Alhamdulillah. Ramdhan berjalan dengan lancarnya selancar Projek Taja Mereka kami pada tahun ini di mana pada 16 Jun 2017 bersamaan 21 Ramadhan 1438H, Kindness Malaysia telah menyantuni anak-anak PPR Kerinchi, Pantai Dalam, Kuala Lumpur.
Projek Taja Mereka kali ini adalah dengan kerjsama penuh Projek Ihsan. Seramai lebih 30 orang anak-anak yang kurang berkemampuan mendapat pendidikan penuh diraikan. Mereka juga merupakan anak-anak dari keluraga yang daif.
Aktiviti dimulakan seawal jam 7 petang di mana pihak catering telah bersipa sedia dengan juadah berbuka. Petang yang nyaman pada hari itu diiringi hujan renyai-renyai membuatkan adik-adik di sini tidak sabar untuk berbuka.
Sesi ramah mesra bersama mereka juga sempat diadakan. Seramai 7 orang sukarelawan Kindness Malaysia dan lebih 10 orang tenaga pengajar di bawah Projek Ihsan menghadiri buka puasa pada hari itu.
Sukarelawan beramah mesra dengan adik Qistina
Menu berbuka puasa adalah nasi beriyani, ayam masak merah, dalca timun serta nenas dan air sirap selain kuih-muih yang sangat enak. Ketika azan berkumandang, kami semua berbuka dengan kurma yang terhidang bersama anak-anak di sini. Cukup ramah dan baik hati mereka melayan kami. Adik-adik di sini memanggil kami dengan panggilan cikgu. Agak kekok juga menerima panggilan tersebut.
Bacaan doa sebelum berbuka
Selesai berbuka, kami menunaikan solat maghrib bersama-sama. Seterusnya, kami diberi sedikit ilmu menyelami hati anak-anak di sini dengan sesi pengajaran yang cukup santai. Teruja kami dengan para pengajar di sini dan kami dapat merasakan kemeriahan anak-anak ini apabila menjalani sesi pembelajaran bersama guru-guru kesayangan mereka. Gelak tawa mereka memeriahkan Projek Taja Mereka kami pada hari itu.
Seronok adik-adik dapat menikmati juadah berbuka
Acara wajib selepas solat adalah pemberian duit raya. Adik-adik berbaris setelah menerima arahan dari guru mereka. Jelas terpancar keseronokan di wajah mereka apabila menerima duit raya. Tenaga pengajar Projek Ihsan juga diberi kejutan dengan pemberian duit raya.
Duit raya diberi oleh sukarelawan
Tenaga pengajar juga diberi duit raya
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Terima kasih adik-adik PPR Kerinchi dan tenaga pengajar Projek Ihsan yang sudi melayan kami dengan baik sekali. Terima kasih juga para penaja budiman yang menyumbang kepada kelangsungan projek Taja Mereka untuk anak-anak di sini. Tidak dilupakan, para sukrelawan yang terlibat sepanjang program berlangsung.
Senyuman mereka buat kami gembira
Semoga projek seperti ini dapat memberi inspirasi kepada semua untuk terus mencemar kebaikan dan semoga mendapat manfaat buat semua terutama anak-anak PPR Kerinchi. Didoakan semoga usaha murni Projek Ihsan memberi pendidikan percuma kepada anak-anak yang kurang berkemampuan ini diberkati dan dipermudahkan segala urusan.
Iman Nur Alia
Projek Koordinator
Kindness Malaysia