About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Pengiktirafan dari World Kindness Movement

Kindness Malaysia kini secara rasminya merupakan ahli World Kindness Movement

Misi Bantuan Kemanusiaan Untuk Mangsa Rohingya di Arakan, Myanmar

Bersama pelarian Rohingya di Arakan (Rakhine), Myanmar

Bantuan Perubatan di Hebron, Palestine

Vitamin C untuk anak-anak Palestine di Hebron

Ziarah ke perkampungan orang asli

Bersama sukarelawan ke kampung orang asli di Pos Betau, Pahang.

Misi Gelandangan Feed The Homeless

Misi Gelandangan Feed The Homeless yang dijalankan setiap hari Sabtu 2 minggu sekali di sekitar Kuala Lumpur

Booking.com

Friday, May 14, 2010

Musabaqah Tilawah Al-Quran Anak-Anak Yatim Selangor 2010


Hari ini saya berkesempatan ke Madrasah Hashimiah yang menempatkan anak-anak yatim dari pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim untuk membincangkan beberapa perkara dengan Ustaz Hashim, pengetua Madrasah Hashimiah. Buat julung kalinya, Madrasah Hashimiah telah menerima jemputan untuk Musabaqah Tilawah al-Quran Anak-anak Yatim Selangor 2010.

Anwar (13) dan Hanifah (11) akan mewakili Madrasah Hashimiah ke Musabaqah tersebut dan mereka akan dilatih oleh Ustaz Shahid yang juga merupakan warga pelarian yang berpengetahuan dalam tajwid, taranum dan makruf. Pihak dari Muslim Aid merancang untuk membuka peluang kepada orang ramai menaja 2 anak yatim ini ke pertandingan Musabaqah ini. InsyaAllah tajaan dalam bentuk pakaian amat dialu-alukan. Bagi lelaki baju melayu lengkap dengan sampin dan songkok dan perempuan baju kurung dan tudung. Pada yang ingin menyumbang bagi 2 anak yatim pelarian ini, boleh hubungi saya di 03-22881996. Anggaran sumbangan untuk set baju melayu, sampin dan songkok ialah RM200 dan baju kurung, tudung dan kerongsang ialah RM150.

Muhammad bin Kamarulazizi

Progres Kelas Bahasa Inggeris untuk Pelarian Somalia

Kelas Bahasa Inggeris untuk pelarian Somalia sudah masuk minggu kedua yang merupakan anjuran bersama Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid) dan UNHCR. Yusuf Glanfield yang merupakan sukarelawan Muslim Aid menjadi guru kepada pelajar-pelajar komuniti Somalia. Kelas di adakan di Gombak dan mempunyai sebanyak 20 orang pelajar. Bro Yusuf merupakan seorang guru Bahasa Inggeris yang berpengalaman mengajar di beberapa buah negara. Kelebihan ini digunakan untuk mengajar komuniti Somalia ini agar dapat mahir berbahasa Inggeris dalam tempoh tiga bulan.


Cikgu Yusuf Glanfield tekun mengajar

pelajar-pelajar dari komuniti pelarian Somalia

silibus yang digunakan untuk kelas Bahasa Inggeris

Muhammad bin Kamarulazizi

Tuesday, May 11, 2010

Study Visit ke Rumah Zakat: Hari Ketiga


Tarikh: 4 May 2010
Lokasi: Sekitar Bandung, Indonesia

Hari ketiga di Bandung telah memberi kesan yang mendalam kepada saya. Saya amat kagum dengan sistem yang Rumah Zakat gunakan dalam pelbagai aspek. Setiap staf, penerima bantuan, penderma boleh dikatakan 'well blended' dan saling bekerjasama antara satu sama lain. Setiap pagi, setiap staf Rumah Zakat harus menghadiri inspirasi pagi dimana semua staf akan membaca al-Quran beramai-ramai, kemudian diberi pengisian taklim dan akhir sekali update program-prgram Rumah Zakat. Inspirasi pagi ini dijalankan setiap hari sebagai pemantapan rohani dan untuk mengekalkan semangat dan motivasi untuk memberi khidmat kepada orang ramai. Saya percaya dengan cara ini pekerja akan sentiasa bersemangat dan bermotavasi untuk bekerja dengan ikhlas.

inspirasi pagi yang memainkan peranan penting untuk mengekalkan tahap motivasi


sekolah dasar juara yang merupakan salah sebuah sekolah kelolaan Rumah Zakat


di empowering center dimana golongan ibu menggunakan bahan terbuang untuk dijadikan beg

anak-anak dari sekolah dasar juara yang sentiasa ceria

Konsep yang dibawa, iaitu SENYUM cukup bermakna. Matlamatnya adalah untuk mengalihkan ciri-ciri kesedihan yang biasa dibawa oleh kebanyakan pihak untuk mempromosikan isu kebajikan dan kemanusiaan kepada SENYUM dan wajah ceria. Konsep yang digunakan ini bertujuan untuk meningkatkan motivasi diri, atau spiritual quotient agar sentiasa positif dalam apa jua yang dilakukan. Bukan suatu yang mudah, namun untuk jangka masa panjang, ia dapat memberi impak yang besar.

InsyaAllah konsep sebegini akan diterapkan dalam pengurusan Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid) agar Muslim Aid juga dapat melakukan anjakan paradigma di tanah Malaysia.

Muhammad bin Kamarulazizi

Monday, May 10, 2010

Latihan Sukarelawan Pengendalian OKU Penglihatan


Tarikh: 8 May 2010
Lokasi: MRA, Kampung Baru, Kuala Lumpur

Masa: 9.30am-12pm


Sukarelawan Muslim Aid telah dijemput untuk bersama dengan Malaysian Relief Agency (MRA) untuk latihan sukarelawan bagi pengendalian OKU penglihatan. Latihan sukarelawan ini bertujuan untuk mendedahkan kepada sukarelawan tentang cara-cara membantu OKU penglihatan (buta/separa buta) dengan menitik beratkan emosi dan psikologi. Hal ini amat penting kerana sukarelawan perlu berhati-hati agar tidak menimbul gangguan emosi kepada penerima bantuan.

En Hafiz, salah seorang speaker yang yang juga seorang OKU penglihatan

mata ditutup dengan kapas


praktikal sebagai seorang OKU penglihatan

pengalaman menjadi 'OKU penglihatan' adalah suatu pengalaman yang baru

bersama sukarelawan dari MRA dan Muslim Aid

Muslim Aid akan bersama MRA untuk membantu 7 orang OKU penglihatan untuk menduduki peperiksaan STPM November ini. Sementara menunggu peperiksaan, mereka perlu belajar dan mengulangkaji sebagai persediaan untuk menduduki peperiksaan kelak. Sukarelawan diperlukan untuk membantu pelajar OKU ini seminggu sekali dengan membantu membacakan nota. Pada sukarelawan yang berminat, boleh hubungi pejabat Muslim Aid di 03-22881996.

Muhammad bin Kamarulazizi

Study Visit ke Rumah Zakat: Hari Kedua


Tarikh: 4 May 2010
Lokasi: Sekitar Bandung, Indonesia

Hari kedua kami ke Rumah Bersalin Gratis iaitu hospital bersalin percuma yang disediakan khas untuk golongan yang kurang berkemampuan bagi mendapatkan perkhidmatan bersalin secara percuma. Sumber pendapatan dari pengumpulan zakat di Indonesia disalurkan untuk kesihatan dan golongan-golongan asnaf ini diberi rawatan percuma untuk individu yang ingin bersalin. Perkhidmatan juga adalah seperti di hospital swasta, dimana bilik rawatannya lengkap dan hanya 2 pesakit untuk setiap bilik. 3 orang doktor akan bertugas secara shif dan seorang doktor pakar akan standby 24 jam. Klinik bergerak dan ambulan juga disediakan secara percuma.

di dalam ambulan Rumah Zakat

pusat komuniti Rumah Zakat

kelas menjahit untuk golongan ibu

Rumah Zakat Cake House untuk program mikro enterprise

Pada sebelah petangnya, kami melawat pusat pembangunan komuniti ataupun dikenali sebagai empowerment center dimana golongan ibu-ibu dapat belajar skil untuk menaikkan taraf hidup mereka. Mereka diberi latihan menjahit dan dibantu dari aspek pemasaran. Anak-anak pula diajar untuk menggunakan angklung untuk dimainkan muzik. Anak-anak ini berpeluang untuk membuat persembahan di majlis-majlis keramaian disamping mendapat pendapatan sampingan.

Selain daripada itu, mereka juga mendirikan cake house Rumah Zakat bagi memberi peluang kepada ibu-ibu tunggal dan dari keluarga serba kekurangan untuk belajar berbisnes. Pelbagai produk bakery disediakan lengkap dengan oven dan peralatan lain. Perkhidmatan delivery juga disediakan untuk melancarkan proses penjualan.

Sememangnya saya dapat lihat bagaimana Rumah Zakat, salah satu institusi zakat di Indonesia yang menyaringkan dana zakat dikumpul secara efektif.

Muhammad bin Kamarulazizi

Study Visit ke Rumah Zakat: Hari Pertama

Tarikh: 3 May 2010
Lokasi: Ibu Pejabat Rumah Zakat, Bandung Indonesia

Pertama kali saya menjejak kaki ke Indonesia dan destinasi saya yang pertama ialah Bandung, ibu pejabat kepada rakan NGO Muslim Aid iaitu Rumah Zakat. Saya bersama Amir, rakan setugas di Muslim Aid berpeluang untuk menimba pengalaman untuk belajar dengan Rumah Zakat tentang operasi, pembangunan program, pengumpulan dana dan promosi. Alhamdulillah kami tiba di Bandung pada 2 May 2010 dan telah disambut oleh wakil Rumah Zakat, Pak Diki.

Keesokan harinya, Sister Maelany dari bahagian International Philanthropist Rumah Zakat membawa kami ke ibu pejabat Rumah Zakat untuk berkongsi tentang latar belakang NGO masing-masing. Kami disambut dengan baik dan terus dibawa ke bilik mesyuarat. Pejabat Rumah Zakat nampak sederhana, tetapi layanan yang diberikan adalah first class! Presentation tentang latar belakang Rumah Zakat telah disampaikan oleh Dr. Pamungkas yang merupakan Chief Corporate Funding Officer yang bertanggungjawab dalam hal ehwal dana Rumah Zakat.

perbincangan di bilik mesyuarat Rumah Zakat

dari kiri, sister Maelany, Pak Diki, Pak Trieha, saya dan Amir

Rumah Zakat ini mempunyai misi dan visi yang jelas. Apa yang saya kagumi dengan Rumah Zakat ialah kebolehan pihak pengurusan menerapkan misi dan visi kepada semua staf Rumah Zakat. Setiap staf Rumah Zakat amat memahami objektif yang ingin dicapai untuk jangka masa pendek dan panjang.

Kini Rumah Zakat didalam proses 'rebranding' beralih dari Rumah Zakat Indonesia ke Rumah Zakat. Tema yang digunakan ialah Juara. Juara didalam segala bidang yang mereka rancang dan laksanakan. Penggunaan perkataan Juara ini merupakan salah satu cara untuk melakukan anjakan paradigma kepada penerima bantuan dan juga staf di Rumah Zakat. Nampak 'simple' tetapi sebuah cabaran yang agak besar dan pencapaiannya setakat ini, saya lihat agak berjaya. Akan saya kongsi lagi dalam posting yang akan datang tentang sistem Rumah Zakat yang amat teratur dan efisyen:)

Muhammad bin Kamarulazizi

Friday, May 7, 2010

Training for Volunteers

Anyone interested to help the blinds (OKU penglihatan) sit for STPM this November? Tomorrow we'll be having a training for volunteers who are interested for free!

Date: 8th May 2010
Location: MRA Office, No. 7, Jalan Raja Uda Kg. Baru, Kuala Lumpur
Time: 9.30am - 12.00pm

Kindly contact me for details at 012-3377195. Application close by today at 8pm.

Thanks!

Muhammad bin Kamarulazizi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...