About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Pengiktirafan dari World Kindness Movement

Kindness Malaysia kini secara rasminya merupakan ahli World Kindness Movement

Misi Bantuan Kemanusiaan Untuk Mangsa Rohingya di Arakan, Myanmar

Bersama pelarian Rohingya di Arakan (Rakhine), Myanmar

Bantuan Perubatan di Hebron, Palestine

Vitamin C untuk anak-anak Palestine di Hebron

Ziarah ke perkampungan orang asli

Bersama sukarelawan ke kampung orang asli di Pos Betau, Pahang.

Misi Gelandangan Feed The Homeless

Misi Gelandangan Feed The Homeless yang dijalankan setiap hari Sabtu 2 minggu sekali di sekitar Kuala Lumpur

Booking.com
Showing posts with label Halim. Show all posts
Showing posts with label Halim. Show all posts

Monday, September 1, 2014

Ziarah Seorang Sahabat dan Kejutan Untuknya



Abdul Halim Mohd Zuki, seorang sahabat yang saya kenali sejak pengajian di UIA. Kami graduate bersama pada tahun 2007 dan pada hujung tahun 2008, saya mendapat tahu yang Halim mengidap penyakit kanser. Sejak itu, ada masa saya akan berhubung dengan Halim, bersms dengannya atau mesej melalui Facebook. Halim antara sahabat saya yang secara konsisten membantu dan memberi sokongan kepada kerja-kerja sosial saya sejak 2008.

Terima kasih Ayie sebab sponsorkan Alphard.
Tahun ini, batch kami bercadang untuk melawat Halim sekali lagi di rumahnya di Kodiang, Kedah. Misi kali ini ialah untuk gembirakan Halim serta keluarganya. Perbincangan dilakukan sepenuhnya melalui Whattsapp group dan semua bersetuju untuk buat surprise bbq dan kompilasi video ucapan dari semua sahabat-sahabat yang mengenalinya di UIA. Tarikh ziarah ditetapkan pada 31 Ogos 2014, cuti hari Merdeka.

bbq mengejut di rumah Halim

Bersama-sama Halim #PrayForHalim
Saya ditugaskan untuk menyiapkan video kompilasi. Pada permulaannya, tidak sampai lima orang yang menghantar video ucapan. Tarikh ziarah hanya tinggal 3 hari sahaja lagi dan Piko, selaku ketua misi telah menghubungi rakan-rakan lain untuk hantarkan video ucapan 10 saat yang akan dituju khas untuk Halim. Alhamdulillah, lebih 50 ucapan video berjaya dikumpulkan dan proses menyunting video tersebut dilakukan sehari sebelum ziarah Halim.

Setibanya kami di rumah Halim, kami disambut oleh ibu Halim. Seperti lawatan sebelum ini, saya sangat kagum dengan ibu Halim yang sentiasa ceria walaupun Halim dalam keadaan sakit kanser. Seolah-olah keadaan Halim ini bukanlah suatu beban kepada keluarganya, tetapi hati yang redha telah membuatkan keluarganya sentiasa kelihatan sangat positif. Ibu bapa dan keluarga Halim serta isterinya sangat tabah dan langsung tidak kelihatan murung di wajah mereka.

tayangan kompilasi video ucapan

sebelum pulang ke Kuala Lumpur
Halim pada mulanya terkejut dengan persiapan bbq, siap dengan peralatan dan ayam yang sudah diperap, dibawa khas dari Kuala Lumpur. Ibu Halim pun beri kerjasama yang baik dengan merahsiakannya, telah siapkan nasi goreng dan air sedap. Matpau, Malan, Ocha, Ayie, Thor dan Ipin pergi siapkan bbq dan pada masa yang sama saya dan Piko siapkan presentation video untuk Halim sekeluarga. Projektor juga dibawa khas dari KL untuk tayangan video ucapan Halim.

Dua video ditayangkan. Bermula dengan video behind the scene dan kemudian video ucapan dari rakan-rakan di UIA. Video ditayangkan di ruang tamu. Beberapa saat mulanya video, Piko awal-awal lagi dah ke luar rumah kerana tidak dapat menahan sebak. Saya pun rasa sebak, tapi terpaksa tahan air mata. Bila tengok Halim, dia maintain sahaja, dan nampak Halim tersenyum bila lihat ucapan dari rakan-rakan untuknya.

sesi bergambar bersama Halim

Selesai tayangan video, kami terus menjamu selera dan sebelum jam 3 petang, kami pun bergerak pulang ke Kuala Lumpur. Perancangan dan ziarah sahabat kami, Halim ini sememangnya telah mengeratkan ukhwah sesama rakan-rakan. Kami pun tidak sangka, lebih 50 orang rakan telah hantarkan video ucapan masing-masing. Ada yang terpaksa rakam curi-curi di pejabat, ada yang berada di pelantar minyak dan ada juga beberapa rakan yang lain berada di luar negara. Biarpun sudah lebih 8 tahun selepas tamat pengajian, hubungan silaturrahim tetap kukuh, malah yang dulu tidak rapat, sekarang sudah jadi lebih mesra. Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung untuk sahabat kita ini, Abdul Halim Mohd Zuki.


Muhammad bin Kamarulazizi
Ex Engineering UIA (2000-2007)

Saturday, January 1, 2011

Berjuang Untuk Sihat

Belakang Berdiri: Halim yang ketiga dari kiri

Hari ini hari Sabtu, 1 Januari 2011. Saya banyak menghabiskan masa di rumah bersama keluarga. Handphone pun jarang berbunyi kerana kebanyakan orang ramai juga sedang bercuti. Saya ada terima satu sms dari rakan sekelas saya di UIA, Abdul Halim Mohd Zuki. Saya berbalas sms dengannya, dan pada sms terakhirnya, beliau meminta saya mendoakan agar dia dapat sihat untuk berjihad. Terkedu saya apabila membaca sms terakhirnya. Halim yang kini mengidap kanser stage 4 sudah mula merebak ke tulang belakangnya. Katanya, beliau tinggal lagi 2 kali kemo sahaja, dan kemudian dia hanya perlu berehat. Saya kurang pasti apa maksudnya, tapi saya harapkan yang terbaik baginya.

Kata-kata dari Halim ini memberi perangsang kepada saya. Saya teringat pada sebuah hadis yang mengatakan

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : " Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Masa sihat sebelum sakit. Masa senang sebelum datangnya masa susah. Masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Masa mudamu sebelum datang masa tua dan masa hidup sebelum tiba masa mati."
(Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)
Segala puji hanyalah bagi Allah SWT

Ziarah Halim dua tahun lepas

Muhammad bin Kamarulazizi

Saturday, December 13, 2008

Ziarah Halim di Hospital Pulau Pinang


Lokasi: Hospital Pulau Pinang
Tarikh: 13hb Desember 2008
Masa: 7.30pm-8.30pm

Sebentar tadi saya berkesempatan untuk melawat seorang rakan sekelas UIA Hospital Pulau Pinang (GH). Halim merupakan pelajar manufacturing engineering UIA, team bola sepak Kraithong dan juga pelajar ex SMAP Labu. Rakan saya telah disahkan mengidap kanser hidung dan kini ditahap ke empat. Kini Halim sudah kali ke dua membuat kemoterapi, dan sudah dua minggu di GH Penang. InsyaAllah dua minggu lagi Halim akan menjalani radiografi, kemungkinan di GH atau di Mount Miriam Hospital yang terletak di Tanjung Bungah. Proses radiografi ini akan dijalankan selama enam minggu, berkemungkinan bermula pada 25 Desember 2008 ini.


Menurut Halim, kini dia mengalami kesukaran untuk makan, kerana tiada selera. dan tekaknya sentiasa berasa loya. Kesan dari kemo menyebabkan Halim terpaksa muntah setiap kali sebelum makan supaya dapat memudahkan dia untuk makan. Halim tidak boleh bau bawang kerana akan membuatkannya rasa loga. Selain dari itu, Halim juga mengalami kesukaran untuk membaca, kerana kesukaran matanya untuk fokus membaca. Katanya, "Nak baca surat khabar bagi habis pun susah". Namun alhamdulillah Halim masih boleh ke surau untuk solat berjemaah.

Kini apa yang pantang, ialah Halim tidak boleh makan makanan seperti sambal belacan. Katanya sambal belacan boleh mengaktifkan kembali kanser hidungnya itu. Kepada rakan-rakan yang ingin melawat Halim, bolehlah datang hujung Desember ini, atau bulan Januari ini. Atau boleh hubungi Halim terus melalui henfon. Halim masih menggunakan no telefon lama 013-4644 ***.


*Video gelap sedikit, kerana ziarah waktu malam, lokasi didepan surau Hospital Pulau Pinang

Sama-sama kita doakan agar Halim Zuki boleh/cepat sembuh, insyaAllah.

-Muhammad bin Kamarulazizi-
ex manufacturing UIA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...