About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Pengiktirafan dari World Kindness Movement

Kindness Malaysia kini secara rasminya merupakan ahli World Kindness Movement

Misi Bantuan Kemanusiaan Untuk Mangsa Rohingya di Arakan, Myanmar

Bersama pelarian Rohingya di Arakan (Rakhine), Myanmar

Bantuan Perubatan di Hebron, Palestine

Vitamin C untuk anak-anak Palestine di Hebron

Ziarah ke perkampungan orang asli

Bersama sukarelawan ke kampung orang asli di Pos Betau, Pahang.

Misi Gelandangan Feed The Homeless

Misi Gelandangan Feed The Homeless yang dijalankan setiap hari Sabtu 2 minggu sekali di sekitar Kuala Lumpur

Booking.com
Showing posts with label orphan aid. Show all posts
Showing posts with label orphan aid. Show all posts

Sunday, August 28, 2011

Fast 2 Feed 2011 di Kuala Nerang, Kedah

Lokasi: Pusat Jagaan Batitul Mahabbah al-Hashimi, Kuala Nerang, Kedah
Tarikh: 27 Ogos 2011
Program: Fast 2 Feed anjuran Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia Diraikan: 50 anak-anak yatim dan miskin

Alhamdulillah, berakhirnya program Fast 2 Feed (F2F) anjuran Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid) bagi Ramadhan tahun ini, 1432H bersamaan tahun 2011 di Kuala Nerang, Kedah. Program F2F di Kuala Nerang telah meraikan 50 anak-anak yatim dan miskin dengan juadah berbuka puasa, duit raya dan sumbangan makanan kering.

sementara menunggu berbuka puasa

anak-anak Mahabbah menikmati juadah berbuka

sumbangan duit raya dan bantuan makanan

sukarelawan bersama penghuni perempuan


sukarelawan bersama penghuni lelaki

barisan sukarelawan Muslim Aid

meninjau lokasi yang akan dijadikan kolam ikan bersebelahan dengan asrama lelaki


keadaan asrama lelaki

asrama lelaki

Kami tiba di sana jam 5.30 petang dan telah dibawa ke asrama lelaki yang terletak di Jalan Kebun. Asrama lelaki ini menempatkan anak-anak yatim serta merupakan lokasi bagi remaja insaf, atau pemulihan akhlak. Mereka diajar dengan skil kemahiran menukang dan sebagainya. Tempat tinggal mereka dibina oleh mereka sendiri yang telah dibimbing oleh kontraktor yang berpengalaman.

Pengisian dalam bentuk kerohanian juga disediakan oleh penjaga bagi mendidik jiwa mereka agar dapat melahirkan akhlak yang baik. Muslim Aid mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada para dermawan yang telah menaja anak-anak yatim dan miskin berbuka puasa beserta sumbangan duit raya di Kuala Nerang. Semoga kalian mendapat keberkatan dariNya, insyaAllah.

InsyaAllah Muslim Aid akan merancang program seterusnya untuk membantu anak-anak Baitul Mahabbah di masa akan datang insyaAllah. Pada yang berminat untuk menyumbang, boleh salurkan ke tabung orphan aid Muslim Aid bagi menjayakan program anak-anak yatim dan miskin ini.

Muhammad bin Kamarulazizi

Sunday, May 15, 2011

Lima Anak ASDAF, 3 Anak Yatim dan sukarelawan ke KLCC



Alhamdulillah, 5 orang pelajar cemerlang ASDAF bersama 3 anak pelarian Myanmar Muslim berpeluang ke KLCC buat kali pertama untuk melihat keunikan bangunan berkembar KLCC. 5 pelajar cemerlang ASDAF ini dipilih berdasarkan disiplin mereka di asrama, tahap kerajinan semasa prep dan waktu solat. Anak-anak ASDAF ini akan dipilih oleh pihak pengurusan ASDAF sendiri. 3 anak pelarian yang dipilih ini pula merupakan 3 adik beradik yatim piatu yang belajar di Madrasah Hashimiah Selayang dibawah seliaan ustaz Hashim.

tiga anak yatim adik beradik dari pelarian Myanmar Muslim

8 orang anak-anak yatim dan miskin di bawa melawat Petrosains yang turut diiringi oleh 4 orang sukarelawan Muslim Aid. Selepas mendapat pelbagai info dan pengetahuan di Petrosains, mereka menikmati makan tengahari di taman KLCC. Pengalaman yang cukup berharga ini sedikit sebanyak telah memberi kegembiraan kepada anak-anak ASDAF dan pelarian.

Kepada yang berminat untuk menyumbang kepada tabung orphan aid Muslim Aid, boleh salurkan ke akaun CIMB di 1422-0000070-10-8 atas nama Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia. Sila emailkan/fax slip bank bersama

Nama:
Alamat:
No tel:

ke mail@muslimaidasia.com atau 03-22881966 (fax). Setiap sumbangan diberi resit pengecualian cukai LHDN 01/35/42/51/179-6.6487.

Muhammad bin Kamarulazizi.

Thursday, March 17, 2011

Hadiah untuk Pelajar ASDAF yang Cemerlang


Selesai pertandingan futsal, kini Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid) menawarkan anak-anak ASDAF yang cemerlang. Setiap rumah kebajikan di Malaysia biasanya menghadapi masalah sama ada masalah kewangan atau masalah jati diri atau moral. Asrama Darul Falah (ASDAF) ini sentiasa memerlukan sokongan dari segi jati diri. Di sini Muslim Aid memainkan peranannya bukan sahaja untuk membantu anak-anak orang asli di ASDAF untuk menyesuaikan diri tinggal di Kuala Lumpur, malahan untuk membantu mereka dari segi akademik dan juga kemahiran diri. Poster ini telah ditampalkan di ASDAF bagi memberi semangat untuk anak-anak ASDAF meningkatkan disiplin dan jati diri mereka.

Muslim Aid mengajak pembaca blog ini untuk turut serta menaja anak-anak ASDAF untuk hadiah-hadiah yang dinyatakan di atas. Mungkin ada yang ingin memberi idea baru lawatan atau aktviti lain juga amat dialukan. Pada yang ingin menyumbang, boleh salurkan ke tabung orphan aid Muslim Aid di akaun CIMB 1422-0000070-10-8 atas nama Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia. Sila emailkan bank slip ke mail@muslimaidasia.com bersama dengan

nama penuh:
alamat:
no tel:
tujuan untuk orphan aid

Setiap sumbangan akan diberi resit pengecualian cukai. Rujukan LHDN:01/35/42/51/179-6.6487

Muhammad bin Kamarulazizi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...