About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Pengiktirafan dari World Kindness Movement

Kindness Malaysia kini secara rasminya merupakan ahli World Kindness Movement

Misi Bantuan Kemanusiaan Untuk Mangsa Rohingya di Arakan, Myanmar

Bersama pelarian Rohingya di Arakan (Rakhine), Myanmar

Bantuan Perubatan di Hebron, Palestine

Vitamin C untuk anak-anak Palestine di Hebron

Ziarah ke perkampungan orang asli

Bersama sukarelawan ke kampung orang asli di Pos Betau, Pahang.

Misi Gelandangan Feed The Homeless

Misi Gelandangan Feed The Homeless yang dijalankan setiap hari Sabtu 2 minggu sekali di sekitar Kuala Lumpur

Booking.com

Saturday, June 5, 2010

Cuti Sekolah Sudah Bermula


Cuti sekolah sudah bermula dan ramai murid-murid mengambil kesempatan ini untuk rehat selepas selesai peperiksaan mereka. Tidak terlepas juga anak-anak yatim dan miskin dari rumah kebajikan juga mendapat peluang untuk cuti selama dua minggu. Saya ke ASDAF semalam untuk memberi kelas tusyen kepada anak-anak ASDAF tingkatan 3. Saya dapat lihat betapa gembiranya anak-anak ASDAF ini berpeluang untuk bercuti dan merehatkan minda.

di pejabat Muslim Aid

Pagi ini saya berpeluang untuk membawa dua orang anak ASDAF yang paling muda iaitu Miana dan Nurul untuk sarapan pagi di Sentul Boulevard. Miana berumur 10 tahun dan Nurul pula berumur 9 tahun dan masing-masing berasal dari Cameron Highland. Selepas sarapan saya bawa mereka pulang, dan kali ini 4 anak ASDAF tingkatan 3 pula bersama saya ke pejabat Muslim Aid untuk menyiapkan kerja sekolah mereka. Mereka perlu menyiapkan folio sejarah dan geografi. Sekurang-kurangnya di pejabat Muslim Aid, mereka boleh ekses internet untuk mendapatkan bahan-bahan yang diperlukan.

Muhammad bin Kamarulazizi

Thursday, May 27, 2010

Community Building Process bersama SOCASA UIAM


Lokasi: UIA
Tarikh: 26 May 2010

Menjelang hari raya qurban untuk tahun ini, rakan Muslim Aid iaitu kelab Sociology and Anthropology Society (SOCASA), Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) telah memulakan perancangan untuk promosi Qurban For Life (Q4L) di UIA dan sekitar Gombak. Perancangan untuk Q4L kali ini menggunakan Community Building Process Approach (CBP). Kaedah CBP ini adalah tool yang digunakan untuk merangka dan merancang sebarang program. Ia juga dapat digunakan sebagai tool untuk menyelesaikan sesuatu masalah dalam organisasi.


perbincangan didalam kumpulan

brainstorm idea

Beberapa kaedah untuk marketing telah dapat dikenal pasti dan 4 buah kumpulan telah diwujudkan untuk mengendalikan kaedah-kaedah marketing yang telah dikenal pasti. Follow up berikutnya akan berlaku pada bulan Jun ini.

Muhammad bin Kamarulazizi

Monday, May 24, 2010

Ziarah Dari Pengetua SMK Jelai Felda ke Pejabat Muslim Aid

Tarikh: 24 May 2010

Pejabat Muslim Aid telah menerima kunjungan dari pengetua SMK Jelai Felda, cikgu Omar serta guru kanannya iaitu cikgu Haslin dan cik Fazira. SMK Jelai Felda ini merupakan sekolah angkat kepada Muslim Aid dan pelbagai program telah dapat dijalankan untuk pelajar-pelajar di sekolah tersebut. Gandingan SMK Jelai Felda yang diketuai oleh cikgu Omar Ahmad selaku pengetua dan Muslim Aid ini adalah salah satu program pengantarabangsaan yang dapat memanfaatkan bukan sahaja pelajar-pelajar sekolah, malahan komuniti di Felda Jelai itu sendiri.


pertukaran idea

Muhammad bin Kamarulazizi

Thursday, May 20, 2010

Anak-anak Pokok Untuk Kitchen Garden


Benih yang ditanam dipejabat Muslim Aid sudah mula mengeluarkan anak-anak pokok. 14 jenis sayur-sayuran telah ditanam dan insyaAllah pada hujung bulan ini, gotong-royong untuk kemas kinikan kitchen garden yang sudah hampir 3 tahun di ASDAF. Kitchen Garden kali ini akan diterajui oleh pelajar praktikal Muslim Aid iaitu Ismail dan Muhardi.

pelbagai jenis anak pokok

bayam merah

Muhammad bin Kamarulazizi

Lebihan Makanan Kepada yang Memerlukan


Pejabat Muslim Aid menerima kunjungan dari dua orang sukarelawan iaitu Carole dari Switzerland dan Amber dari Australia. Mereka telah memberi idea untuk merancang mendapatkan lebihan makanan daripada hotel, kedai roti dan restoren dan diagihkan kepada orang-orang yang memerlukan. Dengan cara ini pihak pengurusan makanan ini dapat mengelak dari pembaziran makanan. Dari pihak Muslim Aid pula akan bantu kenal pasti penerima-penerima bantuan yang sudah pasti dapat menerima manfaat daripada bantuan makanan ini.

Makanan yang akan diambil ini semestinya halal dan masih boleh dimakan. Makanan ini akan dibungkus dan diagihkan kepada, pihak yang memerlukan seperti komuniti pelarian dan 'homeless' di sekitar KL.

Muhammad bin Kamarulazizi

Wednesday, May 19, 2010

World Islamic Economic Forum, KLCC 2010

Lokasi: KLCC
Event: World Islamic Economic Forum (WIEF)
Tarikh: 18 May 2010

Saya telah berpeluang untuk ke World Islamic Economic Forum anjuran WIEF Foundation bertempat di KLCC. Pelbagai idea dan pendapat dapat dikongsi bersama speaker-speaker yang terkenal dari merata negara. Apa yang paling saya kagumi ialah idea tentang bisnes social-entrepreneurship dimana sebuah ia sebuah bisnes yang melibatkan pembangunan modal insan dan komuniti. Sememangnya kita mempunyai pelbagai bengkel, kursus di Malaysia seperti ESQ dan program motivasi yang lain. Program ESQ ini ada salah satu contoh bisnes social-entrepreneurship yang popular di Malaysia.

InsyaAllah saya juga menanam impian untuk melibatkan diri dengan social-entrepreneurship ini di masa akan datang. Banyak idea yang bermain di fikiran dan hanya menunggu untuk diturunkan ke atas kertas:)


perbincangan bersama Sir Iqbal Sacranie

Sir Iqbal Sacranie sebagai salah seorang speaker

Apa yang menarik, saya berpeluang untuk bertemu dengan chairman Muslim Aid UK, Sir Iqbal Sacranie yang merupakan antara Muslim yang amat berpengaruh di UK. Beliau merupakan salah seorang speaker WIEF. Pihak kami sempat mengatur pertemuan dengannya di hotel bersebelahan dengan KLCC dan bertukar pendapat dan pandangan dalam menyemarakkan lagi usaha cawangan Muslim Aid di Malaysia iaitu Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia.

Muhammad bin Kamarulazizi

Sambutan Hari Lahir bulan May di ASDAF


Tarikh: 15 May 2010
Lokasi: ASDAF

Setiap bulan, salah seorang sukarelawan Muslim Aid iaitu cik Azura akan datang ke ASDAF bersama rakan-rakannya untuk menyambut hari kelahiran anak-anak yatim dan miskin di situ. Kali ini hidangan istimewa ialah sate dan juga cupcake coklat. Sebanyak 700 batang sate telah dibawa untuk anak-anak ASDAF. Salah seorang rakan kepada cik Azura, cik Suraidah bertindak sebagai mentor kepada mereka. Cik Suraidah akan membantu dari segi motivasi dan semangat untuk berjaya dalam hidup.

sukarelawan bersama anak-anak ASDAF

menikmati sate yang enak

kegembiraan diwajah mereka

sate, menu untuk kali ini

InsyaAllah bulan hadapan, cik Azura akan mengadakan kelas cupcake untuk anak-anak ASDAF dan sukarelawan serta penaja yang lain dijemput hadir. Tarikh bagi kelas cupcake tersebut akan dikemaskini kelak.

Muhammad bin Kamarulazizi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...