About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Pengiktirafan dari World Kindness Movement

Kindness Malaysia kini secara rasminya merupakan ahli World Kindness Movement

Misi Bantuan Kemanusiaan Untuk Mangsa Rohingya di Arakan, Myanmar

Bersama pelarian Rohingya di Arakan (Rakhine), Myanmar

Bantuan Perubatan di Hebron, Palestine

Vitamin C untuk anak-anak Palestine di Hebron

Ziarah ke perkampungan orang asli

Bersama sukarelawan ke kampung orang asli di Pos Betau, Pahang.

Misi Gelandangan Feed The Homeless

Misi Gelandangan Feed The Homeless yang dijalankan setiap hari Sabtu 2 minggu sekali di sekitar Kuala Lumpur

Booking.com
Showing posts with label rohingya Klang. Show all posts
Showing posts with label rohingya Klang. Show all posts

Friday, April 1, 2011

Kesinambungan Kelas Bahasa Inggeris Untuk Pelarian Rohingya Klang


Kini sudah masuk bulan ketiga kelas Bahasa Inggeris dan komputer dijalankan untuk warga pelarian Rohingya di Klang anjuran Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid) dengan kerjasama Dari UNHCR. Kelas ini dijalankan setiap hari kecuali hari Jumaat pada setiap petang jam 4-6 petang dan 6 hingga 8 malam. Setiap kelas mempunyai 20 orang pelajar yang diajar oleh sukarelawan Muslim Aid yang merupakan guru lulusan Bahasa Inggeris.


suasana di dalam kelas

sesi bersama dengan pegawai dari UNHCR

Program yang mendapat tajaan dari UNHCR ini merupakan program ke sembilan Muslim Aid bersama dengan UNHCR untuk membantu golongan pelarian terutama Rohingya dan Myanmar Muslim meningkatkan taraf hidup mereka di Malaysia. Pihak Muslim Aid akan meneruskan kelas komputer ini dengan menerapkan subjek Photoshop dan Illustrater. Dengan ini mereka berpeluang untuk menjana pendapatan sendiri selepas mahir dengan ilmu perisian grafik.

Muhammad bin Kamarulazizi

Wednesday, March 16, 2011

Kejohanan Futsal Amal untuk Anak-anak Yatim Selangor anjuran BKSK 2011


Lokasi: Futsal Frenzy, S15 Shah Alam
Tarikh: 12 Mac 2011

Alhamdulillah, selesai sudah kejohanan futsal amal untuk anak-anak yatim anjuran Badan Kebajikan Siti Khadijah (BKSK) yang telah berlangsung di Shah Alam. Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid) telah menaja dan membawa 10 pasukan futsal, 5 darinya dari ASDAF, 2 pasukan dari Madrasah Hashimiah, 2 lagi dari Somali Gombak dan sebuah pasukan dari Rohingya Klang.

bersiap sedia sebelum pertandingan


antara pasukan di bawah Muslim Aid

perlawanan akhir ASDAF A dan ASDAF B perempuan

makan tengahari yang disediakan oleh Muslim Aid

perlawanan akhir Somalia Gombak vs Rumah BKSK Meru Klang


Pertandingan kali ini menyaksikan pasukan perempuan ASDAF merangkul tempat pertama dan kedua manakala pasukan Somali Gombak mendapat tempat kedua bagi kategori bawah 17 tahun. Pasukan ASDAF lelaki bawah 15 tahun berjaya layak hingga ke separuh akhir, manakala pasukan ASDAF bawah 17 tahun dan Rohingya Klang hingga ke peringkat suku akhir.

Kejohanan futsal ini secara tidak langsung telah memberi peluang kepada anak-anak orang asli dari ASDAF, anak-anak pelarian Somalia, Myanmar Muslim dan Rohingya untuk berinteraksi dan berkenalan antara satu sama lain juga dengan anak-anak yatim tempatan. Pihak Muslim Aid mengucapkan jutaan terima kasih kepada para dermawan dan juga sukarelawan yang tanpa penat lelah memberi sokongan dan bantuan bagi membawa anak-anak dibawah Muslim Aid merangkul kejuaraan bagi pertandingan futsal amal ini.

Muhammad bin Kamarulazizi

Saturday, February 26, 2011

Pasukan Futsal Pelarian Rohingya Klang


Genap dua minggu sahaja lagi dari pertandingan Futsal Amal Antara Rumah Kebajikan seluruh Selangor dan Kuala Lumpur anjuran Badan Amal Siti Khadijah (BKSK). Kita mendekati pula lagi sebuah pasukan bawah tajaan Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid) iaitu pasukan futsal pelarian Rohingya Klang. Pasukan bawah 17 tahun ini diuruskan oleh salah seorang sukarelawan Muslim Aid iaitu Azim dari Universiti Malaya. Tahun ini adalah kali pertama mereka menyertai pertandingan futsal dan harapan mereka agar boleh sampai ke peringkat separuh akhir.

Pertandingan futsal kali ini lebih meriah dimana Muslim Aid akan membawa 9 pasukan futsal iaitu 4 pasukan dari ASDAF, 2 pasukan dari Madrasah Hashimiah, 1 pasukan dari Rohingya Klang, dan 2 lagi pasukan dari Somalia Gombak. Kita akan mengharap juga pasukan-pasukan pilihan untuk hadir semasa pertandingan futsal nanti seperi Darul Kifayah dan Rumah Nur Salam.

selepas latihan di Klang

selepas pendaftaran di kelas komputer Muslim Aid

perlawanan persahabatan di UM

rutin latihan di Klang setiap petang

Pada yang mempunyai masa luang, jemput hadir sekali di pertandingan futsal ini bertempat di Futsal Frenzy, Seksyen 15 Shah Alam pada 12hb Mac 2011.

Pasukan Rohingya Klang masih memerlukan tajaan jersi pasukan yang dianggar kosnya hanya antara RM150 - RM200 (8 helai jersi). Pada yang bermurah hati untuk menaja pasukan Rohingya Klang, boleh hubungi pengurus pasukan Rohingya Klang, en Azim di 0132969648 atau saya sendiri di 0123377195. Sumbangan ini semestinya memberi makna yang besar buat mereka.

Muhammad bin Kamarulazizi

Thursday, January 6, 2011

Kelas Komputer dan Bahasa Inggeris untuk Pelarian Rohingya di Klang

Lokasi: Klang
Tarikh: 6 Januari 2011

Hari ini saya berkesempatan ke Klang untuk menghantar 5 buah komputer baru. Program kali ini ialah mengadakan kelas komputer. Kelas komputer ini akan dijalankan selama 6 hari seminggu dari jam 4 petang hingga ke 6 petang setiap hari kecuali hari Jumaat. 15 ke 20 orang peserta dari kalangan komuniti pelarian Rohingya di Klang telah dikenal pasti untuk mengikuti kelas ini. Kelas ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada warga pelarian Rohingya tetang pengetahuan asas komputer yang dapat digunakan untuk kegunaan seharian. Kelas ini merupakan anjuran Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid) dengan kerjasama dari pihak UNHCR.

InsyaAllah kelas komputer ini akan bermula pada minggu hadapan, manakala kelas Bahasa Inggeris pula akan bermula pada minggu ke tiga bulan Januari ini. Pada yang ingin menjadi sukarelawan atau ingin memberi sumbangan, boleh hubungi saya terus di pejabat Muslim Aid di 03-2288 1996.

Muhammad bin Kamarulazizi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...