Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia
More About Me...
Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...
Ambil hari cuti untuk lakukan kebaikan. Sekumpulan sukarelawan Kindness Malaysia melaksanakan Projek Parking di beberapa lokasi di Lembah Klang. Konsep Projek Parking ini agak mudah. Berbekalkan duit syiling sahaja, mereka mencari kereta yang sudah tamat tempoh tiket parkir dan terus diletakkan tiket baru yang membolehkan kereta itu diletakkan lagi satu jam.
Label yang sedia digunakan
Dengan hanya kos 60 sen untuk sejam, banyak kereta dapat diselamatkan daripada terkena saman. Menurut Pengarah Projek Parking, Puan Norharirdayu Hashim, "Projek Parking ini sangat mudah, dan apa yang paling bermakna ialah apabila tuan kereta tersebut datang berlari kearah kereta dan mendapati tiket parkirnya sudah diperbaharui.
Sukarelawan akan meletakkan kertas label yang mengatakan, "Kami tidak mahu anda disaman, oleh itu kami tambahkan lagi sejam untuk parking anda". "Saat pemandu itu membaca label kertas inilah adalah satu perasaan yang sukar digambarkan. Pemandu pastu akan berasa lega tidak disaman, yang melakukan kebaikan itu pula akan rasa gembira seharian kerana dapat lakukan kebaikan," ujar Puan Norharirdayu.
bersama sukarelawan yang terlibat
Kereta yang tamat tempoh parking diperbaharui dengan tiket yang baharu
Tiket baharu diletakkan bersama label Kindness Malaysia
Projek Parking ini adalah antara inisiatif kreatif Kindness Malaysia untuk lakukan kebaikan tanpa memerlukan kos yang besar tetapi memberi impak dan kesan kepada penerima. Melakukan kebaikan ini tidak sahaja kepada golongan yang memerlukan, tetapi juga kepada orang sekeliling kita seperti keluarga dan juga rakan-rakan.
Kepada yang berminat untuk mendapat ilham atau sertai Kindness Malaysia, boleh layari laman fanpage di www.facebook.com/kindness.my
3 April 2016, Setapak - Empat bulan persediaan yang dilakukan oleh para sukarelawan Kindness Malaysia dengan sokongan Chelsea Soljabiru bagi merialisasikan Futsal Piala Kindness 2016 telah melibatkan lebih 500 anak-anak yatim, miskin dan komuniti pelarian seperti Rohingya, Somalia, Afghanistan, Syria dan Myanmar Muslim yang datang seluruh negeri Tanah Air. Acara dua tahun sekali ini merupakan acara yang sentiasa dinanti-nantikan oleh kebanyakan rumah kebajikan. Kejohanan futsal ini bertujuan untuk mencungkil bakat adik-adik ini disamping memberi peluang kepada mereka untuk menjalani hidup yang lebih sihat.
Tahun ini, 24 pasukan lelaki dan 13 pasukan perempuan berentap bagi merebut Piala Kindness dengan hadiah wang tunai sebanyak RM2000 untuk johan, naib johan pula membawa pulang RM1500 dan tempat ketiga menerima RM1000. Pemain terbaik kedua-dua kategori pula membawa pulang RM300 serta piala dan hadiah permainan Lego.
Senarai pemenang:
Kategori Lelaki
Johan: Somali FC (Pelarian Somalia)
Naib Johan: Siddhartan FC (Rumah Kebajikan dari Petaling Jaya)
Tempat Ketiga: ASDAF FC (Asrama Darul Falah, menempatkan anak-anak Orang Asli)
Tempat Keempat: MSRI FC (Pusat Komuniti Pelarian Afghanistan, Syria dan Palestine)
Pemain Terbaik: Abdul Kadir dari Somali FC
Kategori Perempuan
Johan: PKTM FC (Pertubuhan Kebajikan Taman Melati)
Naib Johan: ASDAF B FC
Tempat Ketiga: Chow Kit FC (Anak-anak Chow Kit)
Tempat Keempat: RKH FC (Rumah Kasih Harmoni, Sungai Buloh)
Pemain Terbaik: Sharifah Nabila dari PKTM FC
Pocari Sweat sebagai penaja minuman rasmi
Amitie Booth yang telah menaja photobooth percuma
perlawanan PS4 juga berlangsung serentak
Kapten Buehbossa menghiburkan anak-anak dari rumah kebajikan
Watak dari Star Wars juga hadir memeriahkan Futsal Piala Kindness 2016
Hadiah cabutan bertuah dari Leggodt dan LBK
Haval yang menjadi kenderaan rasmi Futsal Piala Kindness 2016
Futsal Piala Kindness tahun ini menerima pelbagai jenis tajaan dari syarikat korporat. Antara syarikat yang turut serta menjadi penaja seperti MYEG Services Berhad (Komuniti MYEG), MRTCorp, Sports Direct, Lucozade dan iM4U serta lebih 50 syarikat dan jenama yang lain. Jumlah tajaan menjangkau lebih RM100,000 termasuk dalam bentuk barangan dan makanan. Antaranya tajaan lain adalah seperti berikut:
Kenderaan Rasmi: Haval (Go Auto)
Minuman Rasmi: Pocari Sweat
Farmasutikal Rasmi: CCM
Penerbitan Rasmi: Telaga Biru
Dobi Rasmi: Laundry On The Go
Photobooth Rasmi: Amitie
Fotografer Rasmi: Asiana.my
Videografer Rasmi: Creative Pixel
antara sukarelawan yang terlibat
perlawanan yang mendebar jiwa
anak-anak yatim menunjukkan bakat
perlawanan akhir antara Somali FC dengan Siddhartan FC yag berakhir dengan keputusan 4-2 kepada Somali FC
Senarai rumah kebajikan yang terlibat:
1.Yayasan Ijabah
2.Rumah Arrayan, Seremban
3.Pertubuhan Kebajikan Ehsan Ash-Shakur, Rawang
4.Peace Building Community Center, Pulau Pinang
5.Rumah Amal Asnaf Al Barakh, Keramat
6.Asrama Darul Falah, Bukit Persekutuan
7.Rumah Kebajikan At-Taqwa, Puchong
8.Baitul Kasih
9.Baitul Rahmah Learning Centre, Sungai Petani
10.Madrasah Hashimiah Tahfiz Al Quran dan Anak Yatim
11.Rumah Anak Yatim dan Miskin Nur Iman
12.Kelas Kaseh
13.Rumah Perlindungan Teratak Nur Insan
14.Rumah Kasih Harmoni, Sungai Buloh
15.Rumah Kasih Nurul Hasanah
16.Pusat Jagaan Siddhartan
17.Somali Community Center
18.Yayasan Chow Kit
19.Madrasah Rahmaniyah
20.Maahad Al-Islahiyah Al-Ismaliyah Wa Attahfizul
21.Malaysian Social Research Institite (MSRI)
22.Baitul Ehsan, Batu Caves
23.Rohingya Community School, Malaysian Relief Agency (MRA)
Perasmian bersama Kindness Malaysia dan rakan-rakan NGO
Pihak Kindness Malaysia mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang dah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Futsal Piala Kindness 2016. Semoga kita bertemu lagi dua tahun akan datang di Futsal Piala Kindness 2018!
Futsal Piala Kindness 2016 juga telah mendapat liputan di Harian Metro