About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Pengiktirafan dari World Kindness Movement

Kindness Malaysia kini secara rasminya merupakan ahli World Kindness Movement

Misi Bantuan Kemanusiaan Untuk Mangsa Rohingya di Arakan, Myanmar

Bersama pelarian Rohingya di Arakan (Rakhine), Myanmar

Bantuan Perubatan di Hebron, Palestine

Vitamin C untuk anak-anak Palestine di Hebron

Ziarah ke perkampungan orang asli

Bersama sukarelawan ke kampung orang asli di Pos Betau, Pahang.

Misi Gelandangan Feed The Homeless

Misi Gelandangan Feed The Homeless yang dijalankan setiap hari Sabtu 2 minggu sekali di sekitar Kuala Lumpur

Booking.com
Showing posts with label Piala Kindness. Show all posts
Showing posts with label Piala Kindness. Show all posts

Monday, November 13, 2017

Kejohanan Futsal Pre-Kindness Cup 2017

Banner sempena Kejohanan Futsal Pre-Kindness Cup 2017

Tanggal 12 November 2017 bersamaan hari Ahad, KSL Centremart Setapak, Kuala Lumpur sekali lagi menjadi titik pertemuan ratusan anak-anak asnaf, yatim, miskin dan pelarian muslim di dalam satu acara yang dinamakan Kejohanan Futsal Pre-Kindness Cup 2017.

Futsal Pre-Kindness Cup adalah sebagai persediaan kepada Kejohanan Terbesar Futsal Kindness Cup yang bakal diadakan pada April 2018.  Pertembungan sukan futsal di antara anak-anak ini adalah sebagai pemanas badan kepada kejohanan sebenar yang menjadi jenama terhangat futsal anjuran Kindness Malaysia setiap 2 tahun sekali.  

Sebanyak 8 pasukan bagi kategori lelaki dan 5 pasukan bagi kategori perempuan yang menyertai pertandingan futsal ini iaitu Madrasah Hashimiah, Rumah Kasih Harmoni (RKH), Asrama Darul Falah (ASDAF), Pertubuhan Kebajikan Ehsan Ash Shakur,  Chow kit Youth, Soljabiru, pasukan penaja Telekom Malaysia dan Kindness Malaysia.

Pasukan Rumah Kasih Harmoni dan Kindness Malaysia


Futsal  bermula jam 9 pagi dan berakhir sekitar jam 4 petang. Ia melibatkan 300 orang anak-anak dari rumah kebajikan dan hampir 40 orang sukarelawan dari Kindness Malaysia dan juga Soljabiru (Kelab Penyokong Chelsea), selain pasukan penaja, Telekom Malaysia. 

Kejohanan dimulakan dengan bacaan  doa oleh Imam Muda Najdi (UNIC) seterusnya sesi taklimat dan senaman ringan oleh pengadil perlawanan dari Soljabiru. Semua pasukan berkumpul dan bersiap sedia untuk memulakan perlawanan. Di kawasan yang kami namakan “Food Island” juga tersedia hidangan pelbagai juadah seperti bihun goreng, kuih-muih, aiskrim, makanan ringan, buah rambutan, pelbagai jenis minuman dan set makanan tengahari. Juadah ini diberi secara percuma kepada semua.

Bacaan doa oleh saudara Najdi UNIC


Di sudut yang lain pula, kelibat pasukan fisio setia bersiap sedia untuk merawat peserta yang mengalami kecederaan. Tidak ketinggalan, kejohanan ini diserikan dengan dj hebat dengan lagu-lagu yang diselang-seli demi membakar semangat semua peserta.

Senaman ringkas sebagai pemanas badan sebelum futsal bermula


Kejohanan berlangsung dengan lancar dari peringkat kumpulan, semi final sehingga ke peringkat akhir. Sorakan penuh padu dari pasukan masing-masing ternyata memeriahkan kejohanan ini seakan-akan mereka berada di kejohanan futsal sebenar.  

Pasukan perempuan sedia untuk beraksi


Pada jam 1.00 tengahari, kejohanan berehat seketika bagi memberi laluan kepada solat zohor dan makan tengahari. Dapatlah semua peserta dan semua yang terlibat menghilangkan penat dan lelah. Kejohanan peringkat separuh akhir dan akhir bersambung pada jam 1.30 tengahari.    

Pelbagai juadah disediakan


Keputusan penuh Kejohanan Futsal Pre-Kindness Cup 2017:-

Kategori Lelaki:
1. Rumah Kasih Harmoni
2. Kindness Malaysia
3. ASDAF
4. Madrasah Hashimiah
5. Soljabiru
6. Telekom Malaysia
7. Pertubuhan Kebajikan Ehsan Ash Shakur
8. Chowkit Youth

Kategori Perempuan:
1. ASDAF
2. Telekom Malaysia
3. Soljabiru ft Kindness Malaysia
4. Rumah Kasih Harmoni
5. Pertubuhan Kebajikan Ehsan Ash Shakur


JUARA kategori lelaki: Rumah Kasih Harmoni

JUARA kategori Perempuan : ASDAF


Hadiah disampaikan oleh Pengasas Chelsea Soljabiru saudara Wahyudi diiringi 
Pengerusi Kindness Malaysia

Menang atau kalah, itulah adat pertandingan. Tahniah dan syabas kepada yang berjaya, yang gagal diharap tidak kecewa kerana ini adalah sebagai persediaan untuk ke kejohanan sebenar pada April 2018. Kegembiraan, keceriaan, semangat berpasukan dan kerjasama daripada semua anak-anak ini adalah  lebih penting. Persaingan secara sihat dapat dilihat dengan aktiviti seperti ini selain anak-anak ini dapat menambah kawan dan bergaul sesama mereka.

Sukarelawan Kindness Malaysia yang terlibat


Kejohanan tamat sekitar jam 4 petang dan semua peserta dan sukarelawan pulang dengan perasaan puas dan gembira. Sukarelawan Kindness Malaysia bersama-sama membersihkan sekitar kawasan court futsal sebelum meninggalkan lokasi kejohanan.

Pasukan Telekom Malaysia sebagai penaja

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada  Telekom Malaysia atas tajaan penuh untuk kejohanan kali ini. Tidak lupa kepada Kelab Penyokong Chelsea iaitu Soljabiru atas kerjasama untuk menjayakan kejohanan ini. Terima kasih juga kepada semua sukarelawan Kindness Malaysia serta semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dari mula sehingga berakhirnya kejohanan ini.

Medal sebagai hadiah utama


Semoga fenomena Futsal Piala Kindness ini akan terus melekat di hati semua dan dapat menyuntik semangat anak-anak ini agar sentiasa aktif dalam sukan futsal. Sukan futsal ini adalah salah satu pencetus kebaikan dan kegembiraan kepada anak-anak ini selain dapat mencungkil bakat terpendam mereka.


Banting tanda kerjasama penuh daripada Kelab Chelsea Soljabiru

Perlawanan ini bakal menjadi titik permulaan untuk mula merancang Pertandingan Futsal Piala Kindness 2018. Seperti biasa Soljabiru akan  menaja lokasi pertandingan dan urusan permainan semasa hari pertandingan. Tajaan lain seperti hadiah, jersi pasukan, makanan, pengangkutan untuk rumah anak yatim serta hal-hal logistik juga diperlukan. Tajaan seperti photobooth, jurukamera, juru video, pa system, banting dan banner promosi juga diperlukan kelak.

Kindness Malaysia juga mengalu-alukan penaja utama bagi pertandingan futsal yang berlangsung setiap dua tahun ini. Pertandingan yang bakal menyaksikan penyertaan lebih 30 buah rumah kebajikan dan pelarian di seluruh negara ini menjadi acara yang sentiasa dinantikan oleh anak-anak yatim, asnaf  dan miskin juga tidak ketinggalan anak-anak pelarian Rohingya, Myanmar Muslim, Somalia dan Afghanistan.

Kali terakhir Futsal Piala Kindness dipertandingkan ialah pada tahun 2016 . Genap dua tahun, pertandingan akan berlangsung sekali lagi dan harapan kali ini agar lebih banyak pasukan rumah anak yatim dan juga komuniti pelarian dapat turut serta. Kumpulan sukarelawan mahupun NGO juga boleh turut serta sekali dan pada yang berminat untuk menjalin kerjasama atau menjadi penaja, boleh hubungi support@kindness.my (email).

Road to Futsal Kindness Cup 2018!!

Iman Nur Alia
Projek Koordinator
Kindness Malaysia


Friday, March 18, 2016

Persediaan Terakhir Menjelang Futsal Piala Kindness 2016


Kurang dua minggu sahaja lagi menjelang Futsal Piala Kindness 2016 anjuran Kindness Malaysia. Kejohanan futsal amal ini bakal melibatkan 36 pasukan futsal rumah-rumah kebajikan serta komuniti pelarian dari Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Kedah dan Pulau Pinang. Butiran program seperti berikut:

Futsal Piala Kindness 2016
Tarikh: 3 April 2016
Masa: 8am-6pm
Lokasi: Futsal KSL, Setapak, Kuala Lumpur

Rakan-rakan penaja bagi tahun ini lebih meriah dengan beberapa nama besar dalam industri masing-masing menawarkan diri untuk menjadi sebahagian daripada Futsal Piala Kindness 2016. VIP bagi tahun ini dianggarkan lebih 500 orang anak-anak yatim dan komuniti pelarian Myanmar, Rohingya, Syria, Afghanistan, Palestin dan Somalia bakal hadir serta 150 orang sukarelawan gabungan Kindness Malaysia, Chelsea Soljabiru, Gooners Community Malaysia dan disokong oleh rakan NGO seperti Preloved4Charity, Kelas Kaseh, Humanity Heroes, Projek Ihsan dan Sadaka by Aims-V. 

Penaja-penaja utama adalah seperti berikut:

Kenderaan Rasmi: Haval (Go Auto)
Minuman Rasmi: Pocari Sweat
Laundry Rasmi: Laundry On The Go
Photobooth Rasmi: Amitie

Kereta Haval M4 yang menjadi kenderaan rasmi Futsal Piala Kindness 2016
air isotonik Pocari Sweat sebagai minuman rasmi Futsal Piala Kindness 2016

Laundry On The Go penaja rasmi cucian pakaian mudah untuk orang ramai
MRT Corp menaja goodie bags untuk semua peserta yang hadir


Syarikat-syarikat korporat yang turut sama menjayakan Futsal Piala Kindness 2016 seperti MRT Corp, Komuniti MYEG (MYEG Services Berhad), Plus Malaysia, 1M4U, Sports Direct, Lucozade, Cola Kedah, Lembah Temir, KVerts, Alpace Engineering Berhad, Delourva, Forwin Intergrated Solutions, Laras, Kyser, Bateqila, Legion of Bricks Keeper, Legodt dan juga penaja individu.

setiap minggu latihan diberikan oleh pengurus pasukan masing-masing


Ranking bagi setiap pasukan adalah berdasarkan Futsal Piala Kindness 2014 serta perlawanan persahabatan yang pernah dilakukan. Senarai rumah-rumah kebajikan mengikut ranking bagi tahun 2016:

Pasukan Lelaki

1. Ijabah FC (Yayasan Ijabah) - Johan Piala Kindness 2014
2. Siddhartan FC (Rumah Perlindungan Siddhartan, Petaling Jaya) - Naib Johan Piala Kindness 2014
3. Somali FC (Somali Community Center, Gombak) - Naib Johan Piala Muslim Aid 2012
4. RKH FC (Rumah Kasih Harmoni, Paya Jaras) - Tempat ketiga Piala Kindness 2014

5.ASDAF FC (Asrama Darul Falah)
6. Pekeas FC (Rumah Kebajikan Asshakur, Rawang)
7. Hashimiah FC (Madrasah Hashimiah, Selayang)

8.Chow Kit FC (Yayasan Chow Kit)

9. MRA FC (Rohingya Community School, Cheras Baru)
10. Baitul Ehsan FC (Madrasah Tahfiz Baitul Ehsan, Batu Caves)
11. Attaqwa FC (Rumah Anak Yatim At-Taqwa, Puchong)
12. Arrayan FC (Rumah  Anak Yatim Arrayan, Seremban)

13. Sg Pinang FC (Madrasah Rohingya Sg Pinang, Klang)
14. Nur Iman FC (Rumah Anak Yatim Nur Iman, Rompin)
15. Meru FC (Madrasah Rohingya Meru)
16. Baitul Kasih (Rumah Anak Yatim Baitul Kasih)

17. MSRI FC (Malaysian Social Research Institute, Ampang)
18.Peace Building FC (Sekolah Rohingya, Pulau Pinang)
19. Asnaf FC (Rumah Asnaf Al Barakh)
20. Baitul Rahmah FC (Sekolah Rohingya Sungai Petani)

21. Kelas Kaseh (PPRT)
22. Nur Insan FC (Rumah Perlindungan Teratak Nur Insan)
23. Radiant FC (Projek Ihsan)

Pasukan Perempuan

1. Chow Kit FC - Johan Piala Kindness 2014
2. ASDAF FC - Naib Johan Piala Kindness 2014
3. Pekeas FC
4. RKH FC

5. MSRI FC
6. Baitul Kasih FC
7. Baitul Nurrawdhah FC (Baitu Nurrawdhah, Puchong)
8. MRA FC

9. Nur Insan FC
10. Nur Qaseh FC (Rumah Nur Qaseh)
11. Nur Raudhah FC (Rumah Kebajikan Nur Raudhah)
12. PKTM FC (Persatuan Kebajikan Taman Melati)
13. ASDAF B FC

Hadiah bagi tahun ini ditingkatkan dan johan bagi kategori lelaki dan perempuan ialah RM2000, naib johan pula akan membawa pulang RM1500 dan tempat ketiga RM1000. Pemain terbaik pula akan dapat hadiah wang tunai RM300. Beberapa media juga telah setuju untuk memberi liputan seperti Astro Oasis. Dijangka semasa hari kejadian kelak, lebih banyak media serta blogger akan turut serta untuk liputan yang lebih meluas.

konsep makanan free flow akan disediakan untuk anak-anak yatim serta sukarelawan

Tajaan dari segi kewangan dan juga makanan amat dialu-alukan. Untuk sebarang pertanyaan berkenaan dengan penajaan, boleh hubungi Adam Ahmad di adam@kindness.my. Sukarelawan yang berminat untuk turut serta boleh turut serta di sini.

Muhammad bin Kamarulazizi
Pengasas
Kindness Malaysia
www.facebook.com/kindness.my

Thursday, March 13, 2014

Persediaan Futsal Piala Kindness 2014

Pasukan Oranje dari Rumah At-Taqwa

Tinggal kurang dari sebulan sahaja lagi untuk Futsal Piala Kindness yang akan melibatkan pasukan futsal dari rumah-rumah anak yatim Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan. Pertandingan yang akan berlangsung di Centermart Futsal Center, Setapak ini merupakan kesinambungan pertandingan futsal antara rumah kebajikan yang diadakan setiap tahun sejak 2008. Pihak Kindness mengambil inisiatif kali ini untuk menganjurkan pertandingan futsal ini yang sentiasa dinanti-nantikan oleh anak-anak yatim dan miskin dari rumah-rumah kebajikan.

Pasukan dari ASDAF FC yang juga johan tahun 2008


Pasukan perempuan dari ASDAF FC, yang juga johan bertahan

Johan bagi pertandingan kali ini ditingkatkan ke RM2000 untuk kedua-dua kategori lelaki dan perempuan berbanding dengan tahun sebelumnya, iaitu RM1000. Penyertaan futsal ini adalah percuma dan bertujuan untuk memberi pendedahan serta memupuk warga rumah anak yatim untuk menjalani kehidupan yang sihat. Pertandingan Futsal Piala Kindness ini mensasarkan penglibatan hampir 500 orang anak yatim dan miskin dan juga 100 orang sukarelawan yang akan bersama bagi memastikan aktiviti ini berjalan dengan lancar.

Pasukan dari Madrasah Hashimiah dengan penaja mereka

Penganjur masih mengalu-alukan tajaan daripada syarikat mahupun orang ramai terutama sekali untuk hadiah bagi pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga serta pemain terbaik. Pada yang berminat untuk menaja, boleh email pihak pengurusan Futsal Piala Kindness di support@kindness.my atau hubungi saya sendiri di 0183800961. Setiap penajaan akan diberi ruang untuk penampilan logo syarikat di backdrop, banner dan juga buntings. Buat mereka yang berminat untuk menjadi sukarelawan, boleh turut serta di group sukarelawan Kindness di sini.

#KindnessCup

Muhammad bin Kamarulazizi
Pengarah
Futsal Piala Kindness
www.facbook.com/kindness.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...