About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Pengiktirafan dari World Kindness Movement

Kindness Malaysia kini secara rasminya merupakan ahli World Kindness Movement

Misi Bantuan Kemanusiaan Untuk Mangsa Rohingya di Arakan, Myanmar

Bersama pelarian Rohingya di Arakan (Rakhine), Myanmar

Bantuan Perubatan di Hebron, Palestine

Vitamin C untuk anak-anak Palestine di Hebron

Ziarah ke perkampungan orang asli

Bersama sukarelawan ke kampung orang asli di Pos Betau, Pahang.

Misi Gelandangan Feed The Homeless

Misi Gelandangan Feed The Homeless yang dijalankan setiap hari Sabtu 2 minggu sekali di sekitar Kuala Lumpur

Booking.com

Thursday, March 17, 2011

Hadiah untuk Pelajar ASDAF yang Cemerlang


Selesai pertandingan futsal, kini Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid) menawarkan anak-anak ASDAF yang cemerlang. Setiap rumah kebajikan di Malaysia biasanya menghadapi masalah sama ada masalah kewangan atau masalah jati diri atau moral. Asrama Darul Falah (ASDAF) ini sentiasa memerlukan sokongan dari segi jati diri. Di sini Muslim Aid memainkan peranannya bukan sahaja untuk membantu anak-anak orang asli di ASDAF untuk menyesuaikan diri tinggal di Kuala Lumpur, malahan untuk membantu mereka dari segi akademik dan juga kemahiran diri. Poster ini telah ditampalkan di ASDAF bagi memberi semangat untuk anak-anak ASDAF meningkatkan disiplin dan jati diri mereka.

Muslim Aid mengajak pembaca blog ini untuk turut serta menaja anak-anak ASDAF untuk hadiah-hadiah yang dinyatakan di atas. Mungkin ada yang ingin memberi idea baru lawatan atau aktviti lain juga amat dialukan. Pada yang ingin menyumbang, boleh salurkan ke tabung orphan aid Muslim Aid di akaun CIMB 1422-0000070-10-8 atas nama Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia. Sila emailkan bank slip ke mail@muslimaidasia.com bersama dengan

nama penuh:
alamat:
no tel:
tujuan untuk orphan aid

Setiap sumbangan akan diberi resit pengecualian cukai. Rujukan LHDN:01/35/42/51/179-6.6487

Muhammad bin Kamarulazizi

Program Ibu Tunggal Anjuran Muslim Aid di MHI TV3


Alhamdulillah pada 15 Mac 2011, Program Kulinari untuk Ibu Tunggal anjuran Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia dengan kerjasama Silverspoon International Colleague telah mendapat liputan di rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) di TV3. Liputan kali ini menengahkan peluang kepada golongan korporat dan juga individu untuk menaja ibu-ibu tunggal ini mengikuti program yang akan dibimbing oleh chef selebriti iaitu Chef Zam. Sudah ramai ibu tunggal telah mendaftar bagi program kulinari dan pada masa yang sama, proses mendapatkan tajaan juga giat dijalankan bagi memberi peluang kepada ibu tunggal mengikut program ini secara percuma.

di rancangan MHI TV3

taklimat diberikan sebelum bermula siaran

rakaman dijalankan bersama Abby Fana, Fidtri dan Chef Zam

Pada golongan korporat, SME mahupun individu yang ingin menyumbang ke tabung ibu tunggal Muslim Aid, boleh lakukannya di akaun CIMB di 1422-0000070-10-8 atas nama Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia. Setiap sumbangan akan diberi resit pengecualian cukai. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi 03-22881996.

Muhammad bin Kamarulazizi

Wednesday, March 16, 2011

Anak-anak ASDAF dan Honda Dreams Fund

Pada 15 Mac 2011 yang lepas saya membawa 3 orang anak ASDAF ke program Honda Dreams Fund (HDF) dimana program ini memberi peluang kepada golongan yang kurang berkemampuan untuk mencapai cita-cita yang mereka inginkan.

sementara menunggu sesi temuduga

selesai temuduga sebelum pulang

Syarat yang diletakkan oleh HDF yang paling utama ialah mempunyai impian yang ingin dicapai, pendapatan ibu bapa kurang dari RM1500 dan berumur antara 17 hingga 24 tahun. Dua orang pelajar bekas ASDAF dan seorang pelajar tingkatan 6 dari ASDAF telah mencuba nasib di HDF. Mereka ditemuduga oleh dua orang panel yang seorangnya dari HDF sendiri dan seorang lagi dari penganjur bersama UNDP. 80 orang telah hadir untuk temuduga tersebut dan 20 orang akan dipilih untuk mengikuti biasiswa HDF.

Borang boleh diperoleh di sini.

Muhammad bin Kamarulazizi

Kejohanan Futsal Amal untuk Anak-anak Yatim Selangor anjuran BKSK 2011


Lokasi: Futsal Frenzy, S15 Shah Alam
Tarikh: 12 Mac 2011

Alhamdulillah, selesai sudah kejohanan futsal amal untuk anak-anak yatim anjuran Badan Kebajikan Siti Khadijah (BKSK) yang telah berlangsung di Shah Alam. Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid) telah menaja dan membawa 10 pasukan futsal, 5 darinya dari ASDAF, 2 pasukan dari Madrasah Hashimiah, 2 lagi dari Somali Gombak dan sebuah pasukan dari Rohingya Klang.

bersiap sedia sebelum pertandingan


antara pasukan di bawah Muslim Aid

perlawanan akhir ASDAF A dan ASDAF B perempuan

makan tengahari yang disediakan oleh Muslim Aid

perlawanan akhir Somalia Gombak vs Rumah BKSK Meru Klang


Pertandingan kali ini menyaksikan pasukan perempuan ASDAF merangkul tempat pertama dan kedua manakala pasukan Somali Gombak mendapat tempat kedua bagi kategori bawah 17 tahun. Pasukan ASDAF lelaki bawah 15 tahun berjaya layak hingga ke separuh akhir, manakala pasukan ASDAF bawah 17 tahun dan Rohingya Klang hingga ke peringkat suku akhir.

Kejohanan futsal ini secara tidak langsung telah memberi peluang kepada anak-anak orang asli dari ASDAF, anak-anak pelarian Somalia, Myanmar Muslim dan Rohingya untuk berinteraksi dan berkenalan antara satu sama lain juga dengan anak-anak yatim tempatan. Pihak Muslim Aid mengucapkan jutaan terima kasih kepada para dermawan dan juga sukarelawan yang tanpa penat lelah memberi sokongan dan bantuan bagi membawa anak-anak dibawah Muslim Aid merangkul kejuaraan bagi pertandingan futsal amal ini.

Muhammad bin Kamarulazizi

Thursday, March 10, 2011

Sponsor Kasut Futsal Untuk Anak-anak Yatim


Dua hari sahaja lagi sebelum pertandingan futsal amal antara rumah anak yatim seluruh selangor yang akan berlangsung di Futsal Frenzy, Seksyen 15 Shah Alam pada 12 Mac 2011 ini. Hasil sumbangan orang ramai kepada Muslim Aid, kasut-kasut futsal sudah dibeli untuk pasukan futsal dari ASDAF dan Madrasah Hashimiah. Setiap pemain diberi kasut Warrior yang juga dapat digunakan untuk ke sekolah. 10 pasukan tajaan Muslim Aid akan mewakili rumah kebajikan masing-masing untuk pertandingan futsal amal bagi tahun ini.


pasukan dari ASDAF

Muhammad bin Kamarulazizi

Monday, March 7, 2011

Gerai Muslim Aid di Majlis Alumni Sri Puteri, Cyberjaya


Pada 5 Mac 2011 yang lepas, Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid) telah membuka gerai jus buah-buahan di Sekolah Sri Puteri, Cyberjaya bersempena dengan Hari Alumni Sri Puteri. Gerai jus buah-buahan ini dibuka untuk sebagai salah satu langkah untuk mengumpul dana bagi program-program Muslim Aid 2011. Jus buah-buahan seperti epal dan limau dan air panas seperti kopi dan teh habis dijual dalam tempoh empat jam. Gerai Muslim Aid ini juga telah memberi peluang kepada pelajar-pelajar Sri Puteri untuk mengenali Muslim Aid dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

Amir menyediakan jus buah-buahan

staf Muslim Aid dan juga sukarelawan

Pihak sekolah dialu-alukan untuk menjemput Muslim Aid ke program-program sekolah yang dapat memberi pendedahan kepada pelajar sekolah tentang kerja-kerja kemanusiaan dan kebajikan. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi pejabat Muslim Aid di 03-22881996.

Muhammad bin Kamarulazizi

Friday, March 4, 2011

Kelas Kulinari Untuk Ibu Tunggal


Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid) dengan kerjasama Ramiza Synergy dan Silverspoon International College akan mengadakan kelas kulinari untuk warga ibu tunggal. Program ini akan dijalankan di Silverspoon International College dibawah bimbingan selebriti chef, iaitu chef Zam. Program ini memberi peluang kepada warga ibu tunggal untuk mempelajari cara-cara membuat kek dan pastry. Mereka juga akan didedahkan dengan kaedah marketing yang sesuai secara online dan offline. Dengan ini secara tidak langsung kaum ibu tunggal dapat menambah pendapatan sampingan untuk menyara keluarga mereka. Sejak minggu lepas, ramai ibu tunggal dan suri rumah telah menelefon pejabat Muslim Aid dan Ramiza Synergy untuk menyertai program tersebut. Program kulinari ini telah mendaat liputan di Harian Metro dan Kosmo.

Muslim Aid kini masih memerlukan sumbangan dana bagi menampung kos engkel kulinari ini. Pada dermawan yang punya rezeki lebih amat dialu-alukan untuk menyalurkan sumbangan bagi membantu kaum ibu tunggal mempelajari kelas kulinari ini secara percuma. Kos kesuluruhan yang diperlukan untuk setiap kelas ialah antara RM10 ribu hingga RM20 ribu yang akan merangkumi kos bahan mentah, peralatan, tempat tinggal dan kelas marketing.

Pada yang ingin menyalurkan sumbangan, boleh salurkan ke akaun CIMB di 1422-0000070-10-8 atas nama Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia. Slip bank diemailkan ke mail@muslimaidasia.com bersama

Nama penuh:
Alamat:
No tel:
Jumlah:

Setiap sumbangan akan diberi resit pengecualian cukai. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi pejabat Muslim Aid di 03-22881996.

Muhammad bin Kamarulazizi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...