About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Pengiktirafan dari World Kindness Movement

Kindness Malaysia kini secara rasminya merupakan ahli World Kindness Movement

Misi Bantuan Kemanusiaan Untuk Mangsa Rohingya di Arakan, Myanmar

Bersama pelarian Rohingya di Arakan (Rakhine), Myanmar

Bantuan Perubatan di Hebron, Palestine

Vitamin C untuk anak-anak Palestine di Hebron

Ziarah ke perkampungan orang asli

Bersama sukarelawan ke kampung orang asli di Pos Betau, Pahang.

Misi Gelandangan Feed The Homeless

Misi Gelandangan Feed The Homeless yang dijalankan setiap hari Sabtu 2 minggu sekali di sekitar Kuala Lumpur

Booking.com
Showing posts with label SMK Felda Jelai. Show all posts
Showing posts with label SMK Felda Jelai. Show all posts

Thursday, July 8, 2010

SMK Jelai (F) Anjurkan Tabung Misi Kemanusiaan Gaza

Lokasi: SMK Jelai (F)
Tarikh: 7 Julai 2010

Sempena hari terbuka sekolah, pihak SMK Jelai Felda telah mengadakan kutipan tabung untuk misi kemanusiaan Gaza dimana sumbangan prihatin ini telah disalurkan kepada Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia. Usaha murni ini disokong penuh oleh pengetua sekolah, iaitu cikgu Omar Ahmad yang telah menyampaikan wang sumbangan tersebut kepada eksekutif perhubungan korporat Muslim Aid, puan Zarina dan disaksikan oleh Adun Gemas, YB Datuk Hajah Zainab yang turut serta dalam majlis penyampaian sumbangan tersebut. Dana terkumpul ini adalah hasil sumbangan masyarakat Felda Jelai dan tabung-tabung telah diletakkan di sekitar sekolah termasuk surau serta 4 buah masjid di setiap Felda Jelai 1, 2, 3 dan 4.



Puan Zarina menerangkan aktiviti Muslim Aid kepada guru SMK Jelai Felda

pelajar SMK Jelai Felda mendaftar sebagai sukarelawan

pelajar SMK Jelai Felda menunjukkan minat dalam bidang sukarelawan

Pihak pengetua, cikgu Omar Ahmad menyarankan agar sumbangan untuk tabung misi kemanusiaan Gaza ini diteruskan sehingga ke bulan Ramadhan, insyaAllah.

Muhammad bin Kamarulazizi

Monday, May 24, 2010

Ziarah Dari Pengetua SMK Jelai Felda ke Pejabat Muslim Aid

Tarikh: 24 May 2010

Pejabat Muslim Aid telah menerima kunjungan dari pengetua SMK Jelai Felda, cikgu Omar serta guru kanannya iaitu cikgu Haslin dan cik Fazira. SMK Jelai Felda ini merupakan sekolah angkat kepada Muslim Aid dan pelbagai program telah dapat dijalankan untuk pelajar-pelajar di sekolah tersebut. Gandingan SMK Jelai Felda yang diketuai oleh cikgu Omar Ahmad selaku pengetua dan Muslim Aid ini adalah salah satu program pengantarabangsaan yang dapat memanfaatkan bukan sahaja pelajar-pelajar sekolah, malahan komuniti di Felda Jelai itu sendiri.


pertukaran idea

Muhammad bin Kamarulazizi

Sunday, April 11, 2010

Perangkaan Program Di SMK Jelai Felda menggunakan Comunity Building Process Aproach



Jumaat lepas saya telah ke SMK Jelai Felda yang juga sekolah angkat kepada Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia untuk merangka program Imarah Masjid Melalui ICT (IMMICT)dengan menggunakan pendekatan Community Building Process (CBP) yang telah saya pelajari dalam latihan bersama UNHCR. Program IMMICT ini akan dipantau oleh pihak SMK Jelai Felda yang terdiri daripada sekumpulan pelajar yang mahir dalam blogging dan ICT bersama guru-guru mereka. Sebuah blog atau portal akan dibina oleh pelajar-pelajar ini untuk setiap masjid yang terdapat di Felda Jelai. Sebanyak 4 buah masjid dipilih dan akan dikendalikan sepenuhnya oleh pelajar-pelajar ini. Portal untuk setiap masjid ini akan dilancarkan pada bulan Jun dimana program ini akan disaksikan sendiri oleh YAB Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri kita.

Selain daripada program IMMICT ini, pihak pengetua SMK Jelai Felda, Cikgu Omar Ahmad bersetuju untuk bekerjasama membantu golongan pelarian melalui program pendidikan yang akan dirangka tak lama lagi dengan kerjasama dari pihak UNHCR. Seperti yang diketahui, anak-anak pelarian ini tidak berpeluang untuk mendapat pendidikan formal, namun dengan kerjasama dengan pihak sekolah, peluang guru-guru dari sekolah komuniti pelarian yang majoritinya di KL dan Selangor dapat bertukar pendapat bersama guru-guru di SMK Jelai disamping melaksanakan program exchange student dimana anak-anak pelarian ini akan berpeluang untuk menimba pengalaman belajar di sekolah formal.

bergambar bersama guru dan pelajar SMK Jelai Felda

perbincangan bersama pengetua SMK Jelai Felda, Cikgu Omar Ahmad

sesi perangkaan menggunakan community building process

brainstorm antara salah satu process CBP


Muhammad bin Kamarulazizi

Monday, November 9, 2009

Kursus Asas Blog di SMK Jelai (F)


Pada 6hb hingga 8 hb November 2009 telah diadakan Kursus Asas Blog di SMK Jelai (F). Peserta melibatkan pelajar-pelajar SMK Jelai (F) dari tingkatan 2 hingga ke tingkatan 5. Hasil idea pengetua En Omar Ahmad ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada anak-anak Felda tentang dunia ICT disamping dapat berkongsi maklumat dan idea dengan seluruh masyarakat bukan sahaja di Malaysia, malahan di seluruh dunia. Pihak Muslim Aid juga banyak menggunakan kaedah blogging untuk mempromosikan dan menghebahkan aktiviti-aktiviti kebajikan dan kemanusiaan kepada orang ramai. Team AdvertBlogger telah diamanahkan untuk menjalankan kursus tersebut. Hasilnya, hampir 40 orang pelajar telah berjaya membina blog masing-masing. Untuk melihat blog mereka, boleh layari http://kabsmkjelai.blogspot.com/


peserta pemenang blog terbaik


bersama peserta

pelajar-pelajar SMK Jelai (F)

memberi tunjuk ajar

Muhammad bin Kamarulazizi
Team AdvertBlogger

Thursday, October 29, 2009

Muslim Aid bersama Pelajar SMK Jelai (F)

Hari ini Muslim Aid telah ke SMK Jelai (F) untuk memperkenalkan semangat kesukarelawan di kalangan anak-anak Felda. Pihak sekolah telah mengadakan Hari Graduasi dan telah dihadiri oleh pelbagai NGO dan agensi di seluruh Malaysia. Lebih dari 50 pelajar SMK Jelai (F) telah mendaftarkan diri sebagai sukarelawan Muslim Aid. Kesediaan mereka untuk bergiat dalam sukarelawan ini seharusnya menjadi contoh kepada golongan remaja zaman sekarang.

Amir memperkenalkan Muslim Aid kepada pelajar-pelajar

sukarelawan nombor dua telah sertai Muslim Aid dari SMK Jelai (F)


pelajar menunggu giliran untuk mengisi borang

ahli kadet bomba juga turut serta

Muhammad bin Kamarulazizi

Monday, June 1, 2009

Program Kesedaran Remaja Felda


Lokasi: SMK Jelai Felda di Gemas Negeri Sembilan
Tarikh: 29-31 May 2009
Penganjur: Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid), Yayasan Muslimin, Perimu, Penawar Warisan Selangor dan Kuala Lumpur, dan Riders Malaya Community

Alhamdulillah, selesai Program Kesedaran Remaja Felda di SMK Jelai Felda di Gemas Negeri Sembilan. Program kali ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari kalangan pelajar SMK Jelai Felda. Pada awalnya, kami diberitahu hanya 80 orang pelajar sahaja yang akan terlibat, tetapi atas permintaan yang menggalakkan, jumlah pelajar telah melebihi 100 orang telah terlibat dengan program kesedaran ini.


latihan dalam kumpulan

fasilitator dari Riders Malaya (RMC)

Program ini merupakan salah satu 'community building' yang telah mendapat sokongan penuh dari Muslim Aid, Yayasan Muslimin yang aktif dengan masalah gejala sosial dikalangan remaja, Riders Malaya Community (RMC) yang merupakan komuniti forum internet yang mengumpulkan peminat-peminat motorsikal dari seluruh Malaysia, Perimu yang bergiat aktif dengan seni dan Penawar Warisan. Program kali ini lebih menumpukan kepada gejala mat rempit yang semakin menular dikalangan remaja dan belia masa kini. Ahli-ahli RMC telah menjadi fasilitator dan contoh kepada para peserta. Mereka berkongsi pengalaman mereka bersama peserta, dan sentiasa menegaskan kegiatan merempit tidak membawa sebarang faedah. Kebanyakan ahli RMC mempunyai kerjaya profesional seperti jurutera, arkitek, peguam dan akauntan telah berperanan membantu para peserta untuk mengenal pasti kebolehan dalam diri masing-masing.

sesi bergambar bersama peserta

pelajar SMK Felda Jelai

aktiviti malam kesenian

Program sebegini diharapkan dapat dikembangkan ke sekolah-sekolah lain agar dapat memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar tentang jati diri dan perancangan hala tuju hidup. Kami dari Muslim Aid mengucapkan terima kasih kepada pengetua SMK Jelai Felda, Tn Hj Omar Ahmad kerana telah memberi peluang kepada Muslim Aid serta komuniti forum RMC dan NGO-NGO lain untuk bersama-bersama berkongsi pengelaman dan pengetahuan dengan anak-anak Felda Jelai.

p/s lebih banyak gambar di sini

Muhammad bin Kamarulazizi
Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia
Riders Malaya Community

Wednesday, February 18, 2009

Sumbangan perigi dari SMK Felda Jelai, Gemas


Lokasi: SMK Felda Jelai, Gemas
Tarikh: 17 Feb 09
Masa: 2.30pm

Alhamdulillah semalam saya bersama staf baru Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (YKMAM), Hafiz berkesempatan ke SMK Felda Jelai untuk berkongsi tentang peranan YKMAM di Malaysia dan luar negara. Hampir 70 orang guru telah turut serta dalam taklimat dari kami, YKMAM. Pihak sekolah telah menyumbang sebuah perigi untuk masyarakat fakir miskin di Bangladesh hasil sumbangan dari pelajar-pelajar dan guru-guru. Pihak kami di YKMAM mengucapkan tahniah dan syabas atas usaha murni SMK Felda Jelai dalam misi kemanusiaan ini.

Muhammad bin Kamarulazizi
Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...