About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Pengiktirafan dari World Kindness Movement

Kindness Malaysia kini secara rasminya merupakan ahli World Kindness Movement

Misi Bantuan Kemanusiaan Untuk Mangsa Rohingya di Arakan, Myanmar

Bersama pelarian Rohingya di Arakan (Rakhine), Myanmar

Bantuan Perubatan di Hebron, Palestine

Vitamin C untuk anak-anak Palestine di Hebron

Ziarah ke perkampungan orang asli

Bersama sukarelawan ke kampung orang asli di Pos Betau, Pahang.

Misi Gelandangan Feed The Homeless

Misi Gelandangan Feed The Homeless yang dijalankan setiap hari Sabtu 2 minggu sekali di sekitar Kuala Lumpur

Booking.com
Showing posts with label Bernama. Show all posts
Showing posts with label Bernama. Show all posts

Thursday, September 28, 2017

Kindness Malaysia Ke Udara di Bernama News Channel


Alhamdulillah hari ini, 28 September 2017, saya diberi kesempatan untuk keudara bersama Bernama News Channel berkongsi tentang Kindness Malaysia. Saya dijemput untuk slot Inspirasi Pagi dibawah rancangan Nine11. Pengacara Bernama, saudara Helmi dan Chad Le bijak mengolah soalan dan memudahkan saya untuk sampaikan misi Kindness Malaysia serta matlamat yang ingin dicapai.

Kita make up dulu!
Jemputan dari penerbit mengatakan saya perlu elak dari memakai pakaian berwarna merah, jalur lurus dan polkadot. Agaknya kerana kerusi di studio itu berwarna merah. Saya tiba jam 8.50 pagi dan akan keudara jam 9.45 pagi. Tiba sahaja di Bernama saya dibawa ke bilik make up sebelum dibawa ke ruang tetamu.

Studio Bernama News Channel di bahagian lobi

Pemandangan Studio dari hadapan

Pastikan nama dieja dengan betul sebelum dipapar di kaca TV

Saya mewakili Kindness Malaysia mengucapkan jutaan terima kasih kepada Bernama News Channel kerana memberi peluang ini bagi menyebarkan kebaikan tidak kira tempat, masa atau pada sesiapa pun.



Rakaman Bernama News Channel Rancangan Nine11 slot Inspirasi Pagi

Muhammad bin Kamarulazizi
Pengasas Kindness Malaysia
Executive Member World Kindness Movement
0183800961

Tuesday, December 18, 2007

Muslim Aid Rayu Umat Islam Malaysia Bantu Mangsa Kebuluran

dipetik dari website BERNAMA
http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=303204

17 Disember, 2007 21:50 PM

Muslim Aid Rayu Umat Islam Malaysia Bantu Mangsa Kebuluran

KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) -- Muslim Aid, sebuah badan amal antarabangsa meminta umat Islam di negara ini untuk menjayakan ibadah korban melalui badan bukan kerajaan (NGO) itu bagi membolehkan daging korban diedarkan terus kepada umat Islam di seluruh dunia yang dilanda bencana dan lebih memerlukan bekalan itu.

Pengurus Dana dan Pemasaran Muslim Aid Asia, Muhammad Kamarulazizi berkata badan itu menawarkan satu bahagian korban biri-biri yang dibeli dari Australia pada harga RM350 kepada mereka yang berminat sebelum tarikh tutup Rabu ini (19 Disember).

"Rangkaian Muslim Aid di seluruh dunia telah melaksanakan program Qurban For Life (Q4L) sejak 18 tahun lalu dan pengagihannya dihantar hampir ke seluruh dunia Islam yang mengalami kemusnahan sama ada bencana alam mahupun peperangan dan penderitaan seperti di Afghanistan, Afrika, Indonesia, Iraq, Kashmir dan Palestin dan juga rakyat termiskin di Malaysia," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Menurutnya Muslim Aid mempunyai pejabat di Malaysia, Australia, United Kingdom dan Jerman serta pejabat cawangan di seluruh dunia Islam yang menderita kebuluran.

Umat Islam Malaysia akan menyambut Aidiladha pada 20 Disember ini.

Muhammad berkata pada musim korban yang lepas melalui sumbangan umat Islam antarabangsa, pihaknya telah menyalurkan bantuan berjumlah RM4.22 juta yang antaranya berbentuk daging korban kepada kira-kira 500,000 mangsa kebuluran di seluruh dunia.

Katanya daging korban itu akan ditinkan dahulu bagi memudahkan penyaluran dan penghantaran.

"Cara ini juga dapat memastikan bekalan makanan ini sentiasa ada dan boleh dinikmati pada bila-bila masa," katanya.

Menurutnya di Malaysia, proses memasak dan pengetinan dilakukan di kilang Pertima di Terengganu manakala penyembelihan dikendalikan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Muhammad berkata tahun depan, pihaknya merancang memperhebatkan program Muslim Aid di Malaysia bagi tujuan mengumpul dana dengan kerjasama persatuan-persatuan dan kelab-kelab di universiti tempatan dan pihak swasta.

Mereka yang berminat boleh menghubungi Muslim Aid melalui talian 03-22881996/03-22821996 atau e-mel kepada mail@muslimaidasia.com.

-- BERNAMA


Sebenarnya, penyembelihan dilakukan di Australia, di ladang Muslim Aid sendiri. Dan tempat penyembelihan itu dah diluluskan oleh JAKIM.

-Muhammad-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...