About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Pengiktirafan dari World Kindness Movement

Kindness Malaysia kini secara rasminya merupakan ahli World Kindness Movement

Misi Bantuan Kemanusiaan Untuk Mangsa Rohingya di Arakan, Myanmar

Bersama pelarian Rohingya di Arakan (Rakhine), Myanmar

Bantuan Perubatan di Hebron, Palestine

Vitamin C untuk anak-anak Palestine di Hebron

Ziarah ke perkampungan orang asli

Bersama sukarelawan ke kampung orang asli di Pos Betau, Pahang.

Misi Gelandangan Feed The Homeless

Misi Gelandangan Feed The Homeless yang dijalankan setiap hari Sabtu 2 minggu sekali di sekitar Kuala Lumpur

Booking.com
Showing posts with label Projek Make Over. Show all posts
Showing posts with label Projek Make Over. Show all posts

Sunday, October 25, 2015

Sambungan MakeOver Pakcik Jamil Oleh Kindness Malaysia


Kami di Kindness Malaysia kembali mencari Pakcik Jamil untuk follow up tentang penyakit kulitnya. Pada mulanya kami cuba mencari Pakcik Jamil di tempat tidurnya, tetapi Pakcik Jamil tidak kelihatan. Kami berjalan sekitar Plaza GM dan kemudian bertemu dengannya sedang beratur di tepi 7 Eleven untuk mendapatkan makanan percuma. Kami bertanyakan khabar Pakcik Jamil dan beliau agak gembira apabila dapat berjumpa dengan kami. Kami tanya adakah Pakcik Jamil masih lapar, katanya beliau masih lapar. Kami pun bawakan Pakcik Jamil ke sebuah restoran masakan melayu dan Pakcik Jamil berkata beliau teringin makan sup daging. Kami pun terus order sup daging dan makan malam bersama Pakcik Jamil.


tempat tidur Pakcik Jamil sudah ada orang lain yang tidur di situ

Rupanya Pakcik Jamil sedang makan ditepi jalan

Doktor yang memeriksa penyakit kulit Pakcik Jamil
 Kali ini salah seorang sukarelawan yang juga doktor pakar kulit dari Wangsa Maju turut serta sekali untuk melihat sendiri penyakit kulit yang dihadapi oleh Pakcik Jamil. Menurut doktor tersebut, penyakit kulit dipercayai adalah jenis psoriasis. Ia bukanlah penyakit kulit yang kronik dan dapat diubati sekiranya Pakcik Jamil dapat menjaga kebersihan diri dengan betul.


krim pelembab

ubat makan yang berharga RM20 sebiji
Kami terus ke farmasi berhadapan dengan restoran tersebut dan membeli satu pil makan dan satu lagi ubat sapu. Pil ini dimakan seminggu sekali. Terkejut juga melihat pil ini yang harganya RM20 sebiji. Mujur beli sebiji sahaja. Minggu depan kita atur lain. Krim pelembab dan juga ubat makan diberikan kepada Pakcik Jamil.

Selesai makan ubat, kami tunjukkan Pakcik Jamil cara menggunakan krim pelembab. Kami pesan Pakcik Jamil untuk menggunakannya selepas mandi. Tapi seperti yang disebutkan tadi, dimana tempat yang sesuai untuk Pakcik Jamil mandi? Sebelum pulang ke tempat tidur Pakcik Jamil, sempat juga beli sehelai lagi baju kemeja dan juga sepasang seluar. 

Pakcik Jamil makan ubat

Pakcik Jamil memilih kemeja baru
Pertemuan kali kedua ini jelas sekali menunjukkan Pakcik Jamil rindukan anak-anaknya. Setiap kali jumpa dengan anak kecil, sudah pasti Pakcik Jamil akan mengusik mereka.

bergambar bersama Pakcik Jamil

Cabaran sekarang ialah untuk memastikan Pakcik Jamil dapat mandi sekurang-kurangnya sehari sekali bagi menjaga kebersihan dirinya. InsyaAllah minggu hadapan kita akan rancang plan seterusnya untuk Pakcik Jamil. Terima kasih kepada anda yang telah menaja ubat dan pakaian untuk pertemuan kali kedua dengan Pakcik Jamil.

Muhammad bin Kamarulazizi
Pengasas
Kindness Malaysia
www.facebook.com/kindness.my

Wednesday, October 21, 2015

Homeless Complete Makeover by Kindness Malaysia



All praise and thanks to Allah for making "Makeover Project with Pakcik Jamil" a tremendous success ('Pakcik' is a direct translation of uncle, used by young people as a generic title for males who are middle-aged or older, especially those who are not well acquainted to denote respect).

He is one of the homeless individuals who sleeps on the street of Chow Kit. It all started when our volunteers took Pakcik Jamil to buy some clothes and footwear. They then treated him to lunch, had his hair cut, and bought him some medicines and toiletries. 

Pak Jamil trying his new shoes

Pak Jamil enjoying his meal

with Kindness Malaysia volunteer

Pakcik Jamil has been living in Chow Kit for years. Although he has a wife and a child, they somehow abandoned him. Besides having unattended skin disorders, Pakcik Jamil also has hearing problems and speech disorders, which make many regard him as a mentally-challenged person.

What astounded us during the trip was despite having the privilege of deciding which places he wanted to go, Pakcik Jamil went for small outlets to choose his clothes. He also selected a small eatery stall at the side of the road. Even when we wanted to buy him five pieces of clothing, Pakcik Jamil said one would be enough. Before we sent him back, we took him sightseeing around Kuala Lumpur. Pakcik Jamil was so excited as he has never been in a car for 15 years. 

new hair cut


photo with Pak Jamil

When we were about to leave, we could tell that Pakcik Jamil looked sad, though he tried to hide it with a smile. If Allah wills, we plan to get him a job so he can have a better life.

Kindness Malaysia would like to express our gratitude to all of our sponsors and volunteers for making this makeover project ran smoothly.

Muhammad bin Kamarulazizi
Founder
Kindness Malaysia
www.facebook.com/kindness.my

Friday, October 16, 2015

Projek Make Over Gelandangan (Homeless Make Over)


Lokasi : Lorong Haji Taib, Chow Kit, Kuala Lumpur
Masa : 1:30 petang – 8:30 malam
Tarikh : 14 Oktober 2015 (Rabu)

Kalau ditanya kepada kami di Kindness Malaysia, kenapa memilih projek ini? Jawapan yang saya ada sebab sudah lama teringin nak buat. Serius.. Kami sering berbincang dan berangan tentang topik ini. Inspirasi dari sukarelawan negara luar yang berjaya menukarkan seorang gelandangan yang nampak kusut dan selekeh menjadi bersih dan kemas. Tambahan pula,  niat kami ingin memberi layanan penuh kasih sayang sekadar termampu kami. Sekurangnya dapat salurkan sedikit kegembiraan pada gelandangan yang terpilih.  Oleh sebab itu, sempena menyambut Hari Maal Hijrah semalam, saya dan kawan-kawan sukarelawan memberanikan diri menjalankan Misi Make Over Gelandangan dengan dibantu oleh kenalan kami, adik Atikah, yang memang tinggal dan membesar di Chow Kit. 

Setiba di Chow Kit, tanpa mahu membuang masa kami mulakan pencarian dengan berjalan kaki. Agak sukar sebenarnya kerana di waktu siang jarang kita dapat merapati gelandangan ni. Tambahan pula hujan mulai lebat kami mempercepatkan langkah menyelusuri lorong-lorong chow kit. Kami ada bertemu beberapa prospek yang melepasi namun kami teruskan perjalanan. Pada pendapat kami ketika itu, kena kenal pasti betul-betul supaya tidak menyinggung perasaaan sesiapa.  Cara nak menegur pun kena sesuai untuk mengelakkan sesuatu yang tidak diingini berlaku. Sehinggalah kami masuk ke Lorong Haji Taib. Kawasan rumah kedai, lalu antara celahan orang ramai yang mula berniaga namun pembeli belum memenuhi jalan. Di situ lah kami bertemu seorang pak cik yang lena tidur beralaskan simen di kaki lima sebuah kedai mainan. Hati kami terusik melihat dia yang terbaring di situ dalam keadaan tidak terurus, di hujung kaki ada tin dan botol plastik. Nak kejutkan dari tidur mestilah kami tidak sanggup. 

Hujan mulai berhenti dan kami masih di situ. Merancang siapa yang pergi merapati pak cik itu bila dia membuka mata sebentar lagi. Macam-macam yang kami fikirkan, adakah dia akan marah? Kalau dia menolak.. kami perlu teruskan misi dengan mencari orang lain. Sempat atau tidak .. hari pun semakin petang. Peluang muncul sebaik sahaja pak cik itu bangun, tiga orang daripada kami menghampiri dengan penuh hati-hati. Sukar juga nak meyakinkan dia yang hari ini akan menukarkan penampilan dia dari hujung rambut hingga hujung kaki. Ya, pak cik itu, ada masalah pendengaran dan pertuturan. Kebanyakan komunikasi kami bergantung pada bahasa isyarat tubuh, angguk, geleng dan ibu jari tegak kalau okay. Lama dia diam. Kami pujuk akan bawa dia makan lepas belikan baju, baru dia senyum gembira dan jalan perlahan mengikuti kami. Langkah pak cik agak pendek dan kadang kala terhincut membuat rasa simpati kami bertambah.

Misi 1; Baju. Berdasarkan baju melayu yang dipakai ketika itu, saya tahu dia suka warna terang. Patutlah semua baju yang kawan-kawan tunjuk, dia geleng. Saya hulurkan sehelai berwarna hampir dengan yang dipakai lalu dia senyum. Kemudian, kami pilih lagi beberapa helai, dia geleng. Dia tunjuk isyarat ‘satu’ sahaja. Bayangkan, dia boleh pilih 5 helai tapi dia menolak. Kami faham, masalah storage. Mana pak cik nak simpan kalau ada banyak pakaian? Tapi pak cik pun tidak tamak. Cukup lah sehelai sahaja. Kami akur tak nak paksa.

seronok pilih seluar

Misi 2; Seluar. Sekarang pak cik sudah selesa dengan kami. Lalu kami pilih seluar bersama. Ketika ini agak kelakar sebab dia nak seluar yang size lebih kecil dari pinggang. Abang yang jual seluar dah terangkan tapi dia tetap inginkan seluar yang dipegang. Lalu kami memilih keduanya. Satu size 35 satu lagi size 38. Kami mula ketawa kecil sesama sendiri. Keseronokan melayan seorang lelaki seusia bapa kami membeli belah mula muncul dalam diri masing-masing. Rasa macam satu keluarga melayani karenah seorang ayah.

mencabar juga nak cari kasut
Misi 3; Kasut. Agak mencabar. Banyak kedai kami masuk tapi pak cik geleng-gelengkan kepala. Hingga kedai terakhir, dia berhenti dan memilih. Wow memang cantik dan sesuai kasut pilihan pak cik. Kebetulan ada size yang sesuai. Terus terang di tangan kami ketika itu budget tidak lah banyak tapi Alhamdulillah cukup untuk belikan kasut kegemaran pak cik menggantikan selipar yang koyak di kakinya itu. 
dah selesai mandi
Misi 4; Mandi. Kami berpecah, ada yang bawa pak cik ke tandas awam yang berhampiran, ada yang belikan tuala dan ada yang belikan barang mandian seperti shampoo dan sabun. Sementara tunggu pak cik mandi, kami menunggu di luar untuk membincangkan misi selepas ini. Makan atau gunting rambut? Lama juga pak cik membersihkan dirinya. Air keluar membasahi lantai hingga ke luar. Ketika ini sayu mula menerpa kami tapi kami tetap menunggu tanpa berkata apa-apa. Agak lama dia tak merasai nikmat mandi, kan?

Ketika pak cik keluar kami bersorak gembira melihat pakcik segar dan ceria. Wangi dan berpakaian baru. Tapi dia tunjuk yang seluar dipakai agak ketat. Saya tersenyum dan kawan kami, Zainee hulurkan sehelai seluar lagi. Nasib baik beli kami dua. Selepas itu kami tanya, samada pak cik nak makan atau gunting rambut dulu? Dia jawab pantas namun perlahan. Kami tafsirkan, jawapan dia ‘nak makan’. Kami semua faham, mesti penat dari tadi memilih pakaian dan berjalan agak jauh.

jamu selera pula
Misi 5; Makan. Pak cik jalan terus ke hadapan, lebih kurang 200 meter menuju ke pasar chow kit. Kami ikut dengan penuh tanda tanya. Tak sangka, pak cik membawa kami ke sebuah warung yang tersorok. Mungkin sudah lama dia nampak warung itu, dan teringin mencuba makanan di situ. Pemilihan makanan juga sederhana, nasi dan sedikit lauk. Air hanyalah teh o ais. Cukup berselera pak cik makan. Kami hanya order minuman. Seorang dua gelas. Penat, haus tapi sangat gembira. Kami duduk berbual dan bergurau dengan pak cik. Temankan dia makan, orderkan lagi segelas air untuk dia. Rehat sekejap sebelum menyambung misi seterusnya. Modal makan dan minum kami semua? Hanya RM24.

gunting kasi kemas anney!

Pakcik Jamil yang sudah handsome

Misi 6; Gunting rambut dan cukur janggut. Menarik juga kedai pilihan pak cik tak jauh dari warung tempat kami berhenti tadi. Barber shop kecil antara deretan kedai menjual jamu. Hanya muat dua pelanggan dalam satu masa. Satu kerusi untuk pak cik dan satu kerusi lagi untuk Ali, volunteer kami yang paling kecil.

Sementara menunggu dengan ‘suspen’ yelah rambut pak cik akan dikemaskan dan janggut pak cik akan dibuang mestilah agak berdebar juga kami nak tengok hasilnya, kan? Kami mulai memetik gitar di situ, dan Atikah turut menyanyi untuk hiburkan kami.  Agak sedih sebenarnya, kerana projek kami hampir ke penghujung. 

Okay pak cik sudah siap! Handsome pak cik , betul! Dia ketawa besar bila saya mengusik. Tapi hati kami agak sayu kerana melihat kulit kepala dan badan pak cik menggelupas dengan lebih jelas. 

pilih ubat
Misi 6; Beli ubat yang sesuai untuk pak cik. Ubat krim, gel mandian untuk penyakit kulit. (mungkin kerana kebersihan tidak terjaga dan selalu tidur di kaki lima buat pak cik mengidap penyakit ini). Kesiannya pak cik.. harapan kami agar pak cik cepat sembuh. Percayalah sepanjang 5 jam kami bersama pak cik, sedikit pun dia tidak meminta-minta jauh sekali ‘komplen’ tentang apa-apa. Dia hanya ikut saja perancangan kami. Namun kami sedar dia sebagai lelaki yang sudah berusia, mesti tidak berdaya untuk jalan sepantas kami yang masih bertenaga. 

Misi 7; Pusing dengan kereta. Oleh kerana pak cik sudah penat, kami jemput pak cik dengan kereta. Dia yang keletihan duduk di kerusi belakang namun mata masih bercahaya. Teruja mungkin? Pak cik cakap, dia sudah lama tidak naik kereta. Dia memerhati luar tingkap dan tangan erat memegang beg plastik. Kami pusing-pusing kawasan sekitar dengan kereta. Ketika hendak turun, dia agak ragu-ragu untuk membuka pintu. Selepas itu dia tunduk agak lama. Tidak tahu apa yang difikirkan. Sedih untuk berpisah dengan kami,kah? 

selesai aktiviti
keadaan sebelum kami jumpa Pakcik Jamil

Misi 8; Perpisahan. Kembali ke tempat mula-mula kami bertemu, Encik Muhammad memberikan sebuah beg sandang mengandungi sedikit bekalan makanan dan barang keperluan asas. Pak cik ketawa gembira lagi sambil membelek barang-barang. Kami tukarkan seluar pak cik yang salah size tadi dan bersedia untuk mengucapkan selamat tinggal. Seorang demi seorang menyalami pak cik. Encik Muhammad, Ali, Nazri, Zainee, Atikah, Hafeez, diikuti saya dan Fariza. Perasaan bercampur baur, sarat dengan emosi. Kami perlu pulang kerana hari sudah lewat dan pak cik perlu berehat selepas menempuh hari yang panjang bersama kami. Kami sangat berharap agar pak cik tabah meneruskan hidup dan sentiasa dalam perlindunganNya. InsyaAllah kita akan bertemu lagi… Minta maaf kalau ada kekurangan dari pihak kami.

bergambar bersama Pakcik Jamil
Jika ditanya sekali lagi, kenapa kami memilih Projek Make Over gelandangan ini, jawapannya pasti kerana kami seronok menyebarkan kebaikan dan bertemu insan sebaik pak cik. Banyak sungguh yang kami pelajari harini. Terima kasih Pak cik Jamil. Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam projek mini kali ini. Terima kasih Atikah yang banyak bantu kami sepanjang program ini dan, kawan kawan sukarelawan semua, kita dah buat yang terbaik untuk menjadikan hari ini kenangan termanis untuk kita semua, kan? 

No Act of Kindness, No Matter How Small, is Ever Wasted. ~ Aesop

Erinratna Kamal
Setiausaha Kehormat
Kindness Malaysia
16 Oktober 2015

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...