About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Pengiktirafan dari World Kindness Movement

Kindness Malaysia kini secara rasminya merupakan ahli World Kindness Movement

Misi Bantuan Kemanusiaan Untuk Mangsa Rohingya di Arakan, Myanmar

Bersama pelarian Rohingya di Arakan (Rakhine), Myanmar

Bantuan Perubatan di Hebron, Palestine

Vitamin C untuk anak-anak Palestine di Hebron

Ziarah ke perkampungan orang asli

Bersama sukarelawan ke kampung orang asli di Pos Betau, Pahang.

Misi Gelandangan Feed The Homeless

Misi Gelandangan Feed The Homeless yang dijalankan setiap hari Sabtu 2 minggu sekali di sekitar Kuala Lumpur

Booking.com
Showing posts with label projek darah. Show all posts
Showing posts with label projek darah. Show all posts

Tuesday, February 16, 2016

Projek Darah oleh Kindness Malaysia



Pada tanggal 14 Febuari 2016 yang lepas, Alhamdulillah sekali lagi Kindness Malaysia menganjurkan Projek Darah iaitu projek yang mengajak orang ramai menderma darah. Namun kali ini, Kindness Malaysia bekerjasama dengan Persatuan Pengamal Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran (HSE Practitioner).

Projek Darah ini yang dijalankan di Pusat Darah Negara, Kuala Lumpur bermula pada jam 8.30 pagi. Seramai lebih 50 orang para sukarelawan yang datang untuk menyertai projek ini. Para sukarelawan yang datang terdiri dari pelbagai bangsa iaitu Melayu, Cina, India dan lain-lain. Sukarelawan perlu mendaftarkan diri di kaunter Kindness Malaysia yang dibuka bersebelahan dengan kaunter pendaftaran PDN. Mereka diberi Button Badge sebagai saguhati dan selepas itu mereka perlu mengisi borang butiran diri sebelum menderma. Berikut adalah carta aliran Projek Darah :

Proses untuk derma darah
Projek bersurai pada jam 12 tengahari dengan jayanya. Semoga projek ini memberi inspirasi kepada orang ramai untuk berbuat kebaikan dengan apa jua cara yang termampu. Diharap juga lebih ramai penderma yang boleh sama-sama menderma darah kerana ia mampu memberi peluang untuk menyelamatkan nyawa orang lain dengan izin-Nya. 

Beberapa sukarelawan yang datang, berkongsi pengalaman di media sosial.

Beberapa sukarelawan yang datang, berkongsi pengalaman di media sosial.

Terima kasih kepada penaja yang bermurah hati menaja Button Badge. Walaupun ia berbentuk saguhati namun penaja mahukan agar projek ini berlangsung dengan lebih sempurna. Kepada penaja, para sukarelawan, para dermawan dan rakan-rakan seperjuangan yang hadir untuk memberi sokongan, kami di Kindness Malaysia sentiasa mendoakan agar anda semua dirahmati Allah. Doakan juga agar Projek Darah ini dapat dijalankan lagi pada masa-masa akan datang. InsyaAllah.

Projek Darah yang mendapat liputan di Kosmo


Norharirdayu Hashim
Pengarah Projek
Kindness Malaysia

Monday, October 21, 2013

Projek Darah oleh Kindness di Johor Bahru



Projek Darah anjuran Kindness.my kini telah berlangsung di Aeon Tebrau dan berjaya menarik lebih 80 orang penderma darah. Aktiviti bermula jam 10 pagi di mana jururawat dari Hospital Sultan Ismail mula menyediakan kerusi dan meja untuk kemudahan penderma darah. Projek pertama di Johor Bahru ini adalah hasil inisiatif team Kindness di sekitar Johor dimana mereka berkumpul dan bersama-sama menjayakan Projek Darah ini.

darah disaring dahulu

sukarelawan Kindness di Johor Bahru

penderma darah dengan hadiah dari Kindness

lakukan kebaikan di mana-mana sahaja

tidak kenal penat lelah 

sukarelawan Kindness gigih membantu pendaftaran
 
adik kecil bakal menjadi seorang sukarelawan


Kurang dari sebulan selepas Projek Darah di Kuala Lumpur, disusuli pula dengan projek yang sama di Johor Bahru. Objektifnya amat mudah dimana team Kindness ingin memupuk keinginan untuk melakukan kebaikan dan Projek Darah ini adalah salah satu dari aktivitinya. Darah amat diperlukan terutama di hospital. 

Team Kindness Johor Bahru mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat


Aktiviti Kindness di Selatan Tanah Air merupakan titik permulaan kembangnya budaya melakukan kebaikan tidak kira masa, tempat atau pada sesiapa pun. Bagi yang berminat untuk mengikuti aktiviti-aktiviti Kindness, boleh turut serta ke Volunteer Group Kindness.

Muhammad bin Kamarulazizi
Pengasas Kindness.my
www.facebook.com/kindness.my

Saturday, September 14, 2013

Projek Darah anjuran Kindness.my di Pusat Darah Negara


Alhamdulillah selesai sudah sebuah lagi projek di bawah Kindness.my, iaitu Projek Darah. Para penderma darah tiba seawal jam 9 pagi di Pusat Darah Negara melibatkan lebih tiga puluh orang yang kebanyakannya dari Kuala Lumpur malahan ada juga yang tiba dari Kedah dan Johor. Pada hari yang sama, pihak polis juga turut datang beramai-ramai untuk menderma darah.

Projek darah yang kali pertama diadakan oleh Kindness.my ini mendapat respon yang menggalakkan apabila ia diwar-warkan di laman Facebook. Ramai yang mengambil peluang ini untuk turut serta menderma darah, dan terdapat juga yang mengambil kesempatan untuk menaja snek ringan untuk para penderma darah. Setiap projek yang dianjurkan pasti akan dapat sambutan yang amat memberangsangkan. 

sukarelawan dari UIA dan UM

Para penderma darah bersama tag Kindness.my


isi borang sebelum menderma darah

pemeriksaan darah dahulu
sampai dua tempat kena cucuk


Fadli antara yang pertama kali derma darah

wajah tenang menderma darah

selesai derma darah, dengan nasi lemak
antara yang terakhir tiba untuk derma darah
selesai derma darah

Misi Kindness.my untuk menyebarkan kebaikan tidak kira tempat, masa atau lokasi mula diterapkan kepada orang ramai dan hasilnya dapat dilihat dalam setiap projek yang dijalankan. Contohnya para penderma hadir kerana perihatin untuk menderma darah bagi kegunaan mereka yang memerlukan. Ada pula yang ingin lakukan kebaikan dengan menaja mereka yang menderma darah. Malah ada juga yang menaja sekumpulan terakhir penderma darah untuk makan tengahari.


InsyaAllah akan datang lebih banyak projek akan dijalankan bagi memastikan aktiviti menyebarkan kebaikan terus dilaksanakan. Pada yang ingin turut serta atau ingin menjadi penaja untuk projek sedia ada atau projek baru, boleh email kepada saya di matt@kindness.my.

Muhammad bin Kamarulazizi
Pengasas Kindness.my
www.facebook.com/kindness.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...