid Asia dapat bekerjasama dengan Pewanida dalam membantu ibu-ibu tunggal yang memerlukan.

-Muhammad bin Kamarulazizi-
Pengurus Dana dan Pemasaran
Muslim Aid Asia


Thursday, September 4, 2008

Kitchen Garden: Hasil Melimpah Ruah

sayur yang melimpah ruah

Alhamdulillah My Kitchen Garden mengeluarkan hasil lagi! Kali ini petola, kacang panjang, sawi, kailan dan bayam!

sayur-sayur yang dibasuh

Ehsan dan Adika bersama sayuran kitchen garden

Hari ini pelajar-pelajar dari UM dibawah jurusan Science Management telah datang melawat Kitchen Garden di ASDAF. Pelajar-pelajar ini menemuramah saya, Ustaz Hasmadi (Pak Abu) dan anak-anak ASDAF. Projek Kitchen Garden ini akan menjadi role model kepada rumah-rumah kebajikan lain, sekolah-sekolah dan individu yang minat dengan tanaman kitchen garden ini.

pelajar2 UM menemuramah Ustaz Hasmadi

pelajar UM menemuramah pelajar ASDAF

-Muhammad bin Kamarulazizi-
Supervisor Kitchen Garden
Muslim Aid Asia

Wednesday, September 3, 2008

Jualan Kuih Raya dari Rumah Titian Kaseh!

belilah kuih raya kami...

Makpah serta ibu-ibu tunggal Rumah Titian Kaseh ini ada menjual kuih2 raya sebagai income untuk menampung kos perbelanjaan Rumah Kebajikan ini. Pada yang berminat untuk order, boleh terus hubungi Makpah di 019-6455769


Antara kuih2 raya yang ada ialah
Mini Karipap 100 biji - RM13
Popia simpul/kecil 100 biji - RM13
Batang buruk 100 biji - RM13

Kuih siput 1/2 kg - RM13
Kuih bijan 1/2kg - RM13
Maruku 1/2kg - RM13

Coklat Chip 100 biji - RM24

Kuih raya ini boleh dibeli terus di
Rumah Titian Kasih (Pusat Jagaan Anak Ibu Tunggal & Anak Yatim)
62A-2 Lorong Maran
Jalan Kuantan
Tasik Titiwangsa
53200 Kuala Lumpur

Bersama kita bantu ibu2 tunggal di Rumah Titian Kaseh ini. Semoga dengan setiap pembelian akan dilipat gandakan rezeki dimasa hadapan insyaAllah.

Model2 untuk iklan kuih raya ini..:)
model dikalangan penghuni anak2 Rumah Titian Kaseh


maruku yang sodap!

popia simpul! nyum2!

siput lazat!

meh beli karipap mini!

saya xtau nama kuih ini...

-Muhammad bin Kamarulazizi-
Muslim Aid Asia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...