Kindness Malaysia mencapai lagi satu tahap yang membanggakan dan kali ini kerjasama dari segi kepimpinan dan latihan ditermeterai dengan Dale Carnegie Malaysia, salah satu agensi latihan gergasi beribu pejabat di Amerika Syarikat.
MOU kali ini akan melatih anak-anak muda yang selesai sesi persekolahan menggunakan modul Dale Carnegie. Modul Dale Carnegie ini popular dikalangan CEO dan pengurusan tertinggi syarikat korporat. Dale Carnegie merupakan penulis buku best seller How to Win Friends and Influence People dan How to Stop Worrying and Start Living.
MOU termeterai antara Dale Carnegie Malaysia dan Kindness Malaysia |
Muhammad bin Kamarulazizi (Pengasas Kindness Malaysia) bersama Dato Wan Hisham Wan Salleh (Pengerusi Dale Carnegie Malaysia) |
Team yang bakal kerjasama. Turut hadir Kechara Soup Kitchen |
Peserta yang selesai belajar bahagian theori dengan Dale Carnegie Malaysia akan menjalani latihan praktikal di pejabat Kindness Malaysia selama enam minggu. Di sini peserta akan berhadapan dengan realiti sebenar dan akan diberi tanggungjawab tertentu yang diselia oleh Projek Koordinator Kindness Malaysia.
Program kepimpinan ini akan mula berlangsung pada bulan Disember 2018 kelak.
Muhammad bin Kamarulazizi
Pengasas
Kindness Malaysia