About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Pengiktirafan dari World Kindness Movement

Kindness Malaysia kini secara rasminya merupakan ahli World Kindness Movement

Misi Bantuan Kemanusiaan Untuk Mangsa Rohingya di Arakan, Myanmar

Bersama pelarian Rohingya di Arakan (Rakhine), Myanmar

Bantuan Perubatan di Hebron, Palestine

Vitamin C untuk anak-anak Palestine di Hebron

Ziarah ke perkampungan orang asli

Bersama sukarelawan ke kampung orang asli di Pos Betau, Pahang.

Misi Gelandangan Feed The Homeless

Misi Gelandangan Feed The Homeless yang dijalankan setiap hari Sabtu 2 minggu sekali di sekitar Kuala Lumpur

Booking.com
Showing posts with label playdough. Show all posts
Showing posts with label playdough. Show all posts

Thursday, January 31, 2013

ASDAF dan Playdough


Sukarelawan itu merupakan tulang belakang kepada kebanyakan NGO. Di Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid), ramai sukarelawan yang bersama-sama membantu mereka yang memerlukan dari pelbagai aspek seperti program bersama anak-anak yatim dan pengumpulan dana. Baru-baru ini salah seorang dari sukarelawan Muslim Aid dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) telah menganjurkan kelas membuat tanah liat (playdough atau plastesin) bersama adik-adik dari Asrama Darul Falah (ASDAF). Kelas ini merupakan kelas yang kedua dilakukan di ASDAF yang bertujuan untuk menjana pemikiran yang kreatif dikalangan anak-anak yatim dan miskin.
anak-anak ASDAF menguli tepung

selepas menguli tepung, dimasukkan pewarna
bersama hasil playdough mereka

Sukarelawan tersebut, Nazihah Rusli merancang untuk mengajar rumah-rumah kebajikan lain  dalam tempoh terdekat ini. Modal tidak kurang dari RM20 dapat menghasil lebih dari 2kg tanah liat dari pelbagai warna. Muslim Aid mengalu-alukan penglibatan sukarelawan untuk kerja-kerja amal dan kemasyarakatan. Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman Facebook Muslim Aid di http://www.facebook.com/YKMAM

Cara membuat playdough di sini.

Muhammad bin Kamarulazizi

Friday, February 25, 2011

Membuat Playdough Bersama Anak-anak Yatim


Lokasi: Asrama Darul Falah (ASDAF) Tarikh: 24 Feb 2011 Masa: 3pm

Semalam salah seorang sukarelewan Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid), cik Nazihah telah mengendalikan kelas membuat playdough (tanah liat berwarna) bersama anak-anak ASDAF. Ramai yang tidak tahu playdough (platesin) ini dibuat daripada tepung gandum, sehinggakan ada anak ASDAF yang menyangka playdough dibuat daripada tanah liat yang diwarnakan!

Cara untuk membuat playdough ini agak mudah dan murah. Antara bahan-bahan yang diperlukan ialah:

1- tepung gandum (2 cawan)
2- garam halus (1 cawan)
3- air suam panas (1 cawan)
4- minyak masak (2 sudu)
5- pewarna makanan (cecair)

Pertama sekali, untuk membuat playdough, tepung gandum digaul bersama dengan garam halus. Kemudian dimasukkan air suam panas dan diulikan serentak sehingga menjadi doh sambil diletakkan sekali minyak masak. Doh ini kemudian diuli sehingga sebati. Sebelum meletakkan pewarna, tebuk lubang di tengah-tengah doh itu, dan dituankan sedikit pewarna dan uli doh itu sekali lagi sehingga warna itu rata dan terus menjadi playdough! Sekiranya playdough itu melekit, tambah lagi minyak masak. Dan sekiranya playdough itu terlalu lembik, tambah lagi tepung dan teruskan menguli sehingga mendapat empukan yang sesuai. Kos keseluruhan tidak sampai RM10.

bahan-bahan dimasukkan dalam basin

diuli sehingga rata

kepal sehingga menjadi doh

ditebuk lubang dan dimasukkan pewarna

uli doh dengan pewarna

uli sehingga sebati

sudah boleh main dengan playdough!

hasil-hasilnya

pelbagai benda dicipta

bangga dengan hasil masing-masing

Penggunaan playdough ini dapat mencambah minda dan kreativiti terutamanya anak-anak ASDAF. Pelbagai ciptaan yang mereka buat dan dapat dijadikan sebagai aktiviti mengisi masa lapang. InsyaAllah kelas playdough ini akan dikembangkan di lokasi-lokasi yang lain.

Muhammad bin Kamarulazizi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...