Lokasi: Kolam Memancing Ikan Sebare, Beranang
Tarikh: 18 April 09
Masa: 9am-2.30pm
Semalam saya bersama anak-anak ASDAF serta sukarelawan dari UIA PJ dan UKM telah ke Beranang untuk aktiviti memancing. Aktiviti memancing ini ditaja sepenuhnya oleh tuan tanah Kolam Memancing Ikan Sebare iaitu Pn Hjh Zakiah dan Encik Azmi. Program bermula jam 11 pagi, selepas sarapan. Aktiviti memancing dimulakan dengan pelajar perempuan dan kemudiannya pelajar-pelajar lelaki. Ayu mendapat tangkapan ikan paling berat iaitu 3.6kg. Terima kasih kepada abang-abang dan kakak-kakak sukarelawan yang telah datang memeriahkan aktiviti memancing ini:)
Gambar lagi di sini.
Muhammad bin Kamarulazizi
Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia






