About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Pengiktirafan dari World Kindness Movement

Kindness Malaysia kini secara rasminya merupakan ahli World Kindness Movement

Misi Bantuan Kemanusiaan Untuk Mangsa Rohingya di Arakan, Myanmar

Bersama pelarian Rohingya di Arakan (Rakhine), Myanmar

Bantuan Perubatan di Hebron, Palestine

Vitamin C untuk anak-anak Palestine di Hebron

Ziarah ke perkampungan orang asli

Bersama sukarelawan ke kampung orang asli di Pos Betau, Pahang.

Misi Gelandangan Feed The Homeless

Misi Gelandangan Feed The Homeless yang dijalankan setiap hari Sabtu 2 minggu sekali di sekitar Kuala Lumpur

Booking.com
Showing posts with label Myanmar Muslim Selayang. Show all posts
Showing posts with label Myanmar Muslim Selayang. Show all posts

Wednesday, December 21, 2016

Kutu Akhirat - inisiatif membantu Madrasah Hashimiah

Pada awal November 2016, satu mesyuarat telah diadakan di Madrasah Hashimiah berikutan masalah kekurangan dana yang melanda Madrasah Hashimiah. Cetusan idea sukarelawan Kindness Malaysia semasa perbincangan di dalam mesyuarat tersebut, maka KUTU AKHIRAT ini diwujudkan.

Ilham Kutu Akhirat ini timbul apabila melihat masyarakat terutama orang Melayu gemar bermain kutu, sama ada berbentuk wang tunai, emas, barangan, hiasan rumah dan pelbagai bentuk kutu yang lain. Ingin mencari kelainan tetapi tetap menggunakan konsep yang sama, maka Kutu Akhirat ini dilaksanakan dengan motif membantu menampung kekurangan dana di Madrasah Hashimiah.

Kutu Akhirat yang telah dibukukan

Umum mengetahui, Madrasah Hashimiah mengalami susut kewangan yang amat teruk kesan dari kegawatan ekonomi dan ia turut dirasai oleh pusat-pusat tahfiz Al-Quran dan Rumah-rumah Anak Yatim yang lain. Pernah pada suatu masa, anak-anak Madrasah Hashimiah hanya mampu berlaukkan telur atau kentang sahaja sebagai juadah harian mereka.


Anak-anak Madrasah Hahimiah

Madrasah Hashimiah merupakan pusat tahfiz Al-Quran yang menempatkan anak-anak pelarian yatim Rohingya dan Myanmar Muslim. Lokasi Madrasah Hashimiah ialah di deretan kedai 3 tingkat Pasar Borong Selayang, Batu Caves, Kuala Lumpur. Seramai 171 murid yang mengaji di madrasah ini, di mana sebahagiannya menjadikan madrasah ini sebagai asrama mereka memandangkan mereka anak-anak yang kematian ibu atau ayah dan selebihnya tinggal bersama keluarga yang daif di sekitar pasar borong tersebut.


Suasana pembelajaran di madrasah 

Pengasas Kindness Malaysia yang juga merupakan Pengerusi Madrasah Hashimiah bertanggungjawab untuk membantu perjalanan dan operasi seharian madrasah ini. Maka, pada 22 November 2016, secara rasminya Kutu Akhirat ini dimulakan. Pulangan kutu ini tidaklah dalam bentuk tunai mahupun barangan tetapi pulangannya dalam bentuk saham di akhirat nanti, inshaAllah. 

Kutu dibahagikan kepada dua kategori iaitu RM10 dan RM20. Penderma boleh memilih sama ada ingin menyertai kutu RM10 atau RM20 atau kedua-duanya sekali. Kutipan kutu yang berkonsepkan derma ini dibuat pada 10 haribulan setiap bulan. Kutu ini akan dikumpulkan oleh dua orang sukarelawan Kindness Malaysia atau lebih dikenali dengan panggilan ibu dan bapa kutu yang dilantik oleh pihak Kindness Malaysia sendiri. Group whatsapp juga telah dibuka untuk setiap kumpulan dan dihadkan kepada 20 orang setiap kumpulan.

Senarai nama penderma Kutu Akhirat

Jumlah terkumpul Kutu Akhirat ini akan disalurkan kepada Madrasah Hashimiah bagi membeli barang keperluan harian mereka dan bagi menampung kos operasi madrasah. Sekurang-kurangnya, beban mereka dapat diringankan dan pasti rezeki mereka setiap bulan tidak putus. Itulah matlamat kami, memastikan dana sentiasa masuk ke Madrasah Hashimiah.

Alhamdulillah..setelah sebulan dilancarkan dan dilaksanakan, Kutu Akhirat ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada semua orang terutama ahli Kindness Malaysia  sendiri dan orang perseorangan. Perlaksanaannya nampak amat baik sekali. 

Sama-sama kita doakan semoga perjalanan Kutu Akhirat ini terus konsisten pada setiap bulan agar kita dapat terus membantu Madrasah Hashimiah. Walaupun ia nampak kecil, tetapi impaknya amat besar kepada anak-anak ini yang amat memerlukan bantuan kita semua. Siapa tahu, berkat bantuan dari kita semua, anak-anak ini akan dapat belajar dengan lebih selesa dan dapat menjalani rutin harian seperti kita semua.

Apa yang lebih penting adalah keikhlasan kita semasa menderma, walaupun cuma RM1. Peluang untuk sama-sama menjana saham akhirat ini, masih lagi kami buka. Sila whatsapp no. hp tertera untuk menyertai Kutu Akhirat: 013-2900 246 (Iman) atau 013-2840 838 (Shahrizal).



Nombor akaun Madrasah Hashimiah

Untuk info lanjut mengenai Madrasah Hashimiah boleh layari laman blog  http://hashimiah.blogspot.my/
Untuk sumbangan kewangan terus kepada Madrasah Hashimiah, boleh dibuat melalui akaun CIMB BANK, nombor akaun : 8600202864 (Madrasah Hashimiah).
No tel pejabat/whatsapp/sms: 018-288 2754. Email: mhashimiah@gmail.com
Alamat: No. 111-3, Kompleks Pasar Borong, Jalan 2/3A, KM12 Jalan Ipoh, Pusat Bandar Utara Selayang, 68100 Batu Caves, Kuala Lumpur.

Terima kasih para penderma dan semua yang budiman yang telahpun menyertai Kutu Akhirat. Terima kasih juga kepada rakan-rakan Kindness Malaysia dan pihak Madrasah Hashimiah yang banyak membantu dan menyokong penuh perjalanan Kutu Akhirat ini. Barakallah.


Iman Nur Alia
Projek Koordinator Kutu Akhirat
Kindness Malaysia


Friday, March 16, 2012

Penyerahan Jersi Futsal Untuk Pasukan Hashimiah FC

Pengerusi Hashimiah FC, Ustaz Hashim, penyerang utama Hashimiah FC dan penaja Puan Ayu

Kurang dari tiga minggu sahaja lagi sebelum pertandingan Futsal Amal Piala Muslim Aid yang bakal berlangsung di Pusat Sukan UiTM Shah Alam pada 7 April 2012. Beberapa orang sukarelawan Muslim Aid telah berjaya mendapatkan tajaan jersi untuk enam buah rumah anak yatim dan miskin serta pelarian. Alhamdulillah, Madrasah Hashimiah dengan pasukan futsal mereka Hashimiah FC telah mendapat tajaan jersi dari Sellers Union iaitu sebuah gabungan blogshop di Facebook.
Hashimiah FC bersama jersi tajaan Sellers Union

Kepada yang berminat untuk menaja bagi pertandingan futsal ini, boleh hubungi team fundraising Futsal Amal di 017-4831696 (Fatin), 019-3363919 (Mohibah) atau pejabat Muslim Aid di 03-22881996.

Muhammad bin Kamarulazizi

Monday, December 6, 2010

Rakaman Ayat Suci al-Quran oleh Adik Anuar dari Madrasah Hashimiah

Lokasi: Madrasah Hashimiah, Selayang
Tarikh: 4 Disember 2010
Program: Rakaman Ayat Suci Al-Quran oleh adik Anuar

Selepas selesai hari pertama kursus pengendalian krisis dan traumatik, saya bersama 3 orang sukarelawan terus ke Madrasah Hashimiah untuk berjumpa dengan Ustaz Hashim dan adik Anuar. Pertemuan kali ini bertujuan untuk membincangkan kemungkinan untuk menghasilkan CD album bacaan ayat-ayat suci al-Quran oleh adik Anuar.

Seperti yang diketahui, adik Anuar ini merupakan johan Qari bagi Majlis Musabaqah Rumah Anak Yatim seluruh Kuala Lumpur dan Selangor. Dengan kelebihan yang sedia ada, salah seorang sukarelawan Muslim Aid iaiti cik Juniza dari Politeknik Sirajuddin Perlis mencadangkan agar bacaan al-Quran oleh adik Anuar dirakamkan dan mungkin boleh dimanfaatkan oleh orang ramai serta menjadi salah satu pendapatan untuk Madrasah Hashimiah.

bacaan ayat al-Quran oleh adik Anuar ditelitikan oleh ustaz Hashim

bacaan ayat al-Quran oleh adik Anuar

Peringkat awal ini, bacaan ayat-ayat lazim al-Quran diperdengarkan dan dirakamkan oleh cik Juniza. Cik Juniza yang mempunyai kepakaran dalam bidang 'creative multimedia' akan mengusahakan untuk menghasilkan CD al-Quran. InsyaAllah peringkat selanjutnya akan diadakan dengan rakaman di dalam studio sehingga ke pembikinan CD al-quran tersebut.

Pada yang ingin membantu dari segi tenaga kerja atau ingin melabur untuk saham akhirat, boleh hubungi saya di pejabat Muslim Aid di 03-22881996.

Muhammad bin Kamarulazizi

Monday, October 4, 2010

Kelas Komputer Bermula DI ASDAF dan Madrasah Hashimiah


Alhamdulillah, kelas komputer sudah bermula di ASDAF minggu ini dan akan bermula juga di Madrasah Hashimiah pada minggu hadapan. ASDAF yang menempatkan anak-anak yatim dan miskin orang asli telah mendapat sumbangan 15 buah komputer baru dari sebuah bank tempatan manakala Madrasah Hashimiah pula mendapat sumbangan beberapa buah komputer terpakai hasil pemberian orang ramai.

sukarelawan Muslim Aid di ASDAF

Ikhwan Nazri bersama anak yatim pelarian di Madrasah Hashimiah


setiap CPU diperiksa dahulu untuk sebelum digunakan

Kelas komputer di ASDAF berjalan setiap hari dimana anak-anak ASDAF belajar secara asas penggunaan Microsoft Word dan pengenalan asas komputer. Kelas dapat dimulakan terus dengan sokongan guru dari sukarelawan Muslim Aid. Di Madarasah Hashimiah pula, komputer-komputer terpakai perlu dikenal pasti dahulu yang masih boleh dipakai. Hampir 15 buah komputer terpakai yang ada di Madrasah tetapi hanya 6 buah sahaja yang sesuai digunakan. Salah seorang sukarelawan Muslim Aid iaitu saudara Ikhwan Nazri menyatakan hasrat untuk mengajar komputer di Madrasah Hashimiah setiap Isnin jam 10 pagi hingga 12 tengahari.

Madrasah Hashimiah masih memerlukan sukarelawan yang dapat mengajar asas komputer dan Microsoft Word. Hari yang masih kosong ialah Selasa hingga Jumaat jam 10 pagi hingga 12 pagi. Pada sukarelawan yang berminat untuk mengajar atau ingin menyumbang komputer/laptop, boleh hubungi saya terus di pejabat Muslim Aid di 03-22881996.

Muhammad bin Kamarulazizi

Friday, September 24, 2010

Sumbangan Buku dari British Council Untuk Madrasah Hashimiah


Semalam saya bersama sukarelawan Muslim Aid, Yusuf Glanfield ke Madrasah Hashimiah untuk menghantar buku yang telah disumbangkan oleh pelajar-pelajar British Council. Ziarah ini merupakan yang pertama sejak raya Aidilfitri dan kelas sudah bermula seperti biasa di Madrasah Hashimiah.

Kehadiran kami disambut ustaz Hashim yang pada ketika itu sedang membantu seorang warga pelarian tentang masalah keluarganya. Ustaz Hashim yang merupakan pengetua Madrasah Hashimiah juga merupakan antara individu Myanmar Muslim yang dihormati di Selayang.

Sementara menunggu ustaz Hashim, saya ternampak seorang pelajar baru di Madrasah yang mempunyai kecacatan pada kakinya. Kecacatan pada kakinya ini adalah sejak dia dilahirkan. Menurut ustaz Hashim, pelajar tersebut mempunyai ibu bapa, tetapi bapanya sudah hilang dan tidak dapat dikesan dan kini hanya ibunya sahaja yang menyara pelajar tersebut. Segala makan dan minum ditanggung oleh pihak Madrasah.

sumbangan buku cerita untuk anak-anak pelarian di Madrasah Hashimiah


Yusuf bersama adik Azim yang kecacatan pada kakinya

Ustaz Hashim menyatakan hasratnya sekira ada dermawan yang mampu menaja guru yang mengajar di Madrasah. Kini guru sepenuh masa hanya tinggal 5 orang, dan beberapa orang guru lain sudah meninggalkan Madrasah. Ustaz Hashim memperuntukkan antara RM500 ke RM700 untuk seorang guru di Madrasah Hashimiah. Kini guru-guru di Madrasah Hashimiah hanya akan mendapat bayaran sekiranya Ustaz Hashim dapat meraih dana yang mencukupi pada setiap bulan selain daripada perbelanjaan makanan untuk anak-anak yatim yang menetap di Madrasah Hashimiah dan juga pelajar-pelajar dari keluarga fakir miskin.

Kepada para dermawan yang ingin menaja guru di Madrasah Hashimiah, antara RM500 hingga RM700 sebulan, boleh hubungi saya di pejabat Muslim Aid di 03-22881996. Pihak Madrasah Hashimiah juga memerlukan sukarelawan yang berminat untuk mengajar pengetahuan asas tentang komputer dan Microsoft Word. Tentang masa dan hari boleh dibincangkan. Dan sekiranya ada sukarelawan yang berminat, boleh hubungi saya dinombor seperti di atas.


Muhammad bin Kamarulazizi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...