About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Pengiktirafan dari World Kindness Movement

Kindness Malaysia kini secara rasminya merupakan ahli World Kindness Movement

Misi Bantuan Kemanusiaan Untuk Mangsa Rohingya di Arakan, Myanmar

Bersama pelarian Rohingya di Arakan (Rakhine), Myanmar

Bantuan Perubatan di Hebron, Palestine

Vitamin C untuk anak-anak Palestine di Hebron

Ziarah ke perkampungan orang asli

Bersama sukarelawan ke kampung orang asli di Pos Betau, Pahang.

Misi Gelandangan Feed The Homeless

Misi Gelandangan Feed The Homeless yang dijalankan setiap hari Sabtu 2 minggu sekali di sekitar Kuala Lumpur

Booking.com
Showing posts with label Bom Kitchen. Show all posts
Showing posts with label Bom Kitchen. Show all posts

Sunday, January 26, 2014

Hasilkan Produk Seri Kaya Bersama Warga Anak Yatim



Alhamdulillah, selesai sebuah lagi projek di bawah Kindness yang diberi nama Projek Bikin Sendiri. Projek kali ini mensasarkan anak-anak yatim dan miskin dari Asrama Darul Falah (ASDAF). Projek yang mendapat kerjasama dari Bom Kitchen ini mengajar warga ASDAF cara untuk menghasilkan seri kaya pelbagai perisa.

adik-adik ASDAF menyediakan packaging dan label yang  penting jika produk ingin dikomersialkan

Chef Azry menerangkan bahan-bahan yang diperlukan disediakan

adik-adik ASDAF salin resepi seri kaya


Bermula dengan bahan-bahan seperti tepung gandum, tepung jagung, telur dan gula, anak-anak ASDAF mempelajari cara untuk menghasilkan seri kaya. Seri kaya yang dihasilkan pula dalam pelbagai perisa seperti seri kaya pandan, jagung, keladi, durian, blueberry, stroberi, cappoccino dan coklat. Kelas kemahiran diri ini memberi peluang kepada anak-anak ASDAF mempelajari sendiri cara menghasilkan seri kaya sendiri. Menurut Chef Azry dari Bom Kitchen, tujuan diadakan kelas ini adalah untuk menambahkan kemahiran, dan mungkin dapat memberi manfaat kepada mereka selepas mereka tamat sekolah. 

adik-adik ASDAF melakukan sukatan berdasarkan apa yang diajar oleh Chef Azry

masing-masing gembira untuk hasilkan seri kaya

bahan-bahan yang dicampur perlu digaulkan hingga pekat

seri kaya yang sudah pekat
antara seri kaya yang sudah dihasilkan
besama pengetua ASDAF, Ustaz Zulyadain


InsyaAllah Projek Bikin Sendiri ini dapat diperluaskan lagi ke rumah-rumah kebajikan yang lain. Bagi yang berminat untuk mempelajari kemahiran seperti menghasilkan seri kaya, atau produk makanan lain seperti sos tomato, sos tiram, mayonis dan lain-lain, boleh hubungi Chef Azry di laman Facebook Bom Kitchen. Pada yang berminat untuk menaja projek sebegini, boleh maklumkan terus kepada saya di matt@kindness.my.

Muhammad bin Kamarulazizi
Pengasas Kindness
www.facebook.com/kindness.my


Monday, March 4, 2013

Misi Gelandangan Untuk Semua


Alhamdulillah, baru-baru ini selesai sekali lagi misi gelandangan "Feed The Homeless" bersama Volunteer Malaysia, sukarelawan dari Universiti Malaya, Kolej Consist, Subang Helps Everyone, Kindness dan tajaan makanan untuk sukarelawan oleh Bom Kitchen. Misi gelandangan kali ini juga diserta oleh salah seorang aktivis dari Gaza, Malaka Mohammed yang terkenal dengan usahanya untuk membantu salah seorang tahanan penjara Samer Issawi yang kini sedang mogok lapar di penjara Israel. Penglibatan Malaka kali ini memberi inspirasi kepada sukarelawan tempatan. Beliau juga telah berkongsi pengalaman beliau di Gaza tentang keadaan kehidupan seharian di sana.

Ambil tenaga dahulu di Bom Kitchen

Selesai di kawasan Pudu

sukarelawan membantu kereta sukarelawan yang tayarnya pancit


Sukarelawan baru juga dari Subang Helps Everyone, merupakan kumpulan anak-anak muda yang kebanyakannya lepasan SPM. Di usia semuda ini, mereka sudah mempunyai minat yang mendalam untuk melakukan kerja-kerja amal. Usaha mereka tidak hanya fokus kepada misi gelandangan, tetapi juga dengan aktiviti-aktiviti lain yang melibatkan rumah kebajikan anak yatim dan orang tua.

barisan sukarelawan

Misi bermula jam 12.30 pagi dan semua sukarelawan telah berkumpul di Bangkok Bank bersebelahan dengan Pasar Seni (Central Market). Sukarelawan dibahagikan kepada dua kumpulan dan bergerak sekitar Pasar Seni, Masjid Jamek dan Pudu. Lebih 200 pek makanan dan air diagihkan dan selesai di check point terakhir iaitu di Masjid Negara.

Misi gelandangan berikutnya adalah pada 17hb Mac 2012, dan pada yang berminat untuk menyumbang atau turut serta, boleh hubungi cik Cima melalui laman Facebook.

Baru ini mendapat liputan di surat khabar Kosmo (10 April 2013)



Muhammad bin Kamarulazizi

Friday, January 4, 2013

Pelbagai Aktiviti Amal di Permulaan Tahun 2013

Tidak sampai seminggu selepas tahun baru 2013, ramai sukarelawan telah menghubungi saya dan menyatakan hasrat untuk melaksanakan program dan aktiviti kemasyarakatan dan kebajikan. Perancangan sedikit sebanyak sudah dibuat. Namun masih lagi ada ruang untuk aktiviti-aktiviti diselitkan dalam takwim 2013. Antara acara tahunan bagi Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid) seperti program Ramadan Fast 2 Feed, Fund 4 Food dan Qurban For Life. Tahun ini ada juga perancangan untuk mengadakan Pertandingan Futsal Amal antara Rumah Kebajikan KL dan Selangor yang biasanya dijalankan pada bulan Mac, namun begitu bulan Mac kini dikaitkan dengan bulan pilihanraya bagi tahun ini. Agak sukar bagi kami untuk merancang kerana Pertandingan Futsal Amal ini biasanya dilakukan pada minggu pertama cuti sekolah di bulan Mac.



Bagi bulan Januari ini, sudah ada beberapa aktiviti yang sukarelawan dapat turut serta dan para dermawan juga berpeluang untuk menyumbang. Aktiviti yang paling awal pada bulan Januari 2013 ini ialah pengagihan makanan untuk gelandangan yang telah diikhtiarkan oleh saudari Shima yang juga merupakan salah seorang sukarelawan yang aktif. Misi gelandangan ini akan diadakan pada 5 Januari 2013 dan mensasarkan 200 komuniti gelandangan yang akan menerima bungkusan makanan.



Minggu berikutnya pula akan memberi peluang kepada anak-anak yatim dari komuniti Rohingya dan Myanmar Muslim dari Madrasah Hashimiah untuk bermain futsal. Sebuah perlawanan persahabatan akan diadakan antara mereka dengan sukarelawan dan penderma. Perlawanan persahabatan ini akan diadakan di Sport Seven, Wangsa Maju pada 19 Januari 2013, jam 10 pagi.


Seorang artis khat digital, Ismail Zain memulakan pameran Khat Digitalnya di Balai Berita, NSTP. Setiap keuntungan dari hasil jualan akan disalurkan ke tabung kemanusiaan Muslim Aid. Pameran khat digital ini akan berlangsung sepanjang bulan Januari.



Pada awal bulan Februari pula, sebuah program anjuran Bom Kitchen diketuai oleh saudara Azry, chef eksekutif Bom Kitchen. Kelas membuat sos ini akan mensasarkan warga ibu tunggal serta penghuni rumah kebajikan. Tarikh cadangan adalah pada 2 Februari 2013. Pada yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut, boleh hubungi saudara Azry di 0192359394.
 
Tidak ketinggalan, sebuah butik pakaian online, Izz Collection memulakan perniagaan bagi tahun 2013 ini dengan menyalurkan sebahagian keuntungannya untuk tabung kemanusiaan Palestine Muslim Aid. Butik online ini sentiasa menyokong usaha Muslim Aid untuk membantu mereka yang memerlukan sejak 2011 lagi.
 
Pelbagai program dan aktiviti akan menyusul lagi seperti jualan amal Car Boot Sale dan misi pendakian amal ke Annapurna yang sinonim dengan Gunung Everest. Pada yang berminat untuk berkongsi aktiviti, atau bekerjasama dalam aktiviti kemasyarakatan dan amal, boleh hubungi saya terus di muhammad@muslimaid.org.my.

Muhammad bin Kamarulazizi
 

Monday, June 11, 2012

Program Pembangunan Komuniti Bersama Masyarakat Orang Asli


Tarikh: 28-29 Mei 2012
Lokasi: Kampung Sentoi, Pos Betau, Pahang
Program: Pembangunan Komuniti, Penghasilan Produk Makanan dari Hasil Hutan dan Tanaman
Kerjasama: Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid) dan Bom Kitchen

Baru-baru ini pasukan sukarelawan Muslim Aid bersama dengan pasukan Bom Kitchen telah bersama ke Kampung Sentoi untuk aktiviti pembangunan komuniti. Program yang diketuai oleh Pak Karim ini berlangsung selama dua hari satu malam. Fokus utama program ziarah kali ini ialah untuk berkongsi bersama masyarakat Semai Pos Betau tentang bagaimana untuk menghasilkan produk makanan dari hasil hutan dan tanaman mereka. Turut serta sukaralawan Muslim Aid dari Iran yang juga merupakan pelajar pasca ijazah di UTM.

Pasukan Bom Kitchen yang diketuai oleh chef Azry telah memberi tunjuk ajar untuk penghasilan tapai dari ubi kayu serta cara membuat ikan pekasam hasil dari tangkapan ikan dari air tawar. Hasil dari produk mereka ini berpotensi untuk dipasarkan di pekan yang berhampiran dengan kampung mereka. Melalui hasil produk ini masyarakat orang asli di Kampung Sentoi berpeluang untuk menambah hasil pendapatan mereka.

Pemberian Vitamin C oleh Chef Azry
Aktiviti di Sungai
Pertandingan Menyumpit
Chef Azry dibantu oleh Chef Zek mengajar cara-cara membuat tapai ubi

Masyarakat orang asal ini tertarik dengan apa yang mereka boleh lakukan dengan ubi kayu dan ikan air tawar. Aktiviti-aktiviti lain turut diadakan seperti sukaneka dan tarian sewang di sebelah malam. Program ziarah sebegini merupakan "follow up" dari program-program ziarah sebelum ini. InsyaAllah pasukan Muslim Aid akan datang ziarah lagi Kampung Sentoi dimasa akan datang dengan program pembangunan komuniti yang lain.

Orang ramai dialu-alukan untuk turut serta sebagai sukarelawan atau menyumbang untuk program pembangunan komuniti bersama masyarakat orang asli. Untuk maklumat lanjut, boleh email kepada pejabat Muslim Aid di mail@muslimaid.org.my atau hubungi di 03-22881996.

Muhammad bin Kamarulazizi

Sunday, January 15, 2012

Kelas Membuat Sos Bersama Rumah Titian Kaseh


Lokasi: Rumah Titian Kaseh, Taman Tasik Titiwangsa
Tarikh: 14 Januari 2012
Program: Kelas Membuat Sos

Alhamdulillah program pertama bagi tahun 2012 merupakan kelas membuat sos cili dan sos tomato bagi warga ibu-ibu tunggal di Rumah Titian Kaseh, RTK. Lebih 20 orang peserta ibu tunggal mempelajari teknik membuat sos cili dan sos tomato komersial. Chef Azry dari Bom Kitchen yang juga sukarelawan Muslim Aid berkongsi pengetahuannya tentang industri makanan bersama ibu-ibu di RTK.

Program sehari ini dijalankan bertujuan untuk memberi peluang kepada Rumah Titian Kaseh untuk menjana pendapatan sendiri bagi menampung perbelanjaan harian mereka. Rumah perlindungan yang diterajui oleh Makpah ini menempatkan bukan sahaja ibu tunggal, malah anak-anak yatim, warga emas dan juga OKU.

sesi teori dan bahan-bahan yang bakal digunakan

para ibu memasak sos sebelum dibotolkan

botol kitar semula yang telah disiapkan labelnya

para ibu tekun mendengar penjelasan chef Azry

sos yang siap dituang dalam botol

para ibu bersama produk sos mereka

Kelas-kelas industri makanan selain daripada sos seperti membuat kaya, mi kuning, ais krim dan sebagainya akan diperluaskan lagi kepada mereka yang memerlukan. Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan kelas industri makanan ini, boleh hubungi chef Azry di 019-2359394, atau pejabat Muslim Aid di 03-22881996.

Muhammad bin Kamarulazizi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...