About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Pengiktirafan dari World Kindness Movement

Kindness Malaysia kini secara rasminya merupakan ahli World Kindness Movement

Misi Bantuan Kemanusiaan Untuk Mangsa Rohingya di Arakan, Myanmar

Bersama pelarian Rohingya di Arakan (Rakhine), Myanmar

Bantuan Perubatan di Hebron, Palestine

Vitamin C untuk anak-anak Palestine di Hebron

Ziarah ke perkampungan orang asli

Bersama sukarelawan ke kampung orang asli di Pos Betau, Pahang.

Misi Gelandangan Feed The Homeless

Misi Gelandangan Feed The Homeless yang dijalankan setiap hari Sabtu 2 minggu sekali di sekitar Kuala Lumpur

Booking.com
Showing posts with label Kak Norehan. Show all posts
Showing posts with label Kak Norehan. Show all posts

Thursday, August 4, 2011

Berbuka Puasa Bersama Keluarga Kak Norehan


Alhamdulillah, baru-baru ini saya bersama rakan-rakan dapat berbuka puasa di rumah Kak Norehan di Gombak. Sehingga kini, sudah masuk tahun ke enam kami mengenali keluarga Kak Norehan dimana mulanya kelas tusyen bersama anak-anaknya. Kini anak-anak Kak Norehan sudah di tingkatan empat di sebuah sekolah teknik, dan ada juga yang telah mendapat tawaran untuk tinggal di sekolah asrama di Klang.

berbuka bersama-sama

Kak Norehan kini gigih untuk memulakan perniagaan makanan secara sampingan seperti donut dan tapai. Kepada yang ingin menempah donut ataupun tapai, boleh hubungi saya terus di pejabat Muslim Aid di 03-22881996 (Muhammad)

Selari dengan bulan Ramadhan ini, ramai yang telah menyumbang untuk program Fast 2 Feed dimana orang ramai berpeluang untuk menaja anak-anak yatim, keluarga miskin, warga pelarian dan ibu tunggal. Walaupun server Muslim Aid kini mempunyai sedikit masalah dimana staf Muslim Aid masih tidak dapat mengekses email atau laman web, namun promosi Fast 2 Feed tetap diteruskan di laman Facebook Muslim Aid dan Fast 2 Feed juga di blog Fast 2 Feed. Bagi orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan dengan program Fast 2 Feed atau program Ramadhan yang lain, boleh hubungi saya di matasura@yahoo.com

Semoga kita semua mendapat keberkatan dariNya.

Muhammad bin Kamarulazizi

Wednesday, August 25, 2010

Iftar Bersama Keluarga Kak Norehan


Lokasi: Batu 9 1/2 Gombak
Tarikh: 24 Ogos 2010

Alhamdulillah semalam saya bersama rakan-rakan seperjuangan Muslim Aid telah berbuka puasa di rumah Kak Norehan. Kak Norehan merupakan antara keluarga yang sebelum ini pernah mendapat bantuan dalam bentuk pendidikan. Selepas hampir 5 tahun bersama dengan keluarga Kak Norehan, anak sulungnya Amylia kini akan menduduki peperiksaan PMR dan anak ketiganya pula, Anuar akan menduduki peperiksaan UPSR. Anak ke empat Kak Norehan, iaitu adik Fasihah masih di asrama Perepat di Klang dan merupakan antara pelajar terbaik di asrama kelolaan Pusat Zakat Selangor.


Amylia anak sulung yang menjadi harapan keluarga

bersama keluarga Kak Norehan

menikmati juadah berbuka puasa

Mubin dan Hadi yang merupakan guru yang mengajar anak-anak Kak Norehan

InsyaAllah program pendidikan akan tetap diteruskan untuk keluarga Kak Norehan dan pada pembaca blog yang ingin menyumbang untuk program pendidikan Kak Norehan, boleh hubungi saya di pejabat Muslim Aid di 03-22881996.

Serba sedikit tentang keluarga Kak Norehan

Ahli keluarga: 7 org
Suami: Lumpuh sebelah kanan badan.
Anak2: 5 org, 4 perempuan dan seorang lelaki.
(tingkatan 3 dan 2 darjah 6, 4, dan 2.)
Pendapatan keluarga: Kak Norehan bekerja sebagai pembantu gerai makan, income dianggar dlm rm500-rm600.
Bantuan zakat: YA.
Lokasi: Batu 9, Gombak

Muhammad bin Kamarulazizi

Wednesday, July 28, 2010

Keluarga Kak Norehan Terima Sumbangan Daging Q4L


Hari ini saya berkesempatan untuk melawat keluarga Kak Norehan di Gombak. Tahun ini adalah kali pertama saya mempunyai masa untuk ziarah mereka dan kali terakhir adalah pada hujung tahun lepas. Apabila mengikuti perkembangan keluarga kak Norehan ini, kesemuanya dalam keadaan baik, dan anak sulungnya Amylia akan menghadapi peperiksaan PMR dan anak ketiga mereka Anuar akan menduduki UPSR. Anak keempat, Fasihah yang berada di asrama pula mula belajar untuk adapt di asrama tersebut.

Menjelang Ramadhan ini, insyaAllah saya akan merancang untuk berbuka puasa dengan keluarga Kak Norehan. Pada yang ingin menyumbang kepada keluarga tersebut, boleh hubungi saya terus di 012-3377195. Butiran tentang keluarga Kak Norehan di sini.

Muhammad bin Kamarulazizi

Monday, December 28, 2009

Fasihah Dapat Tawaran Ke Asrama Perepat


Hari Sabtu lepas saya bersama keluarga Kak Norehan ke Asrama Baitul Hasanah atau lebih dikenali sebagai Asrama Perepat di Klang, Selangor. Asramat Perepat ini dibawah Lembaga Zakat Selangor yang menempatkan anak-anak asnaf yang terpilih dari segi pencapaian akademik. Asrama Perepat ini boleh menempatkan hampir 300 pelajar dan sesi 2010 ini adalah pengambilan yang pertama.

Matlamat utama asrama ini adalah untuk memberi peluang kepada anak-anak ASNAF untuk menggunakan kemudahan asrama yang lengkap serta sistem yang teratur bagi menghasilkan pelajar yang cemerlang.

Asrama Baitul Hasanah

Pelukan terakhir sebelum meninggalkan Kak Norehan dan Abg Zul

di dalam asrama

bersama Fasihah dengan kalendar 2010 Muslim Aid


Saya turut rasa bangga apabila Fasihah yang juga salah seorang anak murid saya sejak saya di UIA juga terpilih untuk ke Asrama Perepat ini. Semoga Fasihah berjaya dalam pelajarannya, insyaAllah.

Butiran keluarga Kak Norehan di sini

Muhammad bin Kamarulazizi

Wednesday, September 2, 2009

Berbuka Puasa bersama Keluarga Kak Norehan


Alhamdulillah, semalam saya bersama Mubin dan Hadi berpeluang berbuka puasa bersama Kak Norehan sekeluarga. Saya bersama Mubin telah beli juadah berbuka di Bazar Ramadhan Bandar Baru Sentul dan Hadi telah bawa buah tembikai untuk berbuka. Kami belikan ayam golek, roti john dan murtabak. Roti john merupakan juadah kegemaran 5 adik beradik ini. Menurut Abg Zul, raya tahun ini seperti tahun-tahun lepas, dimana mereka akan beraya di rumah. Pada raya pertama, anak-anak Abg Zul dan Kak Norehan akan beraya di rumah jiran di Batu 8 1/2 Gombak.

juadah berbuka puasa

anak-anak Kak Norehan dan Abg Zul

saat gembira berbuka puasa

Muhammad bin Kamarulazizi

Friday, August 21, 2009

Kak Norehan ditemuramah


Semalam saya bersama Kak Kusyi dan suaminya Abg Zul dan Mubin telah melawat keluarga Kak Norehan di Batu 8 1/2 Gombak. Kali ini Kak Kusyi yang juga penulis novel kanak-kanak ingin mengorek pengalaman Kak Norehan ketika Abg Zul (suami Kak Norehan) mengidap strok kira-kira sepuluh tahun dahulu. Pengalaman yang penuh dengan dugaan dan cabaran ini dikongsi bersama kerana Kak Kusyi akan mengeluarkan sebuah artikel tentang ketabahan Kak Norehan menjadi ketua keluarga dalam majalah Jelita keluaran akan datang. Abg Zul yang ketika dulu mengalami strok separuh badan membuatkan Kak Norehan terpaksa mengambil alih tanggungjawab keluarga. Mereka telah dikurniakan lima orang anak dan kini semuanya sedang bersekolah.

Kak Norehan sekeluarga bersama Kak Kusyi, Abg Zul dan Mubin

Pembaca blog boleh mendapatkan kisah tentang keluarga Kak Norehan di majalah Jelita akan datang! Semoga pengamalan Kak Norehan ini dapat memberi semangat baru kepada golongan ibu-ibu tunggal serta ibu yang terpaksa menjadi ketua keluarga.

Muhammad bin Kamarulazizi

Tuesday, July 14, 2009

Ziarah ke Rumah Kak Norehan


Ahad lepas saya telah berpeluang pergi melawat keluarga Kak Norehan dan Abg Zul. Saya mendapat tahu Fasihah (darjah 3) dan Ain (darjah 1) telah mendapat straight A untuk peperiksaan pertengahan tahun. Bersyukur sekali dengan keputusan tersebut. Anak-anak Kak Norehan ini pernah saya ajar tusyen bersama rakan-rakan ketika belajar di UIA dahulu. Kali ini, abg Zul telah meminta saya susunkan jadual belajar untuk anak-anaknya sebagai persediaan peperiksaan akhir tahun.

jadual belajar Fasihah

semua jadual ditampal ke dinding

InsyaAllah menjelang bulan puasa ini, saya merancang untuk membuat program berbuka puasa di rumah Kak Norehan. Pada yang ingin membayar fidyah atau menyumbang, boleh hubungi saya terus di 012-3377195.

Butiran Kak Norehan di sini.

Muhammad bin Kamarulazizi

Sunday, April 12, 2009

Dari ASDAF ke Gombak...



Lokasi: Batu 9 1/2, Gombak
Tarikh: 12 April 09
Masa: 8.30pm

Selepas selesai program wacana dari pagi hingga ke petang di ASDAF, saya bersama isteri sempat membeli barang keperluan di Carrefour Wangsa Maju, dan terus ziarah keluarga Kak Norehan di Gombak. Hampir empat bulan saya tidak berkesempatan untuk melawat keluarga En Zul dan Kak Norehan. Saya sempat menghadiahkan 3 buah buku hasil tulisan penulis terkenal iaitu Kusyi Hirdan kepada Fasihah yang kini darjah 3 dan bercita-cita untuk menjadi doktor. Buku tersebut ditandatangani sendiri oleh Kusyi Hirdan . Anak pasangan En Zul dan Kak Norehan ini merupakan pelajar-pelajar saya semasa saya bersama kawan-kawan membuat home tuition secara percuma di rumahnya ketika saya masih di UIA 3 tahun yang lalu.

Fasihah bersama buku hasil tulisan Kusyi Hirdan

Hadi bersama En Zul dan Kak Norehan

Muhammad bin Kamarulazizi
Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia

Monday, December 29, 2008

Ziarah ke Rumah En Zulkifli


Tarikh: 29 Desember 2008
Masa: 5.30pm
Lokasi: Rumah En Zulkifli, Batu 9 1/2, Gombak

Alhamdulillah hari ini saya bersama isteri dan rakan-rakan lama dari UIA, Mubin dan Hadi berkesempatan untuk melawat keluarga En Zul di Gombak. Keluarga En Zul ini merupakan keluarga yang telah saya dan rakan-rakan pilih untuk mengadakan free tuition semasa belajar di UIA dahulu. Kami bersyukur apabila mendapat tahu anak En Zul, Fasihah (nak masuk darjah 3) telah mendapat straight A untuk peperiksaan akhir tahunnya. Minggu depan akan bakal mula sesi persekolahan, semoga anak-anak En Zul dapat belajar bersungguh-sungguh agar dapat mengubah nasib keluarga di masa hadapan, insyaAllah.

Butiran tentang keluarga Encik Zul
Ahli keluarga: 7 orang
En Zul: Lumpuh separuh badan
Isteri: Kak Norehan (Bekerja sebagai pembantu kedai makan)
Anak 5 orang
Amylia (14 tahun)
Shahira (13 tahun)
Anuar (11 tahun)
Fasihah (9 tahun)
Ain (7 tahun)

Pada yang ingin menyumbang, bolehlah menyumbang dalam bentuk pendidikan seperti buku-buku. Fasihah amat gemar membaca buku, dan tahun lepas sahaja, beliau mendapat anugerah kerana membaca buku paling banyak. Kakak dan abangnya pula di tahap sederhana, dan insyaAllah dengan sumbangan kepada mereka, tahap pendidikan mereka dapat meningkat ke peringkat yang lebih baik. Untuk keterangan lanjut, boleh hubungi saya di pejabat Muslim Aid Asia di 03-2288 1996.

bersama Ain, Fasihah dan Hadi

Xango, jus manggis yang dipromosikan oleh Mubin

Mubin bersama En Zul

Muhammad bin Kamarulazizi
Muslim Aid Asia

Tuesday, September 16, 2008

Berbuka Puasa bersama Keluarga Kak Norehan

masuknya waktu berbuka puasa

Alhamdulillah hari ini saya berpeluang untuk berbuka puasa bersama keluarga Kak Norehan. Sudah hampir beberapa bulan saya tidak sempat untuk menjenguk keluarga ini. Kini Kak Norehan giat menjual kuih-muih di Bazar Ramadhan di hadapan Sekolah Teknik Gombak. Kuih yang menjadi trademark Kak Norehan ialah donut dan tapai.

Sebelum ini saya pernah rasa donut yang dibuat oleh Kak Norehan, sememangnya lembut dan sedap! Tapai juga mendapat sambutan menggalakkan di Bazar Ramadhan. Menurut Kak Norehan, beliau merancang untuk mempromosikan lagi tapai kepada pasaran yang lebih besar seperti di pejabat-pejabat dan sebagainya.

InsyaAllah, selepas raya ini, Muslim Aid Asia akan membantu untuk pelan promosi tapai dan juga kuih-kuih lain buatan Kak Norehan. Semoga dengan perniagaan begini dapat menaikkan taraf hidup Kak Norehan sekeluarga. Selepas ini pada yang berminat untuk order tapai atau donut untuk majlis-majlis atau untuk dinikmati sekeluarga, boleh menghubungi Kak Norehan:)

Ain dan Ainie

Anak-anak yang gembira

p/s Info mengenai Kak Norehan sekeluarga di sini.

-Muhammad bin Kamarulazizi-
Muslim Aid Asia

Monday, March 10, 2008

Aktviti bersama Famili Kak Norehan

Sehari selepas pilihanraya umum ke 12, saya mengambil kesempatan masa terluang untuk bawak keluarga kak Norehan keluar jalan2. Walaupun kehangatan pru12 masih terasa, ini tidak menghalang saya untuk ke rumah Kak Norehan pada pagi ahad jam 10.30 untuk mengajar tusyen untuk anak2 nya.

Selepas Amylia, Shahira, Anwar, Fasihah dan Ain (anak2 Kak Norehan) penat belajar, kami makan tengahari dulu dan solat Zohor. Dalam 2.30, kami gerak ke Bandar Baru Sentul, nak ziarah rumah saya. Sejak 3 bulan saya pindah di sini, kali ini baru berpeluang nak bawak famili Kak Norehan ke rumah saya.

Jam 3.30 kami bertolak ke Flamengo, untuk main bowling. Ini kali ke 2 main bowling bersama famili Kak Norehan. Sebelum nih, main di Sunway Pyramid.

Syahira, kali ke 2, dia main bowling.

Hebat gak amylia (anak sulung) main bowling, dua kali dapat strike!

Amylia, anak sulung tingkatan satu


Kak Norehan pun turut main bowling sekali. Terharu saya tgk, peluang seperti ini tidak selalu dapat dirasa oleh mereka.
Kak Norehan sekeluarga

Jam 5.30, kami pun bercadang untuk pulang. si Anwar dan Fasihah asyik sebut nak pergi makan pulak. Aiseh, duit dalam poket xcukup nak belanja 7 org anak beranak nih.Rasa kesian pada famili nih pun ada, tapi poket nih pun xbanyak duit.huhu...Dengan tekadnya, terus singgah ke Petronas Taman Melati, cucuk duit kat situ. Maklum la bulan ni dapat bonus ckit dari Muslim Aid Asia.
Anwar dgn satenya, Ain suka plak makan timun

Bersama abg Zul (suami Kak Norehan)

Jam 6.30 saya pun hantar famili Kak Norehan pulang. InsyaAllah minggu depan, sambung tusyen seperti biasa, hari ahad pagi jam 10am.

Berikut adalah detail famili Kak Norehan

Ahli keluarga: 7 org
Suami: Lumpuh sebelah kanan badan.
Anak2: 5 org, 4 perempuan dan seorang lelaki.
(tingkatan 1, darjah 6, 4, 2 dan seorang lagi tadika.)
Pendapatan keluarga: Kak Norehan bekerja sebagai pembantu gerai makan, income dianggar dlm rm500-rm600.
Bantuan zakat: YA.
Lokasi: Batu 9, Gombak

Pada yg mengenali famili2 susah sekitar kawasan anda, boleh hubungi saya. Pada yang ingin buat aktiviti bersama untuk famili susah, juga boleh hubungi saya. Saya alu2kan cadangan dan sokongan anda semua!

-Muhammad-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...