About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Pengiktirafan dari World Kindness Movement

Kindness Malaysia kini secara rasminya merupakan ahli World Kindness Movement

Misi Bantuan Kemanusiaan Untuk Mangsa Rohingya di Arakan, Myanmar

Bersama pelarian Rohingya di Arakan (Rakhine), Myanmar

Bantuan Perubatan di Hebron, Palestine

Vitamin C untuk anak-anak Palestine di Hebron

Ziarah ke perkampungan orang asli

Bersama sukarelawan ke kampung orang asli di Pos Betau, Pahang.

Misi Gelandangan Feed The Homeless

Misi Gelandangan Feed The Homeless yang dijalankan setiap hari Sabtu 2 minggu sekali di sekitar Kuala Lumpur

Booking.com
Showing posts with label Tahfiz Quran. Show all posts
Showing posts with label Tahfiz Quran. Show all posts

Wednesday, July 24, 2013

Taja Guru Mengajar di Madrasah Hashimiah

anak-anak Madrasah Hashimiah yang aktif

Kini sudah hampir separuh Ramadan dan orang ramai semakin ringan tangan untuk bersedekah dan menyumbang untuk kerja-kerja serta aktiviti amal. Kindness.my juga telah menyediakan beberapa projek khas untuk bulan Ramadan ini seperti Projek TajaMereka dimana orang ramai berpeluang untuk menaja anak-anak yatim dan miskin serta mereka yang kurang berkemampuan berbuka puasa.

Salah satu lokasi berbuka puasa di bawah Projek TajaMereka ini ialah Madrasah Hashimiah, Selayang yang menempatkan anak-anak yatim dan miskin pelarian Rohingya serta Myanmar Muslim. Saya agak rapat dengan Ustaz Hashim yang juga pengetua Madrasah tersebut. Beliau bersyukur ramai juga insan-insan prihatin serta syarikat dan NGO yang telah menaja warga penghuni Madrasah Hashimiah dan komuniti pelarian lain untk berbuka puasa di tempat mereka.

Disebalik kemeriahan Ramadan dengan kegembiraan anak-anak yatim ini berbuka puasa, Ustaz Hashim ada menyatakan keinginan dan keperluan Madrasah dimana beliau amat perlukan tajaan bagi guru-guru serta ustaz dan ustazah yang mengajar di Madrasah Hashimiah. Sekolah komuniti ini mempunyai sepuluh orang guru dan kesemuanya adalah dari komuniti pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim. Ustaz Hashim berhempas pulas untuk membayar gaji bagi setiap guru bagi memastikan anak-anak di Madrasah Hashimiah mendapat pendidikan asas seperti Bahasa Melayu, Matematik, Bahasa Myanmar, Bahasa Inggeris, Pengajian Agama, dan al-Quran. Bilangan murid kelas Hafiz juga meningkat dari dua orang dan kini memerlukan tiga orang guru Hafiz untuk mengajar.

suasana kelas di Madrasah Hashimiah
Gaji seorang guru hanyalah antara RM600-RM800 sebulan yang dapat memberi bimbingan serta pendidikan kepada anak-anak yatim dan pelarian ini yang sehingga kini belum dapat menikmati pendidikan di sekolah harian biasa. Pihak Kindness.my mengalu-alukan tajaan bagi guru-guru ini. 

Tajaan sebulan = RM600
Tajaan 3 bulan = RM1800
Tajaan 6 bulan = RM3600
Tajaan 9 bulan = RM5400
Tajaan 1 tahun = RM7200

Bagi yang berminat untuk menaja guru-guru ini termasuk guru Hafiz, boleh lakukan tajaan terus ke akaun Maybank 514057664892 atas nama Kindness Dot My. Email butiran berikut ke matt@kindness.my

Nama: 
Tel:
Jenis Tajaan:
Jumlah Tajaan:
Masa dan Tarikh Transaksi

“Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi meliputi ilmu pengetahuanNya.” ~(Al-Baqarah: 261) 
"Barangsiapa ingin doanya terkabul dan dibebaskan dari kesulitannya hendaklah dia mengatasi (menyelesaikan) kesulitan orang lain."~(Hadis Riwayat: Imam Ahmad)
Ayuh kita bantu Ustaz Hashim untuk atasi kesulitannya dengan mendapatkan tajaan untuk guru-guru di Madrasah Hashimiah. Semoga ilmu dan manfaat yang disampaikan ini akan mengalir tidak henti sehingga ke penghujung hari. Untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi saya terus di 0123377195 atau email di matt@kindness.my

Muhammad bin Kamarulazizi
Pengasas
Kindness Dot My

Friday, December 3, 2010

Ziarah ke Akademi Tahfiz Atah


Lokasi: Akademi Tahfiz Atah, Jalan Gurney, Kuala Lumpur
Tarikh: 2 Disember 2010

Baru-baru ini saya dijemput untuk melawat Akademi Tahfiz Atah yang diterajui oleh Ibu Laila. Akademi Tahfiz yang terletak di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur ini menempatkan lebih 100 orang pelajar daripada pelbagai latar belakang. Apa yang menarik di Akademi ini, ibu Laila juga ada menerima anak-anak golongan fakir miskin, yatim piatu dan muallaf untuk menyertai Akademi Tahfiz ini. Anak-anak ini tinggal di asrama berdekatan dengan akademi.

pelajar-pelajar Akademi Tahfiz Atah

Ibu Laila memberitahu keinginannya untuk para sukarelawan datang melakukan aktiviti atau menyertai aktiviti yang dijalankan oleh akademi tahfiz ini terutamanya di hujung minggu. Antara keperluan yang utama ialah sebagai pembimbing atau kaunselor untuk anak-anak yatim dan miskin ini. Pada yang berminat untuk menyertai program sukarelawan di Akademi Tahfiz Atah ini, boleh hubungi Ustaz Zul di 017-264 8707 atau di saya di pejabat Muslim Aid di 03-22881996.

Muhammad bin Kamarulazizi

Wednesday, October 15, 2008

Ziarah ke Rumah Anak Yatim Rohingya Darul Aitam


Semalam (14 Oktober 08) saya berkesempatan untuk ziarah sebuah lagi rumah Anak Yatim Pelarian Rohingya di Selayang iaitu Rumah Anak Yatim Darul Aitam Tahfiz Quran. Terima kasih kepada salah seorang sukarelawan kita yang telah memperkenalkan rumah ini kepada Muslim Aid Asia. Rumah anak yatim ini telah ditubuhkan dua tahun lepas oleh pengetuanya Ustaz Arif. Rumah ini menghadapi masalah yang sama dengan Rumah Anak Yatim Rohingya Hashimiah yang terletak seberang jalan sahaja dimana rumah ini tidak diregister kerana kesulitan atas status pelarian UNHCR.

anak-anak Darul Aitam

kelas belajar

Berikut adalah butiran mengenai Rumah Anak Yatim Darul Aitam Tahfiz Quran

Jumlah anak2 - 35 orang (semua lelaki) Umur - 7 tahun - 15 tahun Anggaran Pembelanjaan sebulan - RM6000 Nama Pengetua - Ustaz Arif (016-6171484) Jumlah pekerja sepenuh masa - 2 orang termasuk pengetua

Rumah Darul Aitam ini hanya mengharap bantuan dari sumbangan individu. Mereka tidak berpeluang untuk menerima bantuan dari Baitulmal atau pusat zakat kerana tidak diregister. Pada yang ingin menyumbang, boleh bank in terus ke akaun Ustaz Arif di 162553056532 (Maybank) atas nama Htay Paing @ Arif.

alamatnya
Rumah Anak Yatim Darul Aitam Tahfiz Quran
No 1, Jalan 16/2A,
Taman Wilayah, Selayang
Kuala Lumpur


kelas tahfiz

dapur (diluar rumah)

Tempat mandi (diluar rumah)

Pengetua, Ust Arif



p/s hampir kesemua anak-anak Darul Aitam ini boleh berbahasa Melayu:)

-Muhammad bin Kamarulazizi-
Muslim Aid Asia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...