Pengiktirafan dari World Kindness Movement
Kindness Malaysia kini secara rasminya merupakan ahli World Kindness Movement
Misi Bantuan Kemanusiaan Untuk Mangsa Rohingya di Arakan, Myanmar
Bersama pelarian Rohingya di Arakan (Rakhine), Myanmar
Misi Gelandangan Feed The Homeless
Misi Gelandangan Feed The Homeless yang dijalankan setiap hari Sabtu 2 minggu sekali di sekitar Kuala Lumpur
Wednesday, January 27, 2010
Tuesday, January 26, 2010
Pertandingan Futsal Antara Rumah Kebajikan 2010
Tahun ini Pertandingan Futsal Amal Siti Khadijah antara rumah kebajikan Kuala Lumpur dan Selangor akan diadakan lagi di Futsal Frenzy, Seksyen 15 Shah Alam. Kali ini saya akan mengurus dua buah rumah iaitu ASDAF dan juga Madrasah Hashimiah (rumah anak yatim dan miskin pelarian Rohingya). ASDAF akan tampil dengan 2 pasukan lelaki dan 1 pasukan perempuan manakala Madrasah Hashimiah akan tampil dengan 1 pasukan.
ASDAF merupakan pasukan juara bertahan dan tahun ini mereka akan mempertahankan kejuaraan. Bagi Madrasah Hashimiah, ini adalah penyertaannya yang pertama. Walaupun mereka tidak mempunyai padang bola untuk berlatih, ini tidak mematahkan semangat mereka untuk menyertai pertandingan futsal ini.
Pihak Muslim Aid membuka peluang kepada orang ramai untuk menaja team ASDAF dan Madrasah Hashimiah. Untuk menaja seorang ialah RM50. Seorang pemain akan mendapat sehelai baju dan sepasang kasut futsal. 28 pemain dari 4 pasukan dibuka untuk ditaja. Pada yang ingin menyumbang, boleh hubungi saya atau terus ke pejabat Muslim Aid di 03-22881996.
Untuk resit pengecualian cukai, sila sertakan sekali nama penuh, no telefon, alamat rumah dan slip pembayaran (slip bank), faxkan ke 03-22881966 atau email ke mail@muslimaidasia.com
Akaun CIMB: 1422-0000070-10-8 atas nama Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia
Muhammad bin Kamarulazizi
pengurus pasukan ASDAF A, B, C dan Madrasah Hashimiah
Saturday, January 23, 2010
Hari Lahir Anak ASDAF untuk Dis dan Jan
Hari ini selesai majlis hari lahir bagi anak-anak ASDAF yang lahir bulan Disember dan bulan Januari. Ehsan dan Asrul lahir pada bulan satu manakala Sabnam lahir pada bulan dua. Azura yang merupakan sukarelawan Muslim Aid telah menyediakan kek untuk mereka. Hadiah alat tulis dan makanan telah disumbangkan oleh keluarga Elinnur totcupcakes. Majlis sebegini akan diadakan setiap bulan untuk meraikan hari lahir anak-anak ASDAF ini mengikut bulan lahir mereka.
Muhammad bin Kamarulazizi
Friday, January 22, 2010
Sukarelawan Muslim Aid di Sinar Harian
Sukarelawan baru Muslim Aid iaitu Yusuf Glanfield dari South Africa yang menjalankan aktiviti sukarelawan sebagai cikgu di ASDAF telah mendapat liputan di akhbar Sinar Harian hari ini 22 Jan 2010. Semangatnya yang berkobar-kobar ini telah memberi peluang kepadanya untuk mengajar setiap hari Khamis dan Jumaat petang jam 3 petang hingga 4.30 petang.
Info tentang Yusuf Glanfield di sini.
Info tentang Yusuf Glanfield di sini.
Muhammad bin Kamarulazizi
Wednesday, January 20, 2010
Muslim Aid’s immediate response to Haiti earthquake
Muslim Aid’s partners on the ground in Haiti have been working around the clock to deliver aid. Thanks to your generous donations we have already been able to make a difference to the people suffering in Haiti.
* Our Rapid Response team with Global Medic have been operational since last week. They have based operations at the Adventist University of Haiti, South West of Port-au-Prince.
* There are over 20,000 people seeking refuge within the grounds of the university, where the team have set up a water purification unit and have been distributing aquatabs.
* 30,000 people have had access to clean water now a fully functional water unit has been set up.
* Our team’s doctor is working at the Adventist hospital where there are currently over 500 patients with only 71-beds. The medical team have so far completed 10 amputations and water has been restored to the hospital.
* Our medics reported a story of a 9 year old girl who had to have her arm amputated without any anaesthetic; she was singing hymns to get through the pain.
* Support is still slow but it is coming through, the agencies are working around the clock.
There have been several strong aftershocks and there are reports of looting at night. There is not sufficient staff or medical supplies to treat the increasing influx of patients. This news has been further compounded by reports of even more unexpected devastation at the epicentre of the earthquake as estimates of fatalities have now reached a grim 200,000.
The people in Haiti are still desperately in need of your donations.
Donate now at CIMB 1422-0000070-10-8 (Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia) or via online. Kindly fax or email us your full name, contact number and mailing address for the receipt. You may contact our office at +603-22881996 for more info.
The people in Haiti are still desperately in need of your donations.
Donate now at CIMB 1422-0000070-10-8 (Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia) or via online. Kindly fax or email us your full name, contact number and mailing address for the receipt. You may contact our office at +603-22881996 for more info.
Muhammad bin Kamarulazizi
Thursday, January 14, 2010
Sukarelawan baru di ASDAF
Hari ini saya berkesempatan ke ASDAF untuk berjumpa dengan bro Yusuf Glanfield yang amat bersemangat untuk menjadi sukarelawan Muslim Aid. Saya mengenali bro Yusuf di Facebook apabila dia menyatakan hasratnya untuk menjadi sukarelawan. Katanya dia mempunyai masa terluang pada hari Khamis dan Jumaat. Bro Yusuf Glanfield yang berasal dari Afrika Selatan ini bekerja sebagai tenaga pengajar di British Council. Dengan pengalaman yang ada padanya, dia ingin mengajar anak-anak ASDAF ini bahasa Inggeris. InsyaAllah setiap Khamis dan Jumaat, bro Yusuf akan mengajar anak-anak ASDAF bahasa Inggeris jam 3 hingga 4.30 petang.
Muhammad bin Kamarulazizi
Monday, January 11, 2010
Indoor Games bersama Anak Pelarian Rohingya
Lokasi: Madrasah Hashimiah, Selayang
Tarikh: 10 Jan 2010
Penerima: Anak-anak yatim dan miskin pelarian Rohingya
Kerjasama Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid), shukur.org, halaqah.net dan juga warga Totcupcakes telah bersama menjayakan program 'indoor games' untuk anak-anak pelarian Rohingya di Selayang. Perancangan bermula dengan Rahman iaitu salah seorang sukarelawan Muslim Aid yang juga aktif di forum shukur.org yang ingin mengadakan satu program meraikan anak-anak yatim. Dan alhamdulillah semalam semua berjalan dengan lancar.
Lebih 60 orang anak-anak yatim dan miskin pelarian Rohingya dan hampir 30 orang sukarelawan yang terlibat dalam program ini. Sukarelawan semua telah berkumpul di Petronas sebelah Giant Batu Caves jam 8.30 pagi dan bergerak ke Madrasah Hashimiah, Selayang jam 9.15 pagi.
Lebih 60 orang anak-anak yatim dan miskin pelarian Rohingya dan hampir 30 orang sukarelawan yang terlibat dalam program ini. Sukarelawan semua telah berkumpul di Petronas sebelah Giant Batu Caves jam 8.30 pagi dan bergerak ke Madrasah Hashimiah, Selayang jam 9.15 pagi.
Hj Wan Rusli bersama anak-anak Rohingya
dari kiri En Fairuz, Pn Hamidah Sonan, Puan Ellinnur, dan Pn Nik Noorizan
dari kiri En Fairuz, Pn Hamidah Sonan, Puan Ellinnur, dan Pn Nik Noorizan
Program bermula jam 10 pagi selepas semua barang-barang sumbangan serta makanan sudah di bawa masuk ke rumah tersebut. Wakil dari Muslim Aid, shukur.org dan keluarga Elinnur sempat memberi kata-kata aluan dan games bermula bermula jam 10.30 yang diketuai oleh cikgu Taty, kakak kepada Puan Elinnur. Mereka dibahagikan kepada dua kumpulan, bawah 12 tahun akan bermain dengan 'jigsaw puzzle' dan atas 13 tahun akan bermain saidina, sahibba dan karom. Jam 11.30 pagi, anak-anak Rohingya bersama sukarelawan dijamu dengan makanan ringan seperti mi goreng, bihun goreng, cupcake, sandwich dan macam-macam lagi. Jam 12.15 semua sukarelawan dibawa melawat asrama madrasah ini. Di sini sukarelawan dapat menyelami keadaan anak-anak yang tinggal di sini. Jam 12.30 didendangkan dengan nasyid oleh anak-anak Rohingya dan seterusnya sesi bergambar. Program selesai jam 1 tengahari.
Ustaz Hashim sebagai pengetua Madrasah Hashimiah amat terharu dan menyampaikan ucapan terima kasihnya kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program tersebut. Barang-barang keperluan dapur juga telah disumbangkan seperti beras, minyak masak, susu tin, ubi kentang dan sebagainya. Hasil kutipan dari kawan-kawan juga telah diserahkan terus kepada Ustaz Hashim. Semoga usaha ini mendapat keberkatan dariNya.
lebih banyak gambar di sini
Muhammad bin Kamarulazizi
Sunday, January 10, 2010
Tomato dan Terung berbuah
Saya menerima panggilan dari ibu saya di Penang mengatakan bahawa pokok terung yang telah ditanam sudah berbuah. Pokok terung tersebut mengambil masa lebih kurang 4 bulan untuk berbuah. Pokok tomato yang ditanam oleh adik saya, Soleh juga sudah mula berbuah. Alhamdulillah kitchen garden di kampung juga sudah mula mengeluarkan hasil.
Muhammad bin Kamarulazizi
Thursday, January 7, 2010
ASDAF 2010
Semalam saya sempat singgah di ASDAF untuk berjumpa dengan penghuni di sini. Lebih sebulan mereka balik kampung masing-masing. Perasaan gembira tidak terhingga apabila dapat berjumpa dengan mereka semua. Sampai sahaja saya di sana, saya mendapat tahu bahawa pertandingan futsal antara rumah kebajikan Siti Khadijah akan berlangsung bulan 3 nanti.
Pada tahun lepas, pasukan ASDAF telah muncul sebagai juara peringkat rumah kebajikan Siti Khadijah seluruh Selangor dan Kuala Lumpur. Tahun ini mereka berazam untuk mengekalkan kejuaraan tersebut, walaupun kali ini hampir 4 orang tonggak utama sudah meninggalkan asrama tersebut. Pertandingan futsal ini akan berlangsung dalam tempoh 2 bulan lebih dan anak-anak ASDAF sudah bersungguh-sungguh mula berlatih untuk menghadapi hari pertandingan.
InsyaAllah saya sendiri akan melatih mereka seperti tahun lepas bersama bantuan dari sukarelawan Muslim id iaitu Rahman. Kita merancang untuk membelikan bola baru, serta jersi dan kasut futsal yang baru untuk pasukan ASDAF ini. Apabila pasukan sudah dikenal pasti dan borang juga sudah diisi, saya ingin bukakan peluang kepada orang ramai untuk menaja jersi dan kasut futsal mereka. Saya dapat tahu dari pihak pengurusan ASDAF, kemungkinan akan ada pasukan futsal dari kalangan pelajar perempuan. Namun akan bergantung pada kata putus pengurusan ASDAF untuk menurunkan pasukan perempuan atau tidak.
Ikuti perkembangan futsal pasukan ASDAF nanti:)
Muhammad bin Kamarulazizi
Monday, January 4, 2010
Sukaneka di Madrasah Hashimiah
Hari ini saya dijemput untuk memeriahkan hari sukaneka Madrasah Hashimiah di Selayang. Madrasah Hashimiah ini menempatkan anak-anak Rohingya yang yatim dan juga miskin di sekitar Selayang. Lebih 100 orang anak-anak Rohingya ini yang hadir hari ini. Saya bersama sukarelawan Muslim Aid iaitu Rahman dari Melaka ke rumah kebajikan ini jam 10 pagi. Sukaneka dijalankan dari jam 9 pagi dan tamat pada jam 5 petang.
Melihat keadaan mereka ini, saya rasa sedikit sedih kerana mereka tidak berpeluang untuk bersukan di luar asrama mereka. Ini disebabkan status mereka sebagai pelarian, dan disebabkan negara kita tidak mempunyai akta yang melibatkan pelarian, mereka boleh ditangkap bila-bila masa oleh pihak berkuasa. Namun begitu mereka tetap gembira apabila dapat bersukaneka pada hari ini.
InsyaAllah ahad ini satu lagi trip ke Madrasah Hashimiah dan kali ini kita akan main indoor games bersama anak-anak yatim dan miskin ini. Alhamdulillah, goodie bag dan pelbagai makanan sudah ditaja. Pada yang ingin menyumbang wang atau barang-barang dapur seperti beras, minyak masak atau susu pekat manis, boleh hubungi saya di 012-3377195. Butiran program 10hb Jan 2010 di sini.
Melihat keadaan mereka ini, saya rasa sedikit sedih kerana mereka tidak berpeluang untuk bersukan di luar asrama mereka. Ini disebabkan status mereka sebagai pelarian, dan disebabkan negara kita tidak mempunyai akta yang melibatkan pelarian, mereka boleh ditangkap bila-bila masa oleh pihak berkuasa. Namun begitu mereka tetap gembira apabila dapat bersukaneka pada hari ini.
InsyaAllah ahad ini satu lagi trip ke Madrasah Hashimiah dan kali ini kita akan main indoor games bersama anak-anak yatim dan miskin ini. Alhamdulillah, goodie bag dan pelbagai makanan sudah ditaja. Pada yang ingin menyumbang wang atau barang-barang dapur seperti beras, minyak masak atau susu pekat manis, boleh hubungi saya di 012-3377195. Butiran program 10hb Jan 2010 di sini.
Gambar lagi di sini
Muhammad bin Kamarulazizi
Sunday, January 3, 2010
Ziarah Rohingya bersama team Shukur.org
Pagi ini saya bersama Rahman, Rizal dan seorang lagi rakan sempat melawat Madrasah Hashimiah yang menempatkan anak-anak yatim Rohingya di Selayang. Ini adalah lawatan pertama dari team Shukur.org untuk melihat keadaan sebenar di rumah anak yatim ini.
Pada 10hb Jan 2010 nanti, team shukur.org bersama sukarelawan Muslim Aid akan melawat Madrasah Hashimiah ini bermula jam 9 pagi. Hampir 20 orang telah memberi nama untuk menyertai program amal ini. Berikut adalah butirannya.
Pada 10hb Jan 2010 nanti, team shukur.org bersama sukarelawan Muslim Aid akan melawat Madrasah Hashimiah ini bermula jam 9 pagi. Hampir 20 orang telah memberi nama untuk menyertai program amal ini. Berikut adalah butirannya.
tarikh cadangan: 10 Jan 2010 (ahad)
masa: 9.30am - 1pm
lokasi berkumpul
petronas batu caves yg sebelah giant
masa berkumpul: 8.45am
tayar golek: 9.15am
aktiviti
1- quiz
2- main karom dan board games
3- sesi amik gambar
4- makan lunch ramai2
makanan dan goodie bag telah ditaja oleh Puan Elinnur sekeluarga
1.sandwich telur - 70pax
2.cupcakes - 100pcs
3.pudding trifle - 2 tray - utk 50pax
4.cream puff - 100pcs
5. brownies - 1 tray - 50 pax
6.air kotak - 60pax
7.goodie bag - 50pcs
Pada yang ingin menyertai sekali, boleh menghubungi email saudara Rahman di ar_rahmanw(at)yahoo.com
Muhammad bin Kamarulazizi
Friday, January 1, 2010
Tibanya 2010
Kini sudah buka tirai 2010 dan perancangan baru, azam baru dengan harapan tahun 2010 ini akan menjadi lebih baik dari tahun sebelumnya, insyaAllah. Alhamdulillah banyak perancangan telah dirangka, dan banyak organisasi lain yang ingin bekerjasama dengan Muslim Aid untuk program-program kemanusiaan dan paling bersyukur sekali apabila hari terakhir 2009, pihak Baitulmal Wilayah telah memberikan sedikit peruntukan untuk program-program kemanusiaan dan kebajikan untuk dijalankan di Kuala Lumpur. Sedikit sebanyak usaha untuk 'branding' Muslim Aid di Malaysia sudah mula menampakkan hasil selepas dua tahun saya berkecimpung dengan Muslim Aid.
Tahun 2010 ini bakal menyaksikan lebih banyak program yang akan dijalankan, banyak yang telah dirancang. Harapannya agar semua yang dirancang dapat dilaksanakan. Biarpun dengan pelbagai cabaran dan dugaan yang mesti dilalui, saya amat berharap agar diberi kekuatan hati dan jiwa yang kental agar saya tidak mudah berputus asa.
Tahun 2010 ini bakal menyaksikan lebih banyak program yang akan dijalankan, banyak yang telah dirancang. Harapannya agar semua yang dirancang dapat dilaksanakan. Biarpun dengan pelbagai cabaran dan dugaan yang mesti dilalui, saya amat berharap agar diberi kekuatan hati dan jiwa yang kental agar saya tidak mudah berputus asa.
Petang tadi sempat saya ke Angkasapuri untuk menjadi penonton bagi program Fitrah Kasih. Selesai program tersebut, saya dapat 'refresh' kan diri apabila mengenangkan nasib golongan yang memerlukan yang masih ramai di negara kita. InsyaAllah dengan berkat doa dan sokongan mak bapa, serta isteri dan kawan-kawan, sama-sama kita cuba berusaha bantu dan ubah nasib mereka yang benar-benar memerlukan.
Muhammad bin Kamarulazizi