About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Pengiktirafan dari World Kindness Movement

Kindness Malaysia kini secara rasminya merupakan ahli World Kindness Movement

Misi Bantuan Kemanusiaan Untuk Mangsa Rohingya di Arakan, Myanmar

Bersama pelarian Rohingya di Arakan (Rakhine), Myanmar

Bantuan Perubatan di Hebron, Palestine

Vitamin C untuk anak-anak Palestine di Hebron

Ziarah ke perkampungan orang asli

Bersama sukarelawan ke kampung orang asli di Pos Betau, Pahang.

Misi Gelandangan Feed The Homeless

Misi Gelandangan Feed The Homeless yang dijalankan setiap hari Sabtu 2 minggu sekali di sekitar Kuala Lumpur

Booking.com

Sunday, April 12, 2009

Dari ASDAF ke Gombak...



Lokasi: Batu 9 1/2, Gombak
Tarikh: 12 April 09
Masa: 8.30pm

Selepas selesai program wacana dari pagi hingga ke petang di ASDAF, saya bersama isteri sempat membeli barang keperluan di Carrefour Wangsa Maju, dan terus ziarah keluarga Kak Norehan di Gombak. Hampir empat bulan saya tidak berkesempatan untuk melawat keluarga En Zul dan Kak Norehan. Saya sempat menghadiahkan 3 buah buku hasil tulisan penulis terkenal iaitu Kusyi Hirdan kepada Fasihah yang kini darjah 3 dan bercita-cita untuk menjadi doktor. Buku tersebut ditandatangani sendiri oleh Kusyi Hirdan . Anak pasangan En Zul dan Kak Norehan ini merupakan pelajar-pelajar saya semasa saya bersama kawan-kawan membuat home tuition secara percuma di rumahnya ketika saya masih di UIA 3 tahun yang lalu.

Fasihah bersama buku hasil tulisan Kusyi Hirdan

Hadi bersama En Zul dan Kak Norehan

Muhammad bin Kamarulazizi
Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia

Sukarelawan UKM dan UNIMAS di ASDAF


Lokasi: Asrama Darul Falah (ASDAF)
Tarikh: 12 April 09
Masa: 9am-2pm

Alhamdulillah, hari ini selesai program wacana bersama sukarelawan dari UKM dan UNIMAS di ASDAF. Program wacana ini merupakan kesinambungan program di mana anak-anak ASDAF dilatih untuk berucap di khalayak ramai. Sukarelawan telah membimbing anak-anak ASDAF untuk menulis syarahan bagi sekolah menengah dan bercerita untuk sekolah rendah. Diselit juga dalam program ini ialah program 'Mari Menutup Aurat' yang telah dirasmikan oleh Pengerusi ASDAF Tn Haji Yaakub Lazim.

pemberian sijil untuk sukarelawan dari UKM dan UNIMAS oleh Tn Hj Yaakob Lazim

sukarelawan dari UKM

sukarelawan bersama anak ASDAF



p/s video lain di sini dan sini

Muhammad bin Kamarulazizi
Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia
AJK Latihan Kepimpinan Pelajar ASDAF

Friday, April 10, 2009

En Fadil dan Bisnes Dadih


Hari ini saya bersarapan dengan keluarga En Fadil di rumahnya di Flat Sri Pahang. Kali ini untuk berbincang tentang bisnes dadih yang akan dijalankan oleh En Fadil dan isterinya Kak Nor dengan kerjasama Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (YKMAM). Bisnes dadih ini akan dilakukan dalam 2 bentuk. Yang pertamanya dengan jualan terus melalui kedai runcit di bawah flat Sri Pahang. Pelajar praktikal YKMAM akan membantu En Fadil untuk berurusan dengan kedai runcit berkenaan supaya dapat menumpang dadih untuk dijual. Cara yang kedua melalui konsep tempahan. Orang ramai dapat melayari blog 'My Sweet Dadih' yang dibina khas untuk memberi maklumat mengenai bisnes dadih En Fadil. Tempahan dapat dilakukan dengan memilih pakej yang diingini. Tempahan dapat diterima dalam kuantiti 30, 50 atau 100. Setiap tempahan pula harus dilakukan seminggu awal.

en Fadil cuba melihat blog My Sweet Dadih

Pada yang berminat untuk menempah dadih, boleh hubungi pejabat YKMAM terus di 03-2288 1996.

Muhammad bin Kamarulazizi
Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia


Thursday, April 9, 2009

Sumbangan untuk Projek My Kitchen Garden


Semalam pelajar-pelajar dari UM telah datang untuk melihat hasil projek My Kitchen Garden Fasa 2. Menurut mereka, pembentangan dan pameran mereka tentang projek My Kitchen Garden telah mendapat markah tertinggi. Tahniah kepada Nadia dan ahli-ahli kumpulannya yang lain. Pada hari pembentangan mereka, mereka telah berjaya mengumpul RM120 untuk dana My Kitchen Garden.

Aktiviti Nadia dan ahli kumpulannya di sini.

Muhammad bin Kamarulazizi
Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia

Thursday, April 2, 2009

Firdaus, anak En Fadil...


Alhamdulillah, hari ini kami berkesempatan untuk menyampai sumbangan makanan untuk keluarga encik Fadil di Flat Sri Pahang. Saya sempat bermain dengan anak En Fadil, iaitu Firdaus yang berumur 3 tahun. InsyaAllah pada hujung bulan ini, kami di Muslim Aid akan mula merancang untuk cuba mendapatkan tapak perniagaan atau kiosk untuk En Fadil. Projek ini akan dibantu oleh pelajar praktikal dari UIA yang bakal menjalani latihan praktikal di Muslim Aid selama sebulan.


sempat memberi minum kepada Firdaus

Amir dan Eyta mengisikan susu tepung ke dalam bekas


Selain daripada itu, keluarga en Fadil akan mula menjual dadih dalam pelbagai perisa. Kepada yang ingin membuat tempahan dadih, boleh hubungi terus pejabat Muslim Aid di 03-22881996 dan bercakap terus dengan saya. Semoga dengan usaha ini, dapatlah En Fadil sekeluarga keluar dari kepompong kemiskinan, insyaAllah.

p/s info-info lain keluarga En Fadil di sini

Muhammad bin Kamarulazizi
Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia

Wednesday, April 1, 2009

Forward Your Kindess....

Sejak tahun lepas lagi, saya merancang untuk melaksanakan projek yang dinamakan 'Forward Your Kindness' dibawah Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia. Projek ini diilhamkan dari sebuah yayasan di Amerika Syarikat, iaitu Random Act of Kindness Foundation (RAK Foundation). Konsepnya ialah dengan membuat perkara yang baik pada orang lain tanpa mengharap sebarang balasan dari orang yang menerima perbuatan baik itu. Dalam erti lain, ikhlas! Untuk yang beragama Islam, hanya mengharapkan keredhaan Allah Taala.

Saya agak kagum dengan konsep yang dilaksanakan oleh RAK. Idea-idea yang disarankan untuk membuat perkara yang baik ini sememangnya sudah diajar dalam Islam. Contohnya dalam salah satu ideanya ialah "Say something nice to everyone you meet today". Dalam Islam pula mengajak orang ramai untuk memberi salam kepada sesiapa yang kita temui. Konsep yang sama! Akan tetapi amalam ini kurang diberi perhatian dikalangan masyarakat Islam di negara kita. Dari Abdullah bin Salam r.a. ia berkata :
"Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Hal menusia sebarkanlah ( ucapkanlah ) salam, berikanlah makanan, hubungkanlah tali kekeluargaan (silaturrahim ), Solatlah sedang orang-orang ( lagi lelap ) tertidur, nescaya kamu akan masuk syurga dengan selamat." ( HR.Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah )

Pada pendapat saya, perkara-perkara kecil yang baik yang dilakukan oleh seseorang individu dapat memberi impak yang besar kepada orang lain. Contoh idea RAK yang lain seperti "Give a bag of groceries to a homeless person". Homeless person ini boleh dikaitkan sebagai orang miskin. Apabila kita di Tesco atau Carrfour atau Giant, pernahkah kita terfikir untuk membeli barang makanan untuk orang-orang miskin, atau ibu tunggal yang kita kenali? Ataupun belikan barang-barang dapur untuk makcik cleaner Indon yang selalu sapu sampah di pejabat kita? Mungkin ada antara kita yang pandang remeh tentang hal ini, tetapi sekiranya kita belikan beras 5kg dan minyak masak 1kg untuk mereka, cuba bayangkan betapa gembiranya mereka. Untuk kita pula, dalam hati kita pasti akan rasa senang hati, hilang rasa serabut dalam kepala.

antara contoh lain
  • belikan air untuk pengemis-pengemis di pasar malam
  • beri salam, sambil tanya khabar; sihat ka?apa khabar? pada orang yang kita jumpa
  • belikan bahan makanan extra untuk golongan kurang bernasib baik semasa di Tesco/Giant/Carrefour
  • bayarkan sekali tol kereta dibelakang
  • masakkan makanan lebih, supaya dapat diberikan sedikit kepada jiran rumah

Saya percaya, sekiranya projek Forward Your Kindness dapat dilaksanakan di Malaysia, insyaAllah dapat memberi kesan yang amat baik kepada rakyat Malaysia. Mungkin bukan secara sepontan, tapi bermula dari kecil, bermula dalam keluarga, di ofis, di surau, saudara mara, insyaAllah ke seluruh Malaysia. Boleh bayangkan impaknya selepas 5, 10 atau 20 tahun yang akan datang...

Disebalik ASDAF...

Semalam seperti biasa saya ke ASDAF. Sebelum solat Asar, saya sempat bersama-sama dengan anak-anak ASDAF untuk membantu mereka membuat kerja sekolah. Kebetulan pada masa yang sama, pelajar-pelajar perubatan dari UKM datang berkampung di ASDAF selama dua minggu. Pelajar-pelajar perubatan ini meluangkan masa mereka untuk berkongsi pengalaman sebagai mahasiswa dan membantu memotivasikan anak-anak ASDAF ini. Sememangnya usaha yang amat baik.

Selepas solat Asar, saya membantu seorang Hidayah (Victoria), anak tingkatan lima untuk menjawab soalan-soalan sains SPM. Sememangnya sukar untuk ajarnya sains dalam Bahasa Inggeris, secara teorinya dia faham. Tetapi untuk menjawabnya dalam Bahasa Inggeris agak sukar, walaupun dengan menggunakan kamus. Anak-anak ASDAF kebanyakannya menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa ketiga selepas bahasa asli dan Bahasa Melayu.

Hidayah yang bertudung hitam, Katerina bertudung biru

Hidayah sempat menyatakan hasratnya untuk pulang ke kampung, dan tidak mahu lagi tinggal di ASDAF. Dia memberitahu yang ibunya menghidap darah tinggi di kampung kerap pengsan. Sedih juga saya mendengarnya. Hidayah yang datang dari keluarga miskin orang asli Cameron Highland, dimana ibu bapanya bekerja sebagai pekerja di ladang sayur. Katanya lagi, dalam keadaan teresak-esak,
"Nak belajar di ASDAF pun dah kurang semangat. Selalu teringat pada mak di kampung"
Hidayah juga mempunyai seorang adik di ASDAF, Katerina, yang bakal menduduki UPSR tahun ini. Katerina yang merupakan anak didik saya di kelas malam juga melihatkan kemorosotan dalam pelajaran, kemungkinan dari sebab yang sama.

InsyaAllah selagi masih berpeluang ke ASDAF, saya ingin cuba untuk bantu mereka di ASDAF, bukan sahaja dari segi wang Ringgit, tapi dalam bentuk sokongan dan cuba memahami masalah mereka ini untuk terus berjaya di dunia dan akhirat, insyaAllah

Muhammad bin Kamarulazizi
Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...