About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Pengiktirafan dari World Kindness Movement

Kindness Malaysia kini secara rasminya merupakan ahli World Kindness Movement

Misi Bantuan Kemanusiaan Untuk Mangsa Rohingya di Arakan, Myanmar

Bersama pelarian Rohingya di Arakan (Rakhine), Myanmar

Bantuan Perubatan di Hebron, Palestine

Vitamin C untuk anak-anak Palestine di Hebron

Ziarah ke perkampungan orang asli

Bersama sukarelawan ke kampung orang asli di Pos Betau, Pahang.

Misi Gelandangan Feed The Homeless

Misi Gelandangan Feed The Homeless yang dijalankan setiap hari Sabtu 2 minggu sekali di sekitar Kuala Lumpur

Booking.com
Showing posts with label Kemaman. Show all posts
Showing posts with label Kemaman. Show all posts

Tuesday, August 16, 2011

Fast 2 Feed 2011 di Taman Islam, Kemaman



Lokasi: Taman Islam, Kemaman, Terengganu
Tarikh: 13 Ogos 2011
Program: Fast 2 Feed anjuran Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia
Diraikan: Anak-anak yatim dan fakir miskin (300 orang)

Program Fast 2 Feed (F2F) anjuran Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid) telah ke Pantai Timur Tanah Air baru-baru ini. Program F2F kali ini telah diterajui oleh skuad sukarelawan Muslim Aid Kemaman yang diketuai oleh saudara Ghani yang merupakan antara pasukan sukarelawan yang aktif terutama di sebelah Pantai Timur.

yang telah diraikan

para dermawan bersama yang diraikan

iftar

pengarah Muslim Aid bersama skuad sukarelawan Muslim Aid Kemaman

Program F2F di Kemaman ini telah meraikan 300 orang fakir dan miskin di sekitar Kemaman dan daerah yang berdekatan. Keunikan F2F di Kemaman ini ialah dimana semua tetamu yang hadir termasuk para dermawan dan yang diraikan bersama-sama bersila di atas lantai untuk berbuka puasa bersama.

Pihak Muslim Aid mengucapakan jutaan terima kasih kepada para dermawan yang telah menaja mereka untuk berbuka puasa serta pasukan sukarelawan terutama sekali skuad sukarelawan Muslim Aid Kemaman yang telah bekerja keras bagi menjayakan program Fast 2 Feed di Kemaman sendiri.

Muhammad bin Kamarulazizi

Sunday, January 30, 2011

Pelancaran Skuad Sukarelawan Muslim Aid Malaysia di Kemaman


Tarikh: 29 Januari 2011
Lokasi: SMK Sultan Ismail, Kemaman
, Terengganu

Semalam saya bersama rakan sepejabat Muslim Aid, Amir telah ke Kemaman untuk menghadiri Majlis Pelancaran Skuad Sukarelawan Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia cawangan Kemaman. Program telah bermula jam 2 petang dengan ceramah ringkas berkenaan dengan bantuan asas dan trauma oleh en Khairuddin dari St Johns Kemaman. dan perasmian pelancaran skuad sukarelawan Muslim Aid cawangan Kemaman pada jam 3.30 petang. Skuad sukarelawan Muslim Aid cawangan Kemaman ini diterajui oleh salah seorang sukarelawan Muslim Aid yang aktif yang juga merupakan seorang guru di SMK Sultan Ismail yakni, cikgu Ghani. Dengan ahli melebihi 50 orang ini, pelbagai aktiviti sosial dan kebajikan bakal dirancang di Terengganu, khususnya di Kemaman antaranya larian amal, program berkhatan dan program bersama warga tua.

Skuad sukarelawan yang dipimpin oleh cikgu Ghani ini merupakan antara beberapa kumpulan sukarelawan Muslim Aid yang terdapat di seluruh Malaysia. InsyaAllah ibu pejabat Muslim Aid di Kuala Lumpur akan membantu skuad sukarelawan di Kemaman bagi menjalankan aktiviti-aktiviti di sana.

Muhammad bin Kamarulazizi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...